HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Jumaat, 13 November 2009
JANGAN KITA KEBULUR SANGAT DENGAN ANUGERAH CEMERLANG
Akhir tahun memang kelaziman cerita siapa dapat anugerah cemerlang.Ini bagi kakitangan terlibat lebih lagi kaki tangan kerajaan.Memang tidak dapat kita memuaskan hati semua orang dan memang kita sukar hendak berlaku adil.Kecuali Allah swt Tapi jangan pihak pentadbir terlepas pandang hingga tersalah memberi markah yang tinggi kepada orang sebulu dengan kita dan merendah markah orang yang tidak membodek kita.Jika memang tidak layak eloklah dan tepatlah dan memang padan muka mereka.Sekurang2nya orang tidak menjalankan tugas telah dihukum didunia dan hukuman diakhirat akan menyusul.
Bagaimana kita pula,sama jugalah kalau kita pun kata dulang paku serpih.Kita juga tidak menjalankan dengan jujur cuma syok sendiri terasa kerja kita bagus.Manusia dibawah kita bukan tidak ada mata dan tiada perasaan atau mata buta tidak tahu perbuatan atau kerja kita pun salah.Kita juga kaki ponteng dan malas.Cuma Allah sahaja nanti membenarkan kita juga memang malas dan kaki ponteng dipadang mashyar nanti.Lagi jelaslah kalau orang tidak layak kita beri anugerah cemerlang.Sebagai contoh baru bertugas 10 bulan diberi anugerah sepatutnya setahun baru boleh diberi anugerah.Orang cuti bersalin pada tahun anugerah diberi anugerah sedangkan ia cuti 2 bulan.Kalau sayang sangat kita pada pekerja itu, berilah anugerah pada waktu ia tidak mengandung atau cukuplah ia setahun.Jika dikira pada hukum syarak kedua2 salah kerana merampas hak orang lain.Maka mereka ini akan didakwa di akhirat nanti.Sehebat mana kuasa dan pangkat kita,akhirnya kita pencen juga dan tiada kuasa juga.
Bila mati lagilah orang tidak ingat kita lagi pada kita.Kita bawalah sikap kita yang pilih bulu dan dauble standart itu.Bagi kita yang tidak kaki bodek dan pemalas(mungkin mereka lagi malas,cuma pandai mengarah dan menilai tapi mereka pun sama gak) jangan kebulur sangat dengan wang anugerah itu.Tidak jadi kaya atau miskin sebab duit itu.InsyaAllah.Walaupun kita memerlukan sebab kita miskin.Kalau dapat pun belum tentu halal atau haram.Harus diingat jangan sibuk sahaja anugerah didunia sedangkan anugerah di akhirat yang lebih hebat dan kekal abdi kita abaikan.Malanglah jika ada tempat kerja kita. tempat yang banyak membuat perkara2 yang bertentangan dengan syarak atau dengan kata lain membuat kerja yang Allah murkai.
Kita tahu cuma buat2 rasa tidak tahu.Atau pun memang banggang dan jahil agama cuma berlagak tahu.Lihatlah gambar diatas...kita akan berhenti berhujah bila badan itu telah diikat LIMA ikatan.Walaupun hujah memang tersasar dari moral dan hukum.Dibuat semata2 berkuasa dan hanya menegak benang yang basah.Untuk kita yang mereka tidak beri anugerah, ini sebabkan tidak dipandang walaupun sebelah mata oleh pemberi markah,hendak bersyukur sebab terhindar mengambil wang syubahat atau haram.Jangan kita jadi pekerja yang kebulur dengan anugerah.Bukan itu sahaja cara Allah swt memberi rezeki.Badan sihat,otak tidak berserabut,jiwa tidak tertekan dll.....itu juga rezeki yang Allah swt kurniakan....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan