Ahad, 21 Jun 2009

tak kenal maka tak cinta 3


mungkin tidak perasan,atau terlepas pandang istilah sekarang yang sering diungkapkan,cuba kita fikirkan - tentang air,udara,matahari dan lain-lain lagi ,hakikatnya kita tidak boleh menolaknya,bahawa semua itu kurniaan Allah,tiada bil-bil bulanan yang kita terima,malah orang jadi kaya dengan sumber alam yang Allah kurniakan.
2.Kereta,bas,kapal terbang,roket dsbnya - kita nampak dicipta oleh manusia yang bijaksana,tapi adakah kita terfikir bahawa sumber-sumber asas itu dari kurnia Allah swt,termasuk manusia yang bijaksana itu sendiri juga ciptaan Allah swt.

3.Ikan-ikan di laut yang menjadi tangkapan nelayan,sumber rezeki bagi kita,para nelayan malah perniaga-perniaga ikan di pasar...adakah kita berfikir, Allah lah yang menghidupkan ikan itu dan memberi rezeki.
4.Muka kita yang cantik,kacak,sifat yang sempura hingga menjadi kebanggaan,pujian,sanjungan dan pelbagai lagi,adakah emak-bapa kita yang boleh menentukannya...maka, semua ini adalah pemberian Allah swt...adakah kita sedar dan bersyukur.

5.Maka kiaskan yang lain-lain,sebenarnya tiada satu zarah pun milik kita,hakikatnya semua hak Allah swt,kurniaan Allah,segala-gala milik Allah swt.IA lah MAHA AGONG.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan