HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Ahad, 17 Januari 2010
ORANG YANG BIJAKSANA
Orang bijaksana itu orang sering@selalu mengingati mati...ringkasan maksud hadis....kerana mereka sedar bahawa dunia ini sementara.Iaitu tidak kekal....jadi tidak perlu berebut2....atau menjadikan terlalu cinta kepada dunia...dan mengakibatkan takut kepada mati.Ramai orang suka digelar bijaksana.Menyebabkan berebut2 belajar hingga tahap kedoktoran falsafah(dr).Mungkin bila dapat rasa puas.Bijaksanalah jika mereka ini sering mengingati mati.Jika tidak belum sampai tahap kepada bijaksana.
Ingat penulis satu cerita yang mana seorang perempuan yang susah beranak.Maka berjumpa ia kepada seorang doktor.Setelah diperiksa...maka kesimpulan doktor itu mengatakan ia ada penyakit...bahawa hanya mampu hidup tiga bulan sahaja,iaitu kematiannya sangat hampir.Hanya berpeluang hidup dalam masa tiga bulan sahaja.
Maka pulang ia dengan kerisauan yang amat sangat.Tetapi ia bijaksana tidak kecewa malah memikirkan yang positif. Walaupun kerisauan yang amat sangat dirasainya tetapi ia menghabiskan masa untuk beribadah kepada Allah...dengan menjaga segala kewajipan disamping memperbanyakkan amalan2 sunnat.Menghabiskan masa dengan berfaedah agar syurga yang dihajati tercapai.Ia telah memikirkan alam barzakh dan padang masyhar, yang begitu kehadapan dengan memikir dua alam yang akan ditempuhinya.Tidak lagi memikirkan lagi tentang hari tua sahaja tetapi lebih jauh dari itu.
Apabila telah sampai tiga bulan ia dapati masih hidup.Syukur ia pada Allah.Maka ia pun berjumpa doktor semula.Alangkah terkejut apabila doktor itu mengatakan itu hanya satu muslihat.Cerita itu saja direka agar ia risau dan susah hati.Supaya badan kurus sedikit sebab memikirkan kematian.Ia dapati badan terlalu gemuk agak sukar mendapat anak.Mudah2an dengan izin Allah selepas ini ia boleh mendapat anak setelah badannya sedikit kurus.
Dari cerita diatas ada dua pengajaran...iaitu ada baik kita tidak terlalu bertanya...jika ia bertanya atau mendesak doktor itu,apakah sebab kematiannya kian hampir...sudah tentu tektik doktor itu gagal.Maka badannya tidak dapat kuruskan.Kedua pula dengan memikirkan kematian maka amalnya dilipat ganda.Tapi bukan semua orang boleh kita guna tektik begini.Mungkin lain jadinya.
Jadi dengan kita memikir kematian.Tentunya berhati2 tidak melakukan yang haram juga yang makruh.Menjaga segala amalan wajib serta membanyakkan yang sunat2.Menjadikan dirinya soleh dan benar2 takwa.Sebab ia telah memikir alam kubur dan alam akhirat.Ia lebih menonjol bijaksananya kerana fikiran lebihan kehadapan telah menjangkau dua alam.Tidak semata2 dunia sahaja.Fikir pencen dan nak buat apa dan sebagainya.Fikirkannya hanya berkisar2 alam dunia sahaja.Tetapi bagi yang mengingati lebih jauh dari itu.Tentulah ia lebih bijaksana walaupun tiada ilmu hingga sampai doktor falsafah.Takut doktor falsafah otak macam sampah hanya memikir dunia nak senang dan masyhur ...Islam dan agama pada dirinya terabai.
Satu lagi, bukan juga mereka@kita bijaksana dan masih lagi dianggap jahil...jikalau mereka@kita ini jahil dalam bidang agama.Jika kita ada ilmu agama pun jadi sia2 jika tidak beramal atau ilmu itu dijual semata2 untuk senang dan mewah didunia.Harus diingat syaitan tidak akan berhenti2 untuk menjeremus kita kedalam neraka jahanam.Lagi besar ilmunya lagi besar godaannya.Jangan kita menyuruh orang beramal sedang kita sendiri tak beramal.Cakap berapi2...teori menjela-jela tapi bagi dirinya habuk pun tak ada.Semuanya buat untung dengan mengaut keuntungan yang berlebihan2.Manusia boleh kita tipu tetapi tidak bagi Allah swt.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan