Sabtu, 17 Oktober 2009

APA ITU AZAN SERTA GUNA NYA

Azan ini memang telah maklum.Seban hari didengar samada ada disurau2 atau masjid2.Malah di radio2 juga TV .Secara umumnya masyarakat tahu bahawa azan menandakan masuk waktu solat.Ia juga telah diketahui umum oleh penganut2 agama lain di Malaysia.Hingga kita lupa fungsi2 azan yang lain.Disamping telah tertanam dijiwa kita dan pada kefahaman kita bahawa azan ini menandakan waktu sembahyang@solat.Mungkin juga kita telah dididik secara langsung atau tidak,bahawa waktu solat itu berpandu kepada waktu solat yang ada di dada2 akhbar,kelender2 atau sebagainya.Termasuk berpandu kepada azan di radio atau TV.Sedangkan itu sebagai panduan agar lebih mudah untuk menentukan masuknya waktu solat.Harus dingat penentu waktu telah disebut didalam kitab2 feqah.Maka wajiblah kita mengetahuinya lebih2 lagi tukang azan,jangan main belasah aje.Paling mudah sebagai contoh iaitu waktu maghrib.Adakah kita boleh solat,laungkan azan,berbuka puasa memandangkan azan telah dilaungan diradio@TV atau masjid@surau(jika ia juga berpandu jam atau radio@TV) serta jam kita pun telah menunjukkan memang telah masuk waktu.Sedangkan cuaca diluar dilihat masih terang belum ada tanda waktu maghrib telah masuk(belum ada tanda matahari telah terbenam).Ini memang pernah berlaku dan mungkin sering berlaku,ini memang pengalaman penulis sendiri.Maka kias2kanlah pada waktu2 lain.Disini diperturunkan tanda2 masuk waktu, agar menjadi pendoman kita bersama....
1.Zohor
Waktunya mulai dari gelincir matahari ditengah2 langit hingga bayang2 sesuatu benda sama panjang dengan benad itu,lain daripada bayang2 yang sedia ada pada ketika matahari itu ditengah2 lagi.
2.Asar
Waktunya mulai dari bayang2 sesuatu benda itu jadi panjang lebih daripada sekali ganda benda itu tolak bayang tengah langit hingga terbenam masuk matahari.
3.Maghrib
Waktunya mulai dari terbenam matahari berkekalan hingga hilang cahaya merah dikaki langit.Ini menurut qaul qadim bagi imam Safie.Jikalau ikut qaul jadidnya waktu maghribnya tidak lebih daripada 15 minit sudah habis.Iaitu lepas masuk masuk matahari ambil air sembahyang,bang@azan,qamat,sembahyang magrib tiga rakaat,sembahyang sunat dua rakaat atau sembahyang jamak taqdim bagi isyak empat rakaat habislah waktunya.Bila sudah habis waktu maghrib terus masuk waktu isyak tidak ada penceraian antara keduanya.
4.Isyak
Waktunya mulai daripada hilang cahaya merah di kaki langit berkekalan hingga naik fajar kedua yang disebut fajar sidiq.
5.Subuh
Waktunya mulai dari terbit fajar kedua(fajar sidiq) berkekalan hingga terbit matahari.
Sebenarnya azan bukan untuk menandakan masuk waktu tetapi hendak memberitahu bahawa disitu hendak ditegakkan solat berjemaah atau memberitahu tidak lama solat hendak dirikan.Siapa yang mendengar tiada uzur syarie sepatutnya datang untuk menunaikan solat berjemaah.Tapi sekarang macam sudah jadi trend azan menandakan waktu solat sudah masuk.Biasanya azan isyak dilaungkan,pengajian atau ceramah agama diteruskan.Ini adalah tidak betul.Sepatutnya tidak payah azan sebab memang sudah tahu pengajian akan disambung.Disini siapa yang bodoh.Ini berlaku sebab masyarakat sekarang tahu azan menandakan masuk waktu.
Azan juga digunakan untuk bayi yang baru lahir,azan ditelinga kanan dan qamat ditelinga kiri.Tidak kira bayi lelaki atau pertempuan.Azan juga boleh digunakan semasa seseorang dirasuk syaitan@histeria,ketika ribut melanda,gempa bumi,gelombang besar,kebakaran dan lain2 yang berbentuk bala@musibah datang tiba2.Hingga jemaah haji hendak berangkat ke Mekah disunatkan azan.Maka kias2kan yang lain...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan