HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Sabtu, 19 Disember 2009
INGATLAH KITA AKAN TUA , JUGA AKAN LEMAH DAN AKHIRNYA MATI
Seronok mengata orang ini dan orang itu, macam terasalah diri kita hebat.Satu peristiwa berlaku begini katanya..'tak sedar orang tua...dah tua pun tak sedar diri'...yang menarik yang dikatakan ibunya sendiri.Memang dah tua dalam lingkungan 60an hampir 70 tahun.Anak yang mengatakan pun sudah tua,sekitar umur 50an.Makna sudah tua bukan umur 20an lagi.Nampak anak itu tidak berasa tua sedangkan sudah banyak cucu.Inilah akibat rasa belum tua dan terasa hebat lagi.Peristiwa mungkin banyak berlaku.Kadang2 sebaya pun rasa macam ia lebih muda.Sifat lupa tua,lemah,sakit dan lupa akan menjadikan manusia sombong,bongkak dan berlagak.Macam tak mati2,macam tak lemah2,macam tak sakit2 dan macam tak tua2.Rasa macam nak tongkat dunia.Kalau nenek sudah mati,bapa sudah mati maka ini masa giliran kita pula.Harus diingatkan mati itu juga tidak mengira umur.Jangan berkuasa bertindak zalim dan melampau sebab akhir mati juga.
Janganlah berlagak pandai akhir lupa dan nyanyuk.Jangan berlagak hensem tua kerepot juga.Jangan berlagak jelita akan berkedut2 juga.Jangan berlagak kaya raya maka harta tinggal juga.Dan segala jenis mak nenek punya lagak.Macam ia superman dan segala2 super...sebenar super kepada dunia dan tidak super kepada akhirat....Segala kerja untuk kejar keuntungan dunia semata2.Janji bila kaya nak buat surau,buat masjid,tolong orang miskin,tolong anak yatim dan segala jenis mak nenek punya tolong.Itu sembang aje.Sudah kaya habuk pun tak de@tarak.Hampas.Tak boleh pakai.Ini mereka pandai janji..mulut manis nak mengenakan orang.Ingat kita kan tua,sakit,lemah dan mati...takut satu je...mati tak sempat jadi tua....Setua-tua orang umur 90an merasa juga hidup hingga 90 tahun kita belum tentu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan