HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Isnin, 31 Ogos 2009
KEMERDEKAAN NEGARA MALAYSIA
Bagi saya biarlah kemerdekaan yang benar-benar merdeka dari unsur2 penjajahan yang bertentangan dengan syariat Allah awt....perkara2 yang bertentangan syariat kita buang terus kecuali kita teruskan perkara2 yang tidak bertentangan syariat Allah swt.Jangan kita lupa semuanya datang dari Allah dan kembali pun kepada Allah...Kita akan ditanya segala apa yang kita lakukan di dunia sama yang baik maupun yang jahat.......selamat menyambut hari kemerdekaan...Malaysia...Moga2 Allah Malaysia dalam perlindungan Allah,kerana sebaik2 perlindung adalah Allah swt jua.
Ahad, 30 Ogos 2009
KAMA CIKK berbicara lagi........2
Ini nukilan kedua kama cikk...tu penulis tulis tajuk kama cikk berbicara lagi 2.....
salam..maaf pembuka bicara.....Hari ini ramai insan yang mengejar status,pangkat dan gelaran yang dipandang hebat oleh manusia.Namun kurang temui insan yang benar-benar berusaha untuk mendapatkannya disisi Allah...Allahhukbar...hairan sungguh,hari ini ditemui satu fenomena baru yang berstatus hebat sanggup membuang status gelaran atau nama orang lain yang baik hanya kerana bersandarkan ukuran fikirannya yang jahil,mungkin juga atas rasa kedengkian,walaupun berpelajaran tinggi daripada orang lain.Kenapa begitu.Ingatlah mengunakan akal itu hendaklah dengan berlandasan iman bukan nafsu.Jangan lupa nikmat yang diberikan tidak gunakan dengan betul akan ditarik kembali oleh Allah swt.Tidak mustahil yang cerdik akan membuat perkara yang salah serta bodoh,mungkin juga membuat perkara yang bertentang dengan syarak,tidak heran juga yang mulia,akan membuat perkara@pekerjaan hina,yang hebat,akan membuat perkara bodoh,yang berpangkat membuat perkara yang sesat dan.....dan.......dan.......logiknya secara total ibubapa akan mencari nama yang baik,indah,makna yang bagus,sebutan yang hebat untuk cahaya mata mereka,supaya kebaikan nama akan menjadi zahir pada anak mereka.Walaupun ibubapa tidak tahu apa yang terjadi pada anak mereka apabila dewasa kelak.Terdapat nama yang hebat,firdaus,Jannah,Soleha,Siti Khadijah,Siti Aisyah,Muhammad,yang benar-benar berkaitan dengan keagongan Islam.Tapi hakikatnya ada yang tidak selari tingkahlaku mereka dengan Islam.Bolehkah digantikan mereka ini dengan nama "tak bertanggung jawab,tidak beretika,kerana tidak sebagus nama dengan amalan".Salahkah ibubapa,dengan lain kata lebih terkilan lagi.Salahkah Allah yang mentakdirkan nama mereka.Jesteru itu,janganlah dipertikai panggilan hingga dibuang panggilan@nama mereka,yang pasti sekali lagi gelaran,pangkat dan status itu lebih afdal disisi Allah swt kerana ia kekal hingga ke syurga.InsyaAllah.Sebenarnya,tidak salah kita cuba berfikir sebelum menyingkir,siasat sebelum sesat,selidik sebelum mengherdik,berbincang sebelum berkata langcang,bersabar sebelum tersasar,bertanya sebelum ada insan teraniaya,tawaduk sebelum jatuh terduduk,bertenang sebelum air mata berlinang.Adalah dituntut dalam Islam kita memuliakan seseorang kerana Rasullullah saw sendiri memuliakan orang lain,walaupun mereka bukan gulongan bukan Islam.Panggillah mereka dengan gelaran yang baik,tuan,puan,saudara saudari,encik@cik,dato' datin,cikgu,ustaz ustazah,sir,mdm,mis,kakak,abang,adik dsbnya.Hakikatnya adakah kita sendiri sanggup dikata,dihina,dipanggil dengan perkataan2 yang hina.Ingatlah,penghinaan Allah itu tiada tandingannya dan tidak mustahil balasan penghinaan itu ditebus didunia.Wa'iyaZubillah.(maaf cik kama cikk ada penambahan sedikit..harap maklum)
BICARA SAHABAT PENULIS......kama cikk
Bicara untuk diriku dan teman....salam...pembuka bicara...Aku hairan melihat insan2 hari ini yang semakin lupa janjinya....janjinya pada yang Maha Esa.Dulu berjanji Allah itu tuhanku ,tuhan yang Maha Esa dan Rasullullah saw itu Pesuruh Allah.Ya,memang betul manusia itu pelupa kerana sifat 'nasia'..dan manusia tidak ada sifat mustahil ...maka tidak mustahil dia lupa dengan janji dengan Allah..Pelik ...macam mana seseorang itu boleh mengatakan bahawa dia terdidik untuk mematuhi kata bapanya,ibunya,gurunya,pensyarahnya,ketuanya,majikannya....tapi tidak keluar dari bibinya yang dberi oleh Allah untuk MengAGONGkan bahawa dia mesti patuh pada Allah swt sebagai landasan utamanya.Subhannallah.Apakah bala yang ditebarkan oleh Allah hari ini, tidak tahu@tidak upaya untuk menyedarkan manusia yang sering lupa.....bukankah segala apa yang dijadikan oleh Allah swt itu,samada kurang atau lebih miskin atau kaya,senang atau susah ,suka atau duka,sihat atau sakit,hidup atau mati,lapar atau kenyang,cantik atau hodoh,pandai atau kurang pandai......ada hikmah segalanya.dimana akal kita......mengapa ramai yang bangga menjadi pandai dan terpelajar tetapi menggunakan akal untuk menidakkan Allah swt.Jangan gunakan akal yang hebat untuk membuat perkara yang bodoh saja.Maka gunakanlah kehebatan akal yang Allah beri itu untuk perkataan yang baik dan diredai Allah sahaja.Jangan diagongkan pandangan manusia kerana ia sementara tetapi carilah keAGONGan pandangan Allah terhadap kita,kerana IA kekal selamanya.Amin.amin Ya Allah.
INGATLAH BAHAWA KITA TIADA APA2 KELEBIHAN DISISI ALLAH SWT KECUALI ORANG YANG DIJADIKAN KEKASIHNYA@WALI...tazkirah ni khas untuk Cik Tijah@y4n4
Sudah lama saya tidak menulis hampir seminggu....mungkin kelesuan menerima ujian Allah swt yang setahun sekali...Bagaimanalah kalau dalam setahun 3 kali Allah swt perintah@menyuruh kita berpuasa dalam setahun.Penulis tidak mahu mengambarkan@memikirkan atau memberi sebarang komen tentang manusia Islam ketika itu,jika dibebankan berpuasa 3 bulan dalam setahun....Cuma dalam bulan puasa sudah tentu tenaga sedikit berkurangan disebabkan tidak minum dan makan.Puasa ini memang tidak ada dalam agama2 lain.Ia begitu unik serta penuh dengan hikmah serta nikmat,lebih2 lagi ketika hendak berbuka.Cuma dalam bab puasa satu kebimbangan penulis,takut serta khuatir ia sebagai adat bukan ibadat...ramai yang puasa tetapi tidak solat...Ada yang tidak buat kedua2nya..itu lagi teruk...solat sunat tarawih berduyun2 ramainya pergi surau atau masjid...termasuk kaum wanita...sedangkan ia tidak digalakkan lebih2 lagi jika menimbulkan fitnah...yang hairan majlis fardu ain tidak hadir sedangkan itu wajib...Sebenarnya saya bukan hendak menulis tentang puasa tetapi tentang diri kita dengan Allah swt..cuba baca dengan teliti dan fikir2kan...seangkuh dan sehebat mana kita ,namun kesejadah dahi kita sujud pada Allah.Seindah dan semahal mana pakaian kita,secarik kain kapan dan secebis kapas jua yang membaluti tubuh kita,sebesar dan seindah mana rumah kita,sekujur badan yang dalam gelap gelita juga tempat tinggal kita.seramai mana kawan kita dan sebanyak mana duit kita ,tetap kita berseorangan disana@dalam kubur,amal ibadat menjadi teman kita,secantik manapun rupa kita,tulang putih jua yang akan tinggal,yang dicari walau bukan putera raja,biarlah putera agama,yang dimimpi biarlah tak punya rupa,asalkan sedap mata memandang,yang dinilai bukan sempurna sifat jasmani,asalkan sihat rohani ,sempurna hati,yang diharap bukan jihad pada semangat,asal perjuangannya ada matlamat,yang datang tidak perlu rijal yang gemilang kerana kita srikandi dengan silam yang kejam,yang dinanti bukan lamaran dengan permata...cukuplah akad dan janji setia...(nukilan saya ambil ditagged....akaunnya ima90)..terima kasih penulis pada ima90...moga2 jadi renungan kita bersama....
Selasa, 18 Ogos 2009
KITA MASIH HIDUP SEGAR BUGAR TAPI HATI SUDAH LAMA MATI
Alhamdullillah..kita masih dihidupkan oleh Allah swt,walaupun kita agak bimbang sekarang dengan wabak H1N1 yang sedang melanda.Ini berlaku disebabkan keizinan dan kehendak Allah swr semata-mata.Kita tidak tahu muslihat dan hikmah wabak ini turunkan dan diberikan kepada kita.Mungkin disebabkan kita yang bersikap takabur dan lupa diri ....kita ini datang dari mana..dan siapa yang menjadikan kita...dan kemana akhirnya kita akan pergi@kembali...semua orang tahu jawapannya....tapi tidak menghiraukannya.Dengan nikmat yang diberi oleh Allah swt...dan ada melimpah luah nikmat yang diperolehinya hinggakan ia lupa kehidupan akhirat serta ajal@maut akan menjemputnya,apabila sampai masanya.Maka,hiduplah kita dengan senang lenang serta serba kemewahan hingga lupa mencari bekalan akhirat.Menjadikan badan kita sihat serta segar bugar diatas sebab cukup atau terlebih makan.Hingga kita melupakan satu anggota lain yang tersorok dan tersembunyi,mungkin terlupa@tidak perasan ujudnya pada diri kita.Apa yang penulis maksud itu adalah HATI.Hinggakan nabi saw bersabda maksudnya'jika baik hati ini maka baiklah semuanya dan sebaliknya....tetapi'Hati ini jarang kita jaga dan ambil penduli...dan kita kadang2 tidak terasa ujudnya....mungkin kita sedar ujudnya KASUT dari HATI itu sendiri...itu kita tukar ganti kasut dan digilap setiap hari......sedangkan hati dibiarkan berkarat serta kotor,mungkin telah terlalu hitam sebab tidak dijaga lagi...Penulis masih ingat,terasa masih segar dalam ingatan penulis...semasa guru agama mengajar tentang HATI.Jika jasmani perlu makan untuk terus hidup sihat dan segar bugar begitu juga dengan hati....dalam hadis yang panjang Rasullullah saw ada menerangkan masalah hati ini....lebih kurang maksudnya...'Wahai sahabat2 bagaimana kalau kita makan 3 hari....maka sahabat2 menjawab....laparllah wahai Rusullullah ....sambung lagi ...'Bagaimana kalau 40 hari tidak makan....wahai sahabat2.....maka jawab sahabat2...lapar,sakit dan mungkin mati Ya Rasullullah...maka Rasullullah saw terus menerangkan ...begitu juga dengan HATI....Ia akan lapar dan sakit tenat dan mati jika 40 hari tidak makan...malah sekurang2 3 hari ia perlu diberi makan....jangan sampai 40 hari tidak diberi makan,mungkin hati itu sudah mati....maka Rasullullah saw menyambung....makanan hati itu menghadiri majlis2 ilmu sekurang2 3 hari sekali jangan kita biarkan hingga 40 hari tidak hadir majlis ilmu....mungkin hati itu telah mati....walaupun tuannya masih dilihat sihat dan bugar,boleh berlari serta bekerja dengan tangkas lagi sempurna...malang hati sudah mati...pembaca tentu faham yang dyang dimaksudkan hati itu telah mati.Hati yang mati susah hendak menerima kebenaran Islam,susah hendak melakukan kebaikan...mungkin kadang2 mereka memikirkan dirinya sudah cukup bagus Islamnya.Malah ada yang sanggup melanggar hukum2 Allah dengan sewenang2nya..yang lebih dahsyat melawan serta menentang hukum Allah swt, .Malah sudah tidak mahu ditegur dan dinasihat....seolah2 ia merasa 24jam mereka ia betul dan benar....dan tidak khuatir melakukan dosa ....kerana mereka memikir Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang......sini di tuliskan beberapa tanda hati yang telah mati...
1.Kita mengaku kenal Allah swt,tetapi kita tidak menunaikan hakNya.
2.Kita mngaku cinta kepada Rasullullah saw tetapi mengabaikan sunnah baginda.
3.Kita membaca Al Quran,tetapi tidak beramal denga hukum-hukum di dalamnya.
4.Kita memakan nikmayt Allah,tetapi tidak mensyukurinya.
5.Kita mengaku syaitan musuh,tetapi kita mengikutinya.
6.Kita mengaku adanya nikmat syurga tetapi tiak beramal untuk mendapatkannya.
7.Kita mengaku adanya seksa neraka tetapi kita tidak berusaha untuk mejauhkannya.
8.kita mengaku kematian pasti datang bagi setiap jiwa ,tetapi tidak bersedia untuknya.
9.Kita menghantar dan menguburknya jenazah dan mayat tetapi tidak mengambil iktibar daripadanya.
Sabtu, 15 Ogos 2009
WAHAI TUAN2 HAJI DAN PUAN HAJJAH
Sejak2 kebelakangan ini panggilan tuan haji@pn hajjah sudah satu kemestian dan kewajipan dan marah atau ralat jika kita tidak memanggil begitu(tidaklah semua begini).Begitukah niat mereka pergi menunaikan haji.Menunaikan haji sama taraf dengan rukun2 Islam yang lain...spt solat,zakat dan puasa....mengucap dua kalimah syahadah itu sudah kemestian.Dalam Islam tidak boleh kurang satu rukun...tidak boleh kita kurang satu rukun itu sudah dikira lulus...tetapi didalam peperiksaan mungkin lulus jika salah satu jawapan....dan dapat markah 40 sudah dikira lulus.Islam tidak begitu....walau pun betul semua, belum tentu kita lulus,Islam tu sempurna bagi kita...lulus@sempurna dikira setelah kita buat semua yang wajib tetapi disyaratkan AQIDAHNYA BENAR dan IBADAH YANG SAH....jika tidak maka sia2lah amalannya.Itu sebab menuntut ilmu fardu ain itu WAJIB.Jangan kita menyangka sudah memiliki ijazah dan masuk universiti kita sudah menabik dada kita pandai semua....dan orang lain bodoh.Jika begitulah sikap kita,orang yang macam ini,jika ia berada dizaman Rasullullah saw ,mungkin orang ini tidak akan beriman,sebab Rasullullah saw itu UMI tidak tahu menulis dan membaca.Maka ia memandang Rasullullah saw itu bodoh....sebab ia menyangka dirinya pandai dan tentulah nabi yang UMI itu tidak layak digelar rasul.Bagi yang telah pergi haji bersyukurlah kepada Allah swt kerana telah ditakdir@dipilih... beroleh menunaikan haji...walaupun kemestian@wajib itu hanya kepada orang mampu dan aman perjalanan untuk menunaikannya serta syarat2 lain...yang sudah tentu tuan2 haji ini sudah maklum.Bila mana kita sudah pergi haji bukan mesti kita dapat haji yang mabrur...malah mungkin kita dapat haji mardud....Jika dapat haji mabrur pun bukan mesti memakai gelaran haji atau hajjah...tiada nas pun..dan tiada digunakan oleh penduduk2 Islam di negeri2 lain.Rasullullah saw,sahabat2,imam yang empat,serta ulamak2 muktabar juga tidak mengunakan gelaran haji.Jika menggunakan juga kerana untuk menunjuk2,bermegah2 maka sudah tentulah haram atau sekurang2 makruh tahrim.Harus diingat title haji bukan bermakna kita boleh mengeluarkan hukum2...atau sebagainya sebab ia bukan alim dalam bidang agama termasuk pak imam2 kecuali mereka ini memang guru agama dan dituliah oleh jabatan agama negeri masing2.Bukan tidak ada tauliah kita tidak boleh mengajar....sekurang2 mengajar solat kepada anak2 kita, isteri2 kita,jika tidak mampu juga,wajib kita menghantar anak2 dan isteri2 untuk belajar ilmu fardu ain.Penulis masih ingat semasa menuntut bab haji..tuan guru memisalkan haji yang tidak mabrur...contoh yang diberi begini 'seorang hajjah sudah berkali2 pergi menunaikan haji...semasa duduk bersama temannya di dalam kapal terbang telah menceritakan bahawa ia telah berkali2 pergi haji,anak2nya pula pandai2 dan berpangkat2...jurutera,doktor,peguam dan lain-lain...dalam ceritanya itu juga ia menceritakan bahawa pergi kali ini anaknya yang jurutera mengeluarkan segala kos ke Mekah'...tuan guru penulis mengatakan hajinya tidak akan mabrur sebab ia berbangga2@menunjuk2 kehebatan keluarganya....dalam kapal terbang sudah gagal dapat haji mabrur....kata tuan guru tu lagi...mungkin hajinya sah jika memenuhi syarat2 dan rukun....cuma tidak berpeluang mendapat haji mabrur.Sambungnya lagi...tanda2 orang dapat haji mabrur sekembalinya ia ke kampung halaman ia berubah sebagai orang benar baru2 dari amalan lama.Amalan buruk atau tidak beberapa elok dahulu telah ditinggalkan sama sekali.Lain haji mardud perangai sebelum pergi dan balik sama...jika baik pun hanya berapa2 bulan,lepas itu tabiat yang tidak elok dilakukan semula....bagi tuan2 haji ....ingatlah pergi haji bukan menjamin kita telah alim dan tidak payah pergi surau atau masjid untuk menuntut ilmu...kalau rasa diri sudah alim ambil tuliah mengajar di surau2 dan masjid,kalau sudah kaya serta bergaji besar,tidak payah ambil saguhati daripada kita mengajar.Kalau begini,betullah...jangan kita cakap2 dibelakang....orang macam ini dipanggil baling batu sembunyi tangan...cakap kasar orang ini bacul...hanya berani cakap dan memburuk2,merendah2 orang dibelakang....macam ada kedengkian pada orang ini.Lebih2 lagi kalau kita menghina ulamak2,guru2 agama yang menyampaikan yang haq...mungkin ia kekasih Allah...kita tidak tahu...kerja kita hanya membodek manusia bukan membodek Allah...membodek dengan kata lain memuji Allah itu wajib....ingat apa kita buat di dunia semua akan disoal...jangan kita macam orang yang tidak berapa pandai hendak menduga orang yang lebih alim dari kita...bak kata perpatah kail panjang sejengkal dan menduga lautan yang dalam....fikir2lah kita siapa disisi Allah....sedangkan kita manusia yang lebih takut pada manusia atau pemerintah daripada Allah swt sendiri....
Isnin, 10 Ogos 2009
kemaafan dipinta...untuk semua pembaca
Penulis memohon maaf ....hanya ada tajuk2 sahaja ..tetapi tidak ditulis apa2 ,iaitu tiada isinya...ini sebabkan kekangan masa penulis...maaf dipinta...perkara baru tiba2 dibangkitkan itu penulis dulukan...Ini memang bergantung kepada ilham yg datang tiba2...itulah penulis tuliskan dahulu.Mudahan2 yang baik itu ilham dari Allah swt...yang buruk itu dari kejahilan penulis sendiri...Sepakara lagi masalah ejaan..jika sempat penulis betulkan..kalau tidak pembaca pandai2lah betulkan sendiri.Penulis memang tidak mengunakan laras bahasa yang baik...Ini hanya blog bukan buku teks bahasa melayu...
2.Waktu kesempatan penulis menyemak tulisan2 yang telah terbitkan rupanya 'tak kenal maka tak cinta 2'belum disiapkan...penulis cuba siapkan secepat mungkin...harap maaf .
WAHAI USTAZ2 DAN USTAZAH2 LEBIH2 ULAMAK2
Islam agama wahyu,telah sempurna lagi lengkap.mudah dan serasi dengan kehidupan manusia itu sendiri.Ini sesuai dengan kesemuanya baik perkara@benda kita nampak dan kita tidak nampak semua ciptaan Allah swt....tidak tertinggal walaupun sebesar zarah.Maka tidak ada perkatan tidak sesuai atau ketinggalan zaman...cuma kita rasa begitu kerana jahilnya kita kepada agama Islam itu sendiri.Disamping hijab kita telah tertutup untuk melihat dan merasai kebenaran Islam itu sendiri.Ini disebabkan,kesibukan dunia,tidak menuntut ilmu agama lebih2 lagi ilmu fardu ain....mungkar yang dilakukan,makanan haram dan syubahat yang kita makan ,kemewahan yang kita kecapi dan macam2 lagi perkara menyebabkan terhijab untuk mengenali Allah tertutup rapat.Ustaz,ustazah dan bahkan ulamak sepatut memainkan peranan mengajar serta menunjuk jalan kebenaran bagi manusia mengenal Allah dan Islam, lebih2 lagi orang-orang muslim itu sendiri.Islam itu kuat,gagah,sejahtera,dan pelbagai2 lagi kebaikan yang disusun dan digubal oleh Pecipta iaitu Allah swt untuk seluruh umat manusia dan jin.Sejak akhir2 ini,Islam nampak tidak bermaya,lemah,tidak digeruni,macam bermasalah serta pelbagai perkara negatif terhasil mengikut pandangan manusia masa kini,lebih2 lagi jika manusia ini jahil dan tidak berfikir secara rasional dan menerima bulat2 hasutan syaitan.Ini kerana tenaga ilmuan Islam kurang berperanan dan takut mengatakan yang haq.Takut dengan tindakan dan hukuman manusia atau lebih dahsyat mereka berpesta dengan hidup mewah....tidak mahu lagi bermujahadah sebaliknya menadah bayaran yang lumayan,adakan tidak,ada yang mengenakan rm600 untuk membawa majlis kiamulail.Ribuan ringgit untuk sekali berceramah,apakah ia tidak tahu atau buat tidak tahu mereka telah menjual agama dengan dunia.Adakah mereka tidak takut seksaan Allah swt.Sedangkan mereka lagi arif tentang agama.Ada yang sanggup jadi munafik semata perbezaan rm30.....kenapa munafik kerana salahsatu tanda munafik ialah mungkir janji.Sanggup tidak datang berceramah@memberi pengajian di surau yang telah dipersetujui dan ditetapkan tarikh.Ini kerana surau yang telah ditetapkan hanya membayar rm50 sedangkan surau yang ia mengajar pada tarikh sama dengan membatalkan surau sepatutnya ia hadir telah memberi ia rm80.Apakah jenis guru agama ini,penulis pun tidak tahu....Sebenarnya Islam itu jadi lemah disebabkan guru agama tidak menyatakan haq dengan berani.Penulis tabik dengan ulamak2 dan ustaz dan ustazah begini kerana mereka berani memutar belit hukum bagi kepentingan dunia.Adakah mereka tidak takut seksaan dengan neraka Allah.Mungkin mereka sendiri masih tidak beberapa kenal Allah swt.Ingat setiap manusia mesti mati.Bila sudah mati kita tidak boleh memohon kepada Allah untuk hidup semula untuk mengatakan yang haq...mereka sudah terlambat atau tersalah pilih.Tiada nas baik Quran mahu maupun hadis, golongan mereka ini masuk syurga atau terlepas dari godaan syaitan.Fikirlah wahai ustaz2,ustazah2 dan para2 ulamak yang dihormati.Janganlah kita jadi ulamak yang merosakkan Islam mungkin mereka ini setara dengan mahkluk perosak...Siapa yang makan cili ia akan terasa pedasnya....
Bukan tidak boleh mengambil saguhati dari perkhidmatan yang kita buat tetapi agak-agaklah jangan sampai haram atau makruh tahrim yang boleh membawa kepada haram.Penulis tahu mereka perlu bayar ansuran kereta,insuran,minyak,tenaga,tol,sewa rumah dan lain-lain.Mereka juga kena meemikirkan kereta,rumah yang dipunyai jangan bertaraf terlalu mewah dan menunjuk2 sedangkan menunjuk2 itu haram dari segi syarak.Ketokohan dan aura mereka bukan dan kekayaan yang ditonjolkan malah dari amalan yang ikhlas dan perhubungannya dengan Allah swt.
Ahad, 9 Ogos 2009
KEGIGIHAN DAN KETABAHAN SEORANG WANITA
Tidak payah penulis sebut nama dan sebarang klu mengenalnya wanita ini...cukup sahaja penulis panggil Am@bukan nama sebenar...secara ringkas penulis mulakan@ceritakan... Am ini ditugaskan bertugas di satu kawasan pendalaman di sebuah negeri di Malaysia.Tugas beliau adalah sebagai pendidik...yang mulia disisi masyarakat.Am asalnya tinggal di kawasan segala kemudahan asas ada disediakan kepada kawasan yang tiada kemudahan secara total...air bergantung kepada tadahan hujan dari anugerah Allah,walaupun air paip yang kita terima itu pun hakikat dari kurniaan Allah,kita hanya memproses sahaja.Segala bahan membuat alat memproses,pencipta alat,apa sahaja hingga ia menjadi yang jernih,hakikatnya dari kurniaan dan kehendak Allah swt jua...tetapi manusia tidak mahu berfikir atau memang tidak terfikir,menjadikan ia melihat mahkluk lebih hebat dari Pencipta sebenarnya iaitu Allah swt.Mari kita berbalik kepada cerita Am...Kedatangan pertamanya disambut dengan banjir setinggi peha...bukan karpet merah atau bunga mangar jauh sekali paluan kompang....bayangkan bila qada hajat,diwaktu malam Am kena mengarung air sedalam paras peha dalam keadaan gelap gulita...kerana bekalan letrik dipadam pukul 11.30 malam,perkidmatan letrik pun hanya dari pukul 7.00 hingga 11.30 malam sahaja...apa perasaan mula2 yang berlaku kepada seorang wanita yang begitu asing tempat baru yang ditugaskan...tentulah keluh kesah,hiba,sayu,takut macam hendak menangis...mungkin Am sudah pun menangis....apa kata penulis kepada Am,jika penulis berada ditempatnya,penulis sudah cabut atau berhenti kerja...diceritakan oleh Am untuk ke sekolah terpaksa lalu jalan berbukit2 serta berbelok2...yang dikenalkan oleh penduduk tempatan dengan panggilan bukit ular...begitu cabarannya Am terima...dan semasa penulis menulis blog ini,tempatnya bertugas tiada air,susah hendak berwudu,membasuh kain...wudhu dan air minuman bergantung pada air mineral.Membasuh kain terpaksa pergi bandar berdekatan yang belanja@tambang mencecah rm300.Jika tidak salah penulis Am terpaksa menyewa sebuah rumah di pekan tersebut untuk bermalam@menginap dihujung minggu untuk membasuh,pergi bank,membeli keperluan harian.Bayangkan pergorbanan Am,penulis nakal juga,dengan mengusiknya...adakah Am hendak tukar...kebetulan penulis banyak kenalan dipihak atasan untuk menolong ia tukar,sebab penulis kesian...sekurang2nya pindah ke pekan itu sendiri.Penulis terperanjat sebab ia menolak,sebab sayang dengan pelajarnya,jika ia pindah siapa pula yang hendak mengajar,dan ia mula menyukai tempat itu...Syabas dan tahniah Am...atas ketabahan serta kegigihannya...penulis tabik kepadanya...Sepatutnya orang macam ini kita beri penghargaan atas sumbangan yang tidak ternilai.Kadang2 bila berhubung,Am kata kepada penulis kalau boleh sekarang ia hendak pindah...bukan sebab keadaan yang sukar itu tetapi rindu,cinta kepada kampung halaman serta ayahbonda di kampung...Selama mana pun Am di sana ia akan pindah ke negeri asalnya...kecuali jodohnya di sana.Harap Am bersabar dan berbahagia di sana serta Am dalam rahmat Allah swt.Bagi pendidik yang berada dalam kemewahan kemudahan asas serta keselesaan hidup di bandar2 bersyukurlah kepada Allah swt,supaya jangan merunggut2 panas,jerebu,jem dan pelbagai masalah lagi...kita lebih seronok kalau hendak dibandingankan dengan Am....
Jumaat, 7 Ogos 2009
BOLEHKAH WANITA BEKERJA
Perkara ini memang ada dibincangkan,tetapi kesan dari perbincangan tiada apa2 susulan atas hukum itu sama ada harus atau wanita haram bekerja,mungkin makruh tahrim @yang boleh membawa kepada haram.Ini agak rumit untuk diputuskan,disebabkan perkara telah menjadi lumrah dan biasa...dan mungkin ada sesuatu tempat kerja dimonopoli oleh pekerja wanita.Di negara kita wanita bekerja macam telah hukumnya harus,tidak lagi bertentang dengan syarak.Jika kita dilihat di negara timur tengah agak kurang wanita terlibat dengan sebarang pekerjaan,lebih2 lagi telah berumah tangga,sudah tentu suaminya bertanggung jawab atasnya,untuk makan minum,pakaian dan sebagainya.Bagi saya agak keberatan menerima keharusan wanita bekerja mungkin boleh@wajib jika ia janda atau wanita yang tiada harta peninggalan baginya untuk nafkah makan minum,pakaian dan sebagainya.Kewajipan@keharusan wanita kerja itu pun kena sesuai dengan wanita dan tidak melanggar batas2 syarak.Jika kita lihat secara rasional wanita bekerja banyak menimbulkan fitnah lebih2 lagi ditempat yang bercampur gaul wanita dan lelaki secara bebas.Apa yang berlaku disebabkan kemodenan cara hidup...dan ingin mengejar kemewahan dan mungkin untuk menunjuk2 siapakah yang lebih kaya dan bergaya.Hingga jika haram pun atau makruh tahrim pun bekerja sudah tidak sedar@tidak nampak lagi...inilah kesan dari penjajahan yang mana penjajah itu sendiri memang tidak beriman kepada Allah swt.Sudah tentu dendam kesumatnya untuk merosakkan@menghancurkan Islam itu sendiri.Kita tidak boleh menolak salah satu faktor,berlaku perceraian,perzinaan,pembuangan anak,pembunuhan kerana cemburu atau terlibat cinta tiga segi dan pelbagai masalah sosial....ditambah jika wanita itu sendiri tidak menutup aurat atau tidak solat fardu...jika menutup aurat pun sebagai fesyen yang tidak mengikut kehendak syarak....Mari kita fikir dan renungan secara rasional,lebih2 lagi jika kita berpandukan Quran serta hadis...memang jelas keharaman atau sekurang2nya makruh tahrim yang boleh membawa keharaman...kecuali bekerja di tempat-tempat yang terhindar dari fitnah,bercampur gaul secara bebas,yang jauh dari perkara2 haram yang dilarang Allah swt.Bagi kesimpulan,penulis cadangan agar wanita2 yang dalam keadaan serba salah,hendak berhenti kerja atau meneruskan pekerjaan agar menunaikan solat sunnat isthirah mohon pertunjuk dari Allah swt.Bagi wanita bekerja di tempat2 haram,sebenarnya mereka merasai haram itu,cuma perasaan haram dibuang jauh2 hingga mereka tidak rasa haram lagi...Ingat kita kan dimatikan bila sampai ajal kita...selepas itu kita akan ditanya segala apa yang kita lakukan di dunia ini dan tidak akan terlepas walaupun sebesar zarah. Oleh itu fikir2lah wahai wanita2 dan para suami2.....
H1N1 melanda tetapi tidak tahu sebab
Kini kita gawat dengan masalah penyakit ini.Telah jutaan ringgit digunakan untuk mengatasinya.Hebuh dibincangkan di mana2 termasuk di warung2.Penyakit ini juga dikenal sebagai selsema babi.Memang pun ia berasal dari babi.Mengikut kajian veterina@kajian haiwan selsema babi atau apa sahaja penyakit haiwan tidak merebak@menjangkit kepada manusia.Diakhir2 ini pula penyakit ini boleh merebak kepada manusia.Ini berlaku sudah tentu dengan izin Allah swt yang perlu kita fikirkan dan renungkan.Kita jangan lupa bahawa, segala penyakit datang dari Allah swt dan DIA juga yang menyembuhkan.Juga sebelum penyakit itu diturunkan,ubatnya diturunkan lebih dahulu oleh Allah swt.Bukan sahaja H1N1 atau selsema babi,kita pernah dihebuhkan dengan selsema burung,demam denggi,taun,JE dengan virus nipah,chikunguyah serta mungkin penyakit belum selesai2 ialah HIV....ini penyakit.Belum lagi bencana yang Allah swt turunkan kepada kita....yang mungkin kita telah lupa,seperti tsunami,highland tower,bukit antarabangsa,stadium gong badak...jaya supermarket,ribut grek,serta peristiwa2 tanah runtuh,banjir kilat,peristiwa banjir TTDI s.alam serta kes kes2 kemalangan teruk,pembunuhan2,pembuangan anak bayi,penderaan dan pelbagai bencana yang Allah swt izinkan atau takdirkan ianya berlaku.Adakah kita tidak memikirkan atau merenung dan muhasabah diri.Ini berlaku dengan sebab kezaliman manusia sendiri dan banyaknya maksiat yang telah kita lakukan terhadap Allah swt.Malah kita lakukan secara terang2an dengan tidak rasa takut....malah kita lihat mereka bangga dengan perbuatan maksiat yang dilakukan itu.Adakah kita mahu sedar...atau tidak mahu berhenti dari melakukan maksiat dan mungkar tersebut.Malah mungkin kita sendiri malas atau tidak mahu menuntut ilmu fardu ain...lebih malang jika benci dengan majlis ilmu dan orang-orang yang mengajak kebaikan@amal makruf.Janganlah kita jadikan perbuatan2 mungkar hijab untuk mengenal Allah swt dan berat untuk beramal sedangkan kita mesti mati.Jangan kita menjadikan diri kita sebagai tentera syaitan.Cuba renungkan...Adakah segala yang ditimpa pada kita ini disebabkan dosa2 yang telah kita lakukan.
Khamis, 6 Ogos 2009
CINTA ITU SUATU YANG MISTERI....buat am....kenalan penulis
Cinta,rindu,sayang dan segalanya dari Allah...Ia yang mempunyai dan mengurniakan kepada semua makhluk yang normal.Cuma kita kena bijakasana mengawalnya dengan berpandukan syarak dan ajaran Allah swt.Bagi yang sedang,telah dan akan masuk gerbang cinta awasi sebelum terperangkap cinta yang sukar dihuraikan atau diselesaikan.Cinta yang paling aula ialah cinta kita pada Allah diikuti Rasullullah saw.Diikuti pula pada suami atau isteri-isteri,juga pada amal2 baik dan perkara yang diharuskan syarak.Jika kita menyintai makhluk...biarlah cinta kita kerana Allah...yang mana makhluk itu takwa.Malanglah kalau kita beri cinta tempat yang salah...yang mana mahkluk itu sendiri tidak mengenal penciptanya serta membuat perkara mungkar tanpa segan silu dan rasa takut...malah ada yang bangga pula.Sekali lagi kita malang jika kita memberi sepenuh hati hingga hancur luluh jika ditinggalkan atau dikecewakan malah ditipu serta dimusnahkan maruah kita.....mungkin boleh bercinta tapi jangan bagi@memberi cinta sangat tinggi peratusnya...bagi sahaja 50-50,paling tinggi 60-40 sahaja,dan kita kena berfikir negatif...agar bersedia jika gagal atau ditinggalkan.Iaitu kita menyediakan payung sebelum hujan.Bagi lelaki jangan kita menipu wanita begitu juga wanita ....kerana balasan Allah akan menyusul atas perbuatan kita itu sendiri.Cinta ni memang manis serta indah jika berjaya dan jadi sengsara dan mudarat jika gagal atau dikecewakan...Kadang2 pelek orang dahulu tidak bercinta jodoh panjang...mati sahaja yang memisahkan mereka...pelek juga pasangan sekarang bercinta tetapi banyak gagal bila berkahwin,dan banyak yang tidak sempat kahwin yang dalam dara tetapi sudah janda.Cinta benda yang sangat misteri...kadang2 ia bagai perkara yang kita tunggu dan harapkan iaitu dicintai dan menyintai...tapi boleh bertukar menjadi gagal,ia jadi macam hantu yang menakutkan.Jadi marilah,eloklah kita tumpukan cinta kita kepada Allah...kita jadikan Allah kekasih kita...sebagai kekasih Allah,IA akan tidak membenarkan kekasih dikecewakan atau ditipu...sudah tentu IA menjaga dan melindungkannya.Menarik lagi jika akhirhayat tetap menjadi kekasihNya ,ini sudah tentu ia diberikan rahmat dan memasukan kekasihNya ke dalam syurgaNya.Fikirlah yang positif kepada Allah yang mengurniakan kita cinta,rindu,sayang dan segala nikmat yang tidak terhitung.Serahlah,mengadulah segala masalah kepadaNya...kerana IA lah yang berkuasa atas sesuatu.Oleh itu ikrabkan diri kita dan hubungan kita denganNya...dengan amalan2 sunat yang bepanjangan....dengan tidak rasa jemu mendekatiNya....hingga terasa kemanisan iman,walaupun agak sukar pada mulanya...paksaan itu akan diahkhirkan dengan keseronokan dan kemanisan takwa...marilah sama2 kita mencuba dan mempraktikkannya.Mudah2an cinta ini tidak misteri lagi.Itulah cinta yang sejati yang menyebabkan kita ke jannah Allah.InsyaAllah.