Khamis, 6 Ogos 2009

CINTA ITU SUATU YANG MISTERI....buat am....kenalan penulis


Cinta,rindu,sayang dan segalanya dari Allah...Ia yang mempunyai dan mengurniakan kepada semua makhluk yang normal.Cuma kita kena bijakasana mengawalnya dengan berpandukan syarak dan ajaran Allah swt.Bagi yang sedang,telah dan akan masuk gerbang cinta awasi sebelum terperangkap cinta yang sukar dihuraikan atau diselesaikan.Cinta yang paling aula ialah cinta kita pada Allah diikuti Rasullullah saw.Diikuti pula pada suami atau isteri-isteri,juga pada amal2 baik dan perkara yang diharuskan syarak.Jika kita menyintai makhluk...biarlah cinta kita kerana Allah...yang mana makhluk itu takwa.Malanglah kalau kita beri cinta tempat yang salah...yang mana mahkluk itu sendiri tidak mengenal penciptanya serta membuat perkara mungkar tanpa segan silu dan rasa takut...malah ada yang bangga pula.Sekali lagi kita malang jika kita memberi sepenuh hati hingga hancur luluh jika ditinggalkan atau dikecewakan malah ditipu serta dimusnahkan maruah kita.....mungkin boleh bercinta tapi jangan bagi@memberi cinta sangat tinggi peratusnya...bagi sahaja 50-50,paling tinggi 60-40 sahaja,dan kita kena berfikir negatif...agar bersedia jika gagal atau ditinggalkan.Iaitu kita menyediakan payung sebelum hujan.Bagi lelaki jangan kita menipu wanita begitu juga wanita ....kerana balasan Allah akan menyusul atas perbuatan kita itu sendiri.Cinta ni memang manis serta indah jika berjaya dan jadi sengsara dan mudarat jika gagal atau dikecewakan...Kadang2 pelek orang dahulu tidak bercinta jodoh panjang...mati sahaja yang memisahkan mereka...pelek juga pasangan sekarang bercinta tetapi banyak gagal bila berkahwin,dan banyak yang tidak sempat kahwin yang dalam dara tetapi sudah janda.Cinta benda yang sangat misteri...kadang2 ia bagai perkara yang kita tunggu dan harapkan iaitu dicintai dan menyintai...tapi boleh bertukar menjadi gagal,ia jadi macam hantu yang menakutkan.Jadi marilah,eloklah kita tumpukan cinta kita kepada Allah...kita jadikan Allah kekasih kita...sebagai kekasih Allah,IA akan tidak membenarkan kekasih dikecewakan atau ditipu...sudah tentu IA menjaga dan melindungkannya.Menarik lagi jika akhirhayat tetap menjadi kekasihNya ,ini sudah tentu ia diberikan rahmat dan memasukan kekasihNya ke dalam syurgaNya.Fikirlah yang positif kepada Allah yang mengurniakan kita cinta,rindu,sayang dan segala nikmat yang tidak terhitung.Serahlah,mengadulah segala masalah kepadaNya...kerana IA lah yang berkuasa atas sesuatu.Oleh itu ikrabkan diri kita dan hubungan kita denganNya...dengan amalan2 sunat yang bepanjangan....dengan tidak rasa jemu mendekatiNya....hingga terasa kemanisan iman,walaupun agak sukar pada mulanya...paksaan itu akan diahkhirkan dengan keseronokan dan kemanisan takwa...marilah sama2 kita mencuba dan mempraktikkannya.Mudah2an cinta ini tidak misteri lagi.Itulah cinta yang sejati yang menyebabkan kita ke jannah Allah.InsyaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan