Selasa, 3 November 2009

ADAKAH KITA MEMILIH BERADA DI ZON SELESA SAHAJA




Memang duduk atau berada di zon selesa memang seronok serta selamat orang tidak marah serta diganggu yang penting pandai membodek....Kita menjadi YESMAN sahaja walaupun apa yang kita buat melanggar prinsip hidup kita sendiri.Lagi punah kalau benda yang bertentangan agama kita buat juga semata2 untuk membodek bos kerana hendak berada zon selesa.Jika kita berada di zon selesa, mungkin dapat naik pangkat serta disukai bos.Ada juga uztaz2,guru agama,penceramah yang tidak berani menegur kemungkaran secara terang2 atau tidak tegur langsung kerana takut tidak dapat habuan dunia.

Mereka ini lebih suka disayangi bos dan manusia@masyarakat didunia dan tidak memperdulikan kemurkaan Allah walaupun perkara kita buat itu memang maksiat.Orang sekarang lebih memilih selesa didunia dan tidak memikirkan keselesaan diakhirat.Jika kita lihat disekeliling kita sekarang penuh dengan kemungkaran. Sesuailah kita sekarang berada di akhir zaman.Hinggakan kemaksiatan itu telah lumrah,menjadikan tidak nampak berdosa lagi.Sehinggakan mencegah atau tidak masuk campur maksiat itu digelar anti sosial,kolot,kuno dll lagi gelaran.Ada juga yang mengatakan kita harus berhikmah hingga kita sanggup bersama dengan kemungkaran itu hingga tidak mampu lagi menegurnya sampai bila2.Zaman sekarang drama2 agama pula mengambar orang kuat agama jahat,tidak betul,ganas dll seolah2 hendak mengajar masyarakat membenci gulungan agama.Sedangkan mereka(pelakon2) melanggar hukum2 agama dalam pengambaran nampak tidak salah seperti bercampur gaul,berpeluk2 lelaki perempuan bukan muhram,tidak menjaga aurat dsbnya.

Ini semata2 ingin berada zon selesa kerana masyarakat suka dan tidak membencinya kecuali orang faham agama sedangkan gulung ini pula terlalu sedikit.Memang didunia ini sukar untuk mendapat keadilan, itu sebab Allah ada menyebut didalam al quran "Yang menguasai dihari kemudian"(maksud quran:surah fatihah ayat ke 4).Dihari pembalasan ini semua akan diadili semula.Segala penginayaan,kezaliman,hukuman terlepas didunia akan dibalas disini dan tiada siapa pun akan terlepas.Sepatutnya kita memilih zon selesa disisi Allah swt.Biarlah kita dibenci oleh makhluk dibumi jangan kita dibenci makhluk dilangit.Ini kerana mereka akan suka kepada seseorang yang sekepala dengan mereka dan akan membenci orang yang tidak sekepala dengan mereka atau dengan kata lain tidak sebulu dengan mereka.Kita jangan khuatir bukan mereka yang memberi rezeki dan makan minum kita,jauh sekali menentukan syorga dan neraka.Sebaik2 manusia ialah orang yang bertakwa.Ini Allah sebutkan didalam quran maksudnya"Kitab(quran) ini yang tidak ada keraguan padanya bagi mereka yang bertaqwa"(Al baqarah ayat 2).

Janganlah kita hendak bergaji besar,berkereta besar,berumah besar dan bercakap besar kita memilih berada zon selesa,membodek,mengampu hingga larangan agama kita abaikan.Zaman ini Islam sebagai barang hiasan luaran sahaja tidak diamalkan secara sepenuhnya malah berpilih2.Macam memilih bawang atau kentang dipasar.Pilih yang sedap sesuai dengan nafsu dan tidak sesuai dengan nafsu kita tolak.Quran dan doa hanya sebagai pembuka majlis walaupun majlis yang hendak dibuat ada unsur maksiat.Orang yang melakukan perkara ini sudahlah jahil ditambah melawan dan degil.Sedang yang tahu tidak menegur serta diam seribu bahasa,mungkin mereka ini hendak berada dizon selesa juga.Moga2 Allah swt membalas orang menghina hukum Allah dan melakukan maksiat ini dibalas setimpal dengan kejahatannya.Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan