Sabtu, 19 Disember 2009

1431 HIJRAH DAN MASIHI 2010




Hijarah 1431 telah bermula...iaitu dimulakan dengan bulan Muharam dimana digalakan berpuasa sunat pada satu hijrah tersebut.Bulan ini bulan yang dikehendaki membayar zakat setelah cukup segala syarat2.Ia juga biasa diadakan doa akhir tahun juga doa awal tahun.Sebenar doa ini tiada hadis dan tiada buat atau bukan amalan Rasullullah saw...kelender Islam ujud dizaman pemerintahan Syaidina Omar.Walaupun doa itu baik isi kandungannya tapi mesti hanya dibuat diakhir tahun atau awal tahun sahaja.Begitu juga dengan azam.

Doa ini boleh dibuat saban hari dan saban ketika,begitu dengan azam...Jangan kita hadir ke surau atau masjid untu doa ini sahaja.Kemudian tidak muncul2 lagi....sedangkan fardu ain sangat tuntut serta hukumnya wajib.Kalau dipandang dari isi dan maksud doa,nampak tidak berhasil doa tersebut.Kita memberatkan sunat atau amalan yang tidak jelas samada amalan Rasullullah atau tidak.Manakala yang terang wajib kita abaikan.Doa kebaikan kena dibuat saban hari dengan tiada erti jemu atau putus asa.

Bukan bermasa-masa.Itu pun jika dapat akhir tahun dan awal tahun,bagaimana orang yang tidak dapat.Jangan berdoa kebaikan sahaja sedangkan amalan jauh dari kebaikan...contohnya amat sukar datang majlis pengajian yang berbentuk fardu ain.Islam bukan hanya cita2,azam2 dsbnya..tapi perlu dengan tindakan yang berterusan.Doa perlu disusulkan dengan amalan bukan berdoa semata2.Jangan kita berdoa baik2 pada akhir tahun dan awal tahun..tetapi tetap ragu2 tentang Islam atau terus2 melakukan maksiat...bukan kita tidak beerjumpa orang yang berdoa ini tapi akidahnya songsang dan amalan tonggang langgang.Begitu juga azam,jangan azam cantikdan canggih....tetapi tindakan habuk pun tak ada...maksiat dan menentang hukum Islam berterusan..azam perlu dan boleh dibuat hari2 tidak mesti tunggu awal tahun.Kita kena beramal esok lebih baik dari hari ini.Begitulah seterusnya.Jangan awal tahun macam2 azam tetapi sebenarnya azam itu dibibir mulut sahaja, tindakan langsung tidak berlaku..Malang lagi kalau doa baik tapi yang berhasil ialah kemerosotan amal atau berterusan membuat maksiat...Kita memang suka buat hiasan luaran sahaja dalamnya kosong...tidak tahu bila masyarakat Islam mahu benar2 melakukan Islam benar lagi tulen...Bukan Islam tempelan atau Islam untuk menunjuk2 atau ada kepentingan tersendiri serta tersembunyi,bukannya kerana Allah swt.

Manakala menyambut 2010 pula dengan pelbagai acara maksiat..sedangkan awal muharam dengan doa2 yang mendayu2....masa ini baru kita tahun inilah perangai sebenar mereka....hukum hakam macam dihujung jari mereka sahaja...membuat apa mereka suka....Jangan fikiran Allah tidak akan bertindak kepada ahli2 maksiat serta orang2 yang menjadi syaitan bisu,jawatan menjadi habuan dunia dan menutup mulut hingga tidak berani mencegah kebatilan...yang difikir duit2..pangkat2..kuasa2 serta kemasyhuran dan kemewahan yang sementara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan