Sabtu, 31 Oktober 2009

JANGAN KITA TIDAK BERAHLAK DIHADAPAN GURU ATAU USTAZ


Ini bukan berlaku disemua tempat.Cuma tempat2 tertentu mungkin kejahilan atau masalah kefahaman agama terlalu cetek.Ditambah tidak beramal Islam dan ahli maksiat tetapi sombong dan berlagak tak tentu pasal.Biasanya tidaklah semua,biasanya mereka ini pendidikan terlalu rendah mungkin tiada PMR atau setakat sekolah rendah dan tiada belajar secara formal agama dan maaf cakap mereka ini pun tidak pandai mengaji@membaca quran.Mungkin sudah pergi haji itu sahaja kelebihan tetapi bukan mesti dia tahu hukum hakam agama.Adakah patut oleh kerana marah guru agama yang mengajar mereka ini bersikap kurang ajar dan tidak berakhlak contoh belunjur kaki dan mengarah ustaz itu berhenti mengajar.Dibuat dalam masjid pula.Nampak sangat jahil dan sombong bodohnya.

Jika ia rasa pandai ambil tuliah dan mengajarlah jangan kurang ajar.Memang sekarang dia ahli masjid sebab sudah tua dan sudah pergi haji.Alhamdullillah lah.Tahniah.Tapi ingatlah sewaktu muda dulu mungkin mereka tidak sebaik sekarang.Mungkin mereka meninggalkan solat,pengunjung night kelab,berjudi dsbnya.Bukan kita tahu,Jika benci sangat kepada guru mungkin terkena batang hidung,pelahan2 keluar masjid dan tinggalkan masjid.Ini tidak nampak sangat kurang ajar.Lain kali jika guru tu datang, lepas maghrib baliklah.Ada juga imam yang menjadi penghalang atau batu api.Patutkah ia bercakap 'jika tidak suka balik sahaja'.Ini sikap jahat dan dengki.Ada baiknya suruh jemaah tunggu menghormati tetamu sekurang2nya.

Memang gulungan ini ada dan disebut didalam hadis...lebih kurang maksudnya..'Jadilah kita orang yang mengajar,atau jadilah orang yang belajar,jika tidak jailah orang suka kepada orang yang belajar,jangan jadi orang benci kepada orang mengajar dan belajar,ni sejahat2 akhlak'.Kadang2 ada pihak yang memilih guru,ambil sahaja ilmunya, bukan perkara yang dibuatnya, yang bertentang dengan syarak.Jika guru itu betul pada syarak serta tegas kepada hukum serta berani menegakkan yang haq dan mengajak amal makruf,kenapa kita tolak.Ini bererti kita telah menolak rahmat dan kasih sayang Allah swt.Buat masa ini banyak tenaga pengajar ingin berada di zon selesa supaya ia selamat di dunia dan belum tentu mereka selamat di akhirat.Bukan itu sahaja, ada yang merosak kereta penceramah dengan memancitkan tayar dan sebagainya.Ini kerja2 budak nakal.Tetapi kes ini sangat sikit dan terpencil.Tidak tahu dimana salahnya.

Biasanya penceramah yang berani menyebut kemungkaran2 yang dilakukan menyebabkan mereka marah dan naik angin.Sedangkan penceramah tidak menyebut nama hanya gulungan2 tidak solat,berjudi.buka aurat,minum arak dll.Ini mungkin terkena pada dirinya.Itu menyebabkan ia marah.Tak kan penceramah hendak menasihat kepada binatang atau kereta2,lori2 dan sebagainya.tentu mereka kata gila pula.Susah juga orang telah jadi tentera syaitan tapi tidak sedar .Mudahan mereka sedar dan insaf sebelum ajal menjemput dirinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan