Sabtu, 20 Februari 2010

DARAH TINGGI

Darah tinggi

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar
Cross green.png PENAFIAN: Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor mengenai kesihatan anda.
Bahan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan kepada anda. Sekiranya anda menyedari simptom kesihatan atau jatuh sakit, anda perlu menghubungi doktor bagi rawatan lanjut.
Darah tinggi
ICD-10 I10.,I11.,I12.,
I13.,I15.
ICD-9 401
OMIM 145500
Pangkalan data penyakit 6330
MedlinePlus 000468
eMedicine med/1106 ped/1097 emerg/267

Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung. Darah tinggi atau Hipertensi (Inggeris = Hypertension) merujuk kepada Tahap tekanan darah yang meningkat lebih tinggi dari tahap biasa secara kronik.[1] Pesakit yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat dijangka mempunyai keadaan darah tinggi.

Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda. Jika tekanan darah anda tinggi, doktor anda akan memeriksa semula tekanan darah anda untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah anda yang sebenar.

Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut - 120 /80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.


LAGI


Petua Kesihatan: Merawat Darah Tinggi

Salam Sejahtera,

Darah tinggi merupakan antara penyakit yang paling popular di kalangan golongan dewasa dan veteran. Antara penyebab tekanan darah tinggi adalah penyakit jantung dan diabetes. Malah, kandungan garam yang tinggi dalam darah juga boleh memburukkan keadaan. :(

Dari itu, takkan kita nak biarkan tekanan darah tinggi ni terus bermaharajalela di kalangan penghidapnya? Ayuh, kita kuatkan semangat untuk melawannya dengan melakukan rawatan.

Dalam segmen petua kesihatan kali ini, saya akan kongsikan cara merawat darah tinggi ni. :)

Caranya ialah dengan memakan buah belimbing muda sebanyak dua biji sehari. Amalkan memakan buah belimbing ni setiap hari sehinggalah tekanan darah turun ke paras normal.

Selain itu, jangan lupa jaga pemakanan seharian. Kurangkan pengambilan garam, daging dan makanan yang mengandungi banyak lemak.

Boleh tak? Harap anda yang mengalami penyakit darah tinggi dapat cuba petua merawat darah tinggi selepas ini. :)

Selamat Mencuba!

SATU JENIS RAWATAN





Adakah anda menderita penyakit darah tinggi ?

Dapatkan segera rawatan dari keselesaan rumah anda. Ini akan dapat menjimatkan kos minyak. Anda tidak perlu untuk ke pusat-pusat rawatan dan kos rawatan di pusat-pusat rawatan juga biasanya agak tinggi. Mengapa anda tidak cuba dahulu ubat darah tinggi yang lebih menjimatkan ?

Produk penyakit darah tinggi dari HPA adalah dalam bentuk yang mudah digunakan. Rawatan darah tinggi HPA juga dibuat berasaskan herba dan tidak mengunakan bahan kimia. Oleh itu anda tidak perlu takut akan kesan sampingan seperti yang biasanya ada pada ubat yang berasaskan perubatan moden.

HPA ? Mungkin anda hanya mengenali kopi radix ‘mai secawan’ Tapi HPA sebenarnya mempunyai produk herba lain hasil dari pengalaman 20 tahun HPA dalam dunia herba. Ubat darah tinggi merupakan antara produk herba lain HPA

Konsep sinergi merupakan salah satu lagi konsep yang penting dalam perubatan herba HPA. Konsep ini akan menggabungkan beberapa produk dalam merawati sesuatu penyakit untuk menghasilkan kesan yang lebih baik.




Pakej ubat darah tinggi HPA ini mengandungi 3 produk yang dicadangkan oleh herbalis HPA berdasarkan konsep ‘sinergi’. Kami tawarkan 2 pakej sebagai pilihan berdasarkan kepada kemampuan anda. Produk-produk tersebut adalah seperti di bawah:



1) Herba vitex


ubat darah tinggi


Vitex mempunyai untuk membantu dalam menurunkan tekanan darah tinggi dan menjadikannya normal. Antara tanda-tanda awal hipertensi dapat diketahui seperti berikut; sakit bahagian kepala, mata merah dan berair, kesemutan di kaki dan tangan, terasa sakit dan tegang di bahagian tengkuk. Perkara ini jika tidak diatasi dari peringkat awal maka penderita mungkin akan menghadapi masalah berikut; stroke atau lumpuh pada kaki dan tangan, rabun hingga menyebabkan buta, pecah pada bahagian pembuluh darah sehingga mengakibatkan koma, gangguan saraf, dan lumpuh, lemah jantung, ginjal menjadi rosak dan gagal berfungsi.

Komposisi (75 Kapsul per botol) :

1. Tetra Indica

2. Vitex Pubscens

3. Micromelum Pubscens

4. Tinospora Crispa

5. Physalis Minima

Dos :
Amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 1 kapsul pada malam.



2) Omega 3


tekanan darah tinggi

Produk ini mengandungi asid lemak EPA (Eicosa Pentaenoic Acid), DHA (Docosa Hexaenoic Acid), LLA (Linolenik Acid), asid amino kompleks dan juga mineral. Ia dihasilkan menggunakan sumber dari ikan laut dalam yang biasanya diperolehi dari kawasan Artik yang dikenalpasti mengandungi bahan tersebut. Terdapat kajian para pakar pemakanan kesihatan yang mendapati ikan yang terdapat di sekitar kawasan laut Artik seperti Tenggiri Biru, Kod, Solomon dan sebagainya mempunyai kadar EPA dan DHA yang tinggi. EPA boleh mencegah beberapa penyakit dan antaranya adalah:

1. Kanser

2. Trombosit (pembekuan darah)

3. Atheroskerosis (pembekuan lemak dalam darah)

4. Kadar kolestrol yang berlebihan

5. Plasma lipid yang berlebihan

6. Penyakit jantung

7. Stress yang berlebihan

8. Tekanan darah tinggi

DHA pula berfungsi dalam membantu untuk meningkatkan kemampuan otak untuk belajar dan menguatkan minda serta daya ingatan. Kelebihan-kelebihan lain Omega3 Softgel adalah :

1. Mencegah radang sendi (rheumatoid arthristis)

2. Mencegah asma

3. Meningkatkan daya seks kesuburan

4. Mencegah kanser payu dara, usus, pankreas dan prostat

5. Mencegah penyakit kulit

6. Mencegah migran, kesemutan, sejuk pada kaki dan tangan

Komposisi (60 biji per botol) :

Setiap softgel 500mg mengandungi 18%EPA dan 12%DHA

Dos :

Amalkan 2 softgel pagi, 2 waktu tengahari dan 2 waktu malam.


3) Teh Herba


darah tinggi

Teh herba menggunakan herba pegaga (Hydrocotyle Asiatica). Herba ini yang mempunyai ciri pahit mengandungi antioksidan (sejenis ester gluko peiranosil) yang amat baik dalam merawat luka luar (kulit) dan luka dalam (radang usus dan pendarahan otak).

Teh Herba selain itu mujarab untuk buasir, radang tenggorokan, batuk, radang usus serta mempunyai anti oksidan yang tinggi. Juga merupakan salah satu produk dalam sinergi untuk tekanan darah tinggi.








Testimoni #1

Saya telah mengamalkan minum kopi Radix, Teh Astatica, dan Omega 3. Alhamdulillah, penyakit darah tinggi saya telah berkurangan. Kesan-kesannya saya tidak lagi mengalami pening-pening kepala dan tegang urat leher.

Sharifa Bt Husain, Wilayah Persekutuan

* Kopi radix dan teh asiatica juga baik untuk darah tinggi. Tapi
pakar herba HPA lebih galakkan menggunakan sinergi seperti
kami cadangkan di atas

Testimoni #2

Kencing Manis, Darah Tinggi ,Jantung, Asma

Mak mertua saya mengidap penyakit 4 serangkai lebih 10 tahun.Telah menggunakan suntikan insulin pagi dan petang. Juga menggunakan alat sedut untuk penyakit asmanya.Kerap mengah, letih,mata berselaput dan amat kabur, kulit bermasalah, selalu bersin, hidung kerap berair, selalu demam, solat duduk dan selalu masuk wad akibat penyakitnya yang agak kronik. Tetapi alhamdulillah stlh menggunakan sinergi produk Hpa, omega 3, plantisol, vitex, hb, spirulina, teh herba, mega 3 dan but-but, penyakit asmanya telah sembuh, matanya jelas, solat dah blh berdiri, suntikan insulin dihentikan,x pernah menginap di hospital lg,bertenaga,tiada lg masalah penyakit kulit, jantungnya 'cantik'.Masalah bersin dan sakit kepalanya juga telah hilang.Kini ubat hospital telah dihentikan. X sampai seminggu kesannya begitu positif. beliau masih meneruskan penggunaan untuk kesihatannya. Terima kasih HPA. Terus maju dengan produk-produk halalnya!

Khosiyah binti Halil, Pahang



LAGI

Menu Untuk Pesakit Darah Tinggi

Written by sofieyya on Nov 26th, 2006 | Filed under: *Healty*

Menu Untuk Pesakit Darah Tinggi

Hidangan Dielakkan
1. Nasi Beriani / Nasi Lemak / Nasi Goreng / Nasi Ayam
2. Mee Kari Mee/Meehon/ Kuey Teow Goreng
3. Roti canai/ telur/ Murtabak
4. Masak Rendang / Masak Goreng2 / Masak Lemak / Kari Bersantan / Ikan Masin
5. Kuih Bergoreng / Kuih Bersantan

Digalakkan
1. Nasi Putih / Kanji
2. Asam Laksa Mee / Meehoon @ KueyTeow Sup / Mee Rebus@Tomyam
3. Capati tanpa ghee / Tosai
4. Masak Tomyam / Ikan @ Ayam Bakar / Ikan Kukus / Masak Asam Pedas / Masak Tomato
5. Sandwich / Apam Tanpa Kelapa / Popiah Basah (tanpa udang / telur) / Kuih Kukus tanpa santan / Buah-buahan Segar

Digalakan minum jus dan sayuran,jauhkan makanan berlemak




LAGI



TEKANAN DARAH TINGGI

Tekanan Darah Tinggi

Klik Untuk Versi Bahasa Inggeris

Hipertensi (atau tekanan darah tinggi) menggambarkan tekanan yang dihasilkan oleh darah ke atas dinding arteri semasa jantung mengepam darah. Apabila tekanan darah diukur, terdapat 2 bacaan. Tekanan yang lebih tinggi, tekanan sistolik, adalah tekanan darah pada arteri semasa jantung sedang mengepam darah. Tekanan yang lebih rendah, dipanggil diastolik, adalah tekanan darah pada arteri semasa otot jantung sedang berehat di antara dua denyutan. Apabila tekanan darah yang tinggi dikesan, ia biasanya memerlukan rawatan sepanjang hayat.

Untuk Informasi Lanjut, Sila Klik Sini.....

Jenis-jenis Hipertensi
Komplikasi-komplicasi
Tanda-tanda dan Gejala-gejala
Rawatan
Tabiat-tabiat untuk diikuti
Elakkan
Ingat

Jenis-jenis Hipertensi

1. Hipertensi Primer – Ini membentuk sebahagian besar dari hipertensi-hipertensi. Punca peningkatan tekanan adalah tidak diketahui. Akan tetapi, faktor-faktor risiko adalah :-
v Sejarah hipertensi dalam keluarga.
v Kegemukan.
v Pengambilan garam dan alkohol yang melampau.
v Merokok
v Tekanan yang melampau.

2. Hipertensi Sekunder – Bentuk ini, seperi yang digambarkan oleh namanya, adalah peningkatan tekanan darah disebabkan oleh punca-punca/penyakit-penyakit yang lain seperti:-
v Penyakit-penyakit Ginjal.
v Penyakit-penyakit Endokrin.
v Disebabkan Ubat.
v Kecacatan kelahiran.
v Punca-punca lain.

Komplikasi-komplikasi

Tekanan darah tinggi (kadang-kadang dirujuk sebagai “pembunuh senyap”) harus dimantau selalu dan dirawat oleh seorang doktor. Jika tidak dikesan atau jika tidak dirawat dengan betul, ia boleh membawa kepada komplikasi-komplikasi seperti :-
v Strok – yang berlaku apabila salur darah ke otak disekat, bocor dan pecah.
v Jantung – salur darah yang membekalkan otot-otot jantung disekat sepenuhnya.
v Kegagalan jantung – jantung tidak dapat mengepam darah dengan secukupnya.
v Kerosakan Ginjal.
v Kerosakan Mata.

Tanda-tanda dan Gejala-gejala

Biasanya, pada hipertensi primer atau esensial, tiada gejala-gejala yang dikesan sehinggalah komplikasi berlaku. Terdapat hanya satu cara untuk mengesan hipertensi iaitu dengan selalu memeriksa tekanan darah. Anda harus berjumpa dengan doktor anda jika anda mengalami mana-mana atau semua yang berikut :-
v Tekanan diastolik melebihi 90mm Hg.
v Pembengkakkan pada pergelangan kaki atau jari.
v Tercungap-cungap.
v Pandangan yang kabur.
v Pendarahan di hidung yang sering berulang.
v Sakit kepala yang berterusan.
v Pening.

Rawatan

Rawatan serta-merta dan kerap dari seorang doktor adalah perlu dan terdapat pelbagai jenis ubat pada masa kini. Gaya hidup yang sihat perlulah diikuti untuk seseorang itu menjalani kehidupan yang normal.

Gaya Hidup yang sihat
v Elak dari menjadi gemuk.
v Kurangkan pengambilan garam, lemak dan gula.
v Makan makanan yang seimbang dengan melebihkan bahagian buah-buahan, sayur-
sayuran dan bijirin – bijirin.

v Hadkan pengambilan minuman beralkohol kepada 1-2 minuman sehari.
v Senam selalu tetapi jangan melakukannya secara melampau.
v Belajar untuk beristirehat.
v Periksa tekanan darah anda selalu. Jika umur anda melebihi 40 tahun, lakukannya
setahun sekali atau lebih kerap jika hipertensi telahpun dikesan.

Tabiat-tabiat Untuk Diikuti

v Ingat untuk mengambil semua ubat-ubatan seperti yang telah dinasihatkan oleh doktor
anda.

v Baca label-label pada makanan dan ubat-ubatan dan pilih pilihan yang rendah garam.
v Minta keluarga dan kawan-kawan anda untuk membantu anda mengekalkan gaya hidup
yang sihat.

Elakkan

v Makanan yang tinggi lemak dan garamnya.
v Makanan dan ubat-ubatan yang tinggi dalam kandungan sodium (sila tanya pegawai
farmasi anda)

v Bahan-bahan yang boleh meningkatkan tekanan darah anda (sila tanya pegawai farmasi
anda)

v Merokok.
v Miniman beralkohol.
v Kekurangan senaman.
v Kerisauan.
v Khuatir untuk berbincang dengan doktor anda mengenai gejala-gejala penyakit atau
masalah-masalah berkenaan ubat-ubatan.

Ingat

Untuk selalu berunding dengan doktor anda
v Sebelum memulakan perubatan untuk tekanan darah tinggi anda.
v Mengurangkan atau meningkatkan sukatan-sukatan ubat.
v Menukar perubatan anda.
v Memberhentikan perubatan tekanan darah anda.

Jika anda mempunyai hipertensi, runding dengan doktor atau pegawai farmasi anda sebelum mengambil rawatan perubatan untuk penyakit-penyakit yang lain memandangkan ia boleh saling tindak dengan rawatan perubatan tekanan darah tinggi anda.

Nikmati kehidupan yang normal dengan memantau dan mengawal tekanan darah tinggi dengan sempurna.


LAGI


Tekanan Darah Tinggi


Pengenalan

Jantung anda bertugas sebagai alat mengepam di mana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini menghasilkan tekanan yang membawa darah keseluruh badan. Tekanan darah ini berbeza bagi setiap seseorang individu dan bacaannya juga berbeza.

Apakah itu Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi?

Jantung anda bertugas sebagai alat mengepam di mana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini menghasilkan tekanan yang membawa darah keseluruh badan. Tekanan darah ini berbeza bagi setiap seseorang individu dan bacaannya juga berbeza.

Bacaan Tekanan Darah

Kategori Tekanan Darah Tinggi

Tekanan Darah Systolic(Angka bacaan di atas)mmHg

Tekanan Darah Diastolic(Angka bacaan di bawah)mmHg

Normal

<>

And <>

Pra Hypertensi

120- 139

or 80 - 89

Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1

140 - 159

or 90 - 99

Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2

> 160

or > 100

Mengapa penting mengukur tekanan darah secara berkala?


Adalah mustahak untuk anda mengukur tekanan darah secara berkala bagi menentukan samada tekanan darah anda tinggi atau tidak. 90% pengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi tidak menunjukkan sebarang gejala manakala 10% lagi ada menunjukkan gejala.

Pengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung. Tekanan darah yang terkawal dapat mengurangkan kedatangan pesakit ke klinik pesakit luar, kemasukkan ke hospital dan kematian akibat strok (angin ahmar) dan penyakit jantung.

Apakah kesan hypertensi/tekanan darah tinggi?

Di antara kesan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah:

  • Rasa tidak sihat yang menjejaskan fizikal dan mental serta memberi kesan kepada keluarga anda dan kerja anda.
  • Sukar memiliki polisi insuran baru dan anda akan dikenakan premium yang tinggi

Apakah penyebab Hypertensi/Tekanan Darah tinggi?

90% penyebab sebenar Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah tidak diketahui manakala 10% lagi adalah akibat penyebab sekunder iaitu akibat penyakit tertentu.

  • Sebab yang tidak diketahui (90%)
  • Sebab sekunder (10%)
    1. Penyakit buah pinggang
    2. Penyakit sistem endokrin
    3. Penyakit pembuluh darah

Adakah Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi diwarisi dari ahli keluarga?

Jika kedua ibu bapa anda mengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, 50% kemungkinan anak-anak akan mewarisi penyakit Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi tersebut. Jika salah seorang dari mereka mengidap darah tinggi, maka anak-anak mungkin mendapatnya.


Faktor Risiko Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi

Faktor risiko yang menyebabkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah:

  • Cara hidup tidak aktif
  • Umur melebihi 35 tahun
  • Merokok
  • Kegemukan
  • Paras kolesterol tinggi
  • Sejarah keluarga
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan
  • Pengambilan garam yang tinggi

Tanda dan Gejala

  • Pengidap Hypertensi/Darah Tinggi kebanyakkannya tidak mengalami sebarang gejala
  • Kadang-kadang seseorang itu hanya mengalami gejala yang tidak spesifik seperti sakit kepala atau pening kepala
  • Sakit kepala boleh berlaku dalam kes Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi. Selalunya ianya berlaku di waktu pagi, bahagian belakang kepala dan rasa berdenyut (bergantung kepada tahap keterukan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi)
  • Untuk memastikan atau mengesahkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, sila periksa tekanan darah anda di klinik berhampiran. Doktor anda akan menasihatkan berapa kerap anda perlu memeriksa tekanan darah.

Peringatan, jangan tunggu sehingga gejala timbul kerana ia mungkin telah terlambat.

Apakah komplikasi(kesan buruk akibat penyakit) Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi?

Tekanan darah yang tinggi akan mengakibatkan bebanan kepada organ-organ dalam badan dan boleh menyebabkan kerosakan. Di antara komplikasi/kesan akibat penyakit Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah seperti:

  • Otak
    • Serangan Stroke/Angin Ahmar atau Stroke ringan dan sementara (Transient Ischaemic Attack)
  • Penyakit jantung seperti :
    • Coronary Heart Disease
    • Congestive Heart Failure
    • Left Ventricular Hypertrophy
  • Komplikasi pada mata
    • Perdarahan dan kerosakan kepada kawasan yang sensitif dalam mata
    • Keadaan yang dikenali sebagai Hypertensive Retinopathy
  • Komplikasi pada buah pinggang
    • Kegagalan fungsi buah pinggang (paras serum kreatinin tinggi, Microalbuminuria, Proteinuria).
  • Peripheral vascular disease seperti
    • Aneurysm
    • Kehilangan satu atau lebih denyut nadi

Apa yang perlu anda lakukan jika disahkah mengidap penyakit Hypertensive/Darah Tinggi?

Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi anda boleh dirawat

  • tanpa menggunakan ubatan
    • Perlu mengubah amalan cara hidup anda
    • Amalkan permakanan sihat
    • Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol
    • Melakukan senaman berkala
    • Kurangkan berat badan jika berlebihan
    • Atasi tekanan secara berkesan
    • Berhenti merokok

Kategori tekanan darah normal/optima

  • Galakkan amalan Gaya Hidup Sihat .
  • Dapatkan nasihat untuk berhenti merokok, pemakanan sihat dan aktiviti fizikal yang bersesuaian.

Pra Hypertensi

  • Amalkan gaya hidup sihat
  • Dapatkan nasihat untuk berhenti merokok, pemakanan dan aktiviti fizikal yang bersesuaian.
  • Periksa semula tekanan darah anda dalam masa setahun

Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1

  • Rawatan tanpa ubatan adalah rawatan utama
  • Anda perlu mengubahsuai gaya hidup
  • Amalkan pemakanan sihat
    • Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol dalam makanan
  • Lakukan aktiviti fizikal yang teratur
  • Kurangkan berat badan jika berlebihan
  • Atasi tekanan secara berkesan
  • Berhenti merokok
  • Periksa semula tekanan darah anda mengesahkan tiada Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi
  • Jika anda disahkan mengidap Hypertensive/Darah Tinggi, sila ikut nasihat yang diarahkan
  • Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi

Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2

Gabungan rawatan tanpa ubatan beserta pemberian ubatan diperlukan bagi merawat Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2

  • Amalkan gaya hidup sihat
  • Berhenti merokok
  • Mematuhi pengambilan ubat dan rawatan susulan
  • Pengesanan komplikasi terutamanya :
    • Jantung
    • Ginjal
    • Mata
  • Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi

Kumpulan Sokongan




LAGI



Penyakit Darah Tinggi (Hipertensi)

Penyakit darah tinggi atau Hipertensi (Hypertension) adalah suatu keadaan di mana seseorang mengalami peningkatan tekanan darah di atas normal yang ditunjukkan oleh angka systolic (bagian atas) dan angka bawah (diastolic) pada pemeriksaan tensi darah menggunakan alat pengukur tekanan darah baik yang berupa cuff air raksa (sphygmomanometer) ataupun alat digital lainnya.

Nilai normal tekanan darah seseorang dengan ukuran tinggi badan, berat badan, tingkat aktifitas normal dan kesehatan secara umum adalah 120/80 mmHG. Dalam aktivitas sehari-hari, tekanan darah normalnya adalah dengan nilai angka kisaran stabil. Tetapi secara umum, angka pemeriksaan tekanan darah menurun saat tidur dan meningkat diwaktu beraktifitas atau berolahraga.

Bila seseorang mengalami tekanan darah tinggi dan tidak mendapatkan pengobatan dan pengontrolan secara teratur (rutin), maka hal ini dapat membawa si penderita kedalam kasus-kasus serius bahkan bisa menyebabkan kematian. Tekanan darah tinggi yang terus menerus menyebabkan jantung seseorang bekerja extra keras, akhirnya kondisi ini berakibat terjadinya kerusakan pada pembuluh darah jantung, ginjal, otak dan mata. Penyakit hypertensi ini merupakan penyebab umum terjadinya stroke dan serangan jantung (Heart attack).

Penyakit darah tinggi atau Hipertensi dikenal dengan 2 type klasifikasi, diantaranya Hipertensi Primary dan Hipertensi Secondary :
  • Hipertensi Primary
  • Hipertensi Primary adalah suatu kondisi dimana terjadinya tekanan darah tinggi sebagai akibat dampak dari gaya hidup seseorang dan faktor lingkungan. Seseorang yang pola makannya tidak terkontrol dan mengakibatkan kelebihan berat badan atau bahkan obesitas, merupakan pencetus awal untuk terkena penyakit tekanan darah tinggi. Begitu pula sesorang yang berada dalam lingkungan atau kondisi stressor tinggi sangat mungkin terkena penyakit tekanan darah tinggi, termasuk orang-orang yang kurang olahraga pun bisa mengalami tekanan darah tinggi.


  • Hipertensi Secondary
  • Hipertensi secondary adalah suatu kondisi dimana terjadinya peningkatan tekanan darah tinggi sebagai akibat seseorang mengalami/menderita penyakit lainnya seperti gagal jantung, gagal ginjal, atau kerusakan sistem hormon tubuh. Sedangkan pada Ibu hamil, tekanan darah secara umum meningkat saat kehamilan berusia 20 minggu. Terutama pada wanita yang berat badannya di atas normal atau gemuk (gendut).

    Pregnancy-induced hypertension (PIH), ini adalah sebutan dalam istilah kesehatan (medis) bagi wanita hamil yang menderita hipertensi. Kondisi Hipertensi pada ibu hamil bisa sedang ataupun tergolang parah/berbahaya, Seorang ibu hamil dengan tekanan darah tinggi bisa mengalami Preeclampsia dimasa kehamilannya itu.

    Preeclampsia adalah kondisi seorang wanita hamil yang mengalami hipertensi, sehingga merasakan keluhan seperti pusing, sakit kepala, gangguan penglihatan, nyeri perut, muka yang membengkak, kurang nafsu makan, mual bahkan muntah. Apabila terjadi kekejangan sebagai dampak hipertensi maka disebut Eclamsia.


    1. Penyebab Hipertensi
    Penggunaan obat-obatan seperti golongan kortikosteroid (cortison) dan beberapa obat hormon, termasuk beberapa obat antiradang (anti-inflammasi) secara terus menerus (sering) dapat meningkatkan tekanan darah seseorang. Merokok juga merupakan salah satu faktor penyebab terjadinya peningkatan tekanan darah tinggi dikarenakan tembakau yang berisi nikotin. Minuman yang mengandung alkohol juga termasuk salah satu faktor yang dapat menimbulkan terjadinya tekanan darah tinggi. Stop menjadi alcoholic!

    2. Penanganan dan Pengobatan Hipertensi
      a. Diet Penyakit Darah Tinggi (Hipertensi)
    • Kandungan garam (Sodium/Natrium)
    • Seseorang yang mengidap penyakit darah tinggi sebaiknya mengontrol diri dalam mengkonsumsi asin-asinan garam, ada beberapa tips yang bisa dilakukan untuk pengontrolan diet sodium/natrium ini ;
      - Jangan meletakkan garam diatas meja makan
      - Pilih jumlah kandungan sodium rendah saat membeli makan
      - Batasi konsumsi daging dan keju
      - Hindari cemilan yang asin-asin
      - Kurangi pemakaian saos yang umumnya memiliki kandungan sodium

    • Kandungan Potasium/Kalium
    • Suplements potasium 2-4 gram perhari dapat membantu penurunan tekanan darah, Potasium umumnya bayak didapati pada beberapa buah-buahan dan sayuran. Buah dan sayuran yang mengandung potasium dan baik untuk di konsumsi penderita tekanan darah tinggi antara lain semangka, alpukat, melon, buah pare, labu siam, bligo, labu parang/labu, mentimun, lidah buaya, seledri, bawang dan bawang putih. Selain itu, makanan yang mengandung unsur omega-3 sagat dikenal efektif dalam membantu penurunan tekanan darah (hipertensi).

      Pengobatan hipertensi biasanya dikombinasikan dengan beberapa obat;
      - Diuretic {Tablet Hydrochlorothiazide (HCT), Lasix (Furosemide)}. Merupakan golongan obat hipertensi dengan proses pengeluaran cairan tubuh via urine. Tetapi karena potasium berkemungkinan terbuang dalam cairan urine, maka pengontrolan konsumsi potasium harus dilakukan.

      - Beta-blockers {Atenolol (Tenorim), Capoten (Captopril)}. Merupakan obat yang dipakai dalam upaya pengontrolan tekanan darah melalui proses memperlambat kerja jantung dan memperlebar (vasodilatasi) pembuluh darah.

      - Calcium channel blockers {Norvasc (amlopidine), Angiotensinconverting enzyme (ACE)}. Merupakan salah satu obat yang biasa dipakai dalam pengontrolan darah tinggi atau Hipertensi melalui proses rileksasi pembuluh darah yang juga memperlebar pembuluh darah.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan