HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Isnin, 22 Jun 2009
tak kenal maka tak cinta 4
sekarang,kita lihat diri kita sendiri,bagaimana kehebatan Allah mencipta diri kita.
1.Segi suara....sudah tentu payah hendak kita fikirkan,tiada letrik,tiada pembesar suara@mic dan alat-alat lain untuk mnghasilkan bunyi atau suara....tapi kita boleh bercakap,menjerit dan lain-lain,malah boleh bersuara walaupun kita sedang tidur@mengigau....ni semua hasil cipta Allah swt yang Maha Hebat.
2.Begitu juga sendi-sendi yang menyebabkan kita boleh brgerak,kita juga boleh mendengar,melihat dsbnya...
3.Banyak lagi contoh-contoh yang boleh diberikan, yang terdapat pada diri kita,dimana sering dibawa dan sentiasa berdampingan dengan kita....sudah cukup untuk kita berasa hairan,untuk kita rasa hebatnya Allah swt menciptanya.Kiaskan la yang lain-lain.
Jika kita perhatikan sekeliling kita semuanya ciptaan Allah swt yang sangat menakjubkan....
Kalaulah kita diberi wang yang tidak ada had pun,bolehkah kita mencipta sesuatu benda yang setanding dengan ciptaan Allah swt,jika boleh pun,kita masih memerlukan sumber-sumber asas, yang juga kepunyaan Allah swt.Itu pun kita sudah merasa besar kepala,megah dengan kuasa,megah dengan pangkat,megah dengan ilmu dll,sedangkan bila kita mati,orang campak dalam longkang pun,kita tidak boleh buat apa2...dapat pangkat, dapat kuasa,mulalah gila kuasa sakan,hingga macam dia tidak tua-tua dan tidak mati- mati,dan merasa ia akan masuk syurga.
Orang berilmu/ulamak yang hebat-hebat,bukan semualah...asyik menutup mulut,tidak menegur maksiat2 yang besar berlaku di depan mata,mereka membisu seribu bahasa...
kita patut tabik kepada mereka kerana mereka sangat berani masuk neraka,dan berani kena seksa di dalam kubur.....dunia2,duit2,pangkat2,kemewahan2...ni yang membuatkan mereka lupa,mereka mencari kesenangan@kemewahan yang sementara...malah mereka mencari jalan untuk mencampakkan diri mereka dalam neraka,memang mereka mencari nahas....sebenarnya mereka sendirilah yang mencampakkan diri mereka dalam neraka...
Ahad, 21 Jun 2009
tak kenal maka tak cinta 5
Inilah contoh mudah bahawa ilmu kita,kudrat kita dan kemampuan kita terbatas.IA, iaitu Allah swt yang menyusun,menyebabkan walaupun kita merancang sebaik mungkin tapi kita gagal melaksanakannya kerana tiada izinNya...@insaf penulis .Mungkin ia tidak kenal menyebabkan apa yang datang Islam atau kata lain dari Hukum Allah dianggap janggal untuk dilaksanakan.Ini kerana ia sudah biasa dengan sistem yang pelajari dan amalkan begitu sejak ia lahir.
Menjadikan ia menolak mentah-mentah hukum atau kaedah Islam....seolah-olah pandai,pangkat dan segala2 miliknya.Ia tidak tahu itulah kurnia Allah swt,Allah boleh menjadikan gila serta merta atau mematikan terus tetapi tentu ia anggap tidak mungkin kerana masih muda dan badan masih sihat.Badan yang muda serta sihat ,kebijaksana,harta yang dimilik tidak mahu digunakan untuk mencari ilmu Allah...atau lain perkataan mencari ilmu2 akhirat.
Mungkin ia berfikir terlalu awal kerana masih muda.Ia tidak terfikir sudah ramai kawan2,keluarga yang telah meninggalnya iaitu mati..hanya giliran dirinya sahaja belum sampai.Khuatir mati ia sebelum sempat belajar ilmu2 akhirat itu.Maka matilah ia dalam kejahilan serta meninggalkan harta,ilmu,isteri serta anak-anak yang belum tentu boleh membantu ia di dalam kubur yang gelap gulita,tinggal ia bersendirian,dan lebih malang kalau ia diseksa kerana mengabaikan Islam@amal semasa di dunia....lebih malang jika masa hidup ia tidak suka hukum Islam....serta mencerca Islam atau pendakwah@penjuang Islam yang ingin Islam diDaulahkan...sedangkan orang yang membuat maksiat tidak benci malah ada kagumi.
tak kenal maka tak cinta 3
mungkin tidak perasan,atau terlepas pandang istilah sekarang yang sering diungkapkan,cuba kita fikirkan - tentang air,udara,matahari dan lain-lain lagi ,hakikatnya kita tidak boleh menolaknya,bahawa semua itu kurniaan Allah,tiada bil-bil bulanan yang kita terima,malah orang jadi kaya dengan sumber alam yang Allah kurniakan.
2.Kereta,bas,kapal terbang,roket dsbnya - kita nampak dicipta oleh manusia yang bijaksana,tapi adakah kita terfikir bahawa sumber-sumber asas itu dari kurnia Allah swt,termasuk manusia yang bijaksana itu sendiri juga ciptaan Allah swt.
3.Ikan-ikan di laut yang menjadi tangkapan nelayan,sumber rezeki bagi kita,para nelayan malah perniaga-perniaga ikan di pasar...adakah kita berfikir, Allah lah yang menghidupkan ikan itu dan memberi rezeki.
4.Muka kita yang cantik,kacak,sifat yang sempura hingga menjadi kebanggaan,pujian,sanjungan dan pelbagai lagi,adakah emak-bapa kita yang boleh menentukannya...maka, semua ini adalah pemberian Allah swt...adakah kita sedar dan bersyukur.
5.Maka kiaskan yang lain-lain,sebenarnya tiada satu zarah pun milik kita,hakikatnya semua hak Allah swt,kurniaan Allah,segala-gala milik Allah swt.IA lah MAHA AGONG.
ketentuan Allah swt
DIANTARA KAMU ADA YANG BERAMAL JAHAT HINGGA HAMPIR MASUK NERAKA,KEMUDIAN DATANG KETENTUAN ALLAH ,MAKA IA BERAMAL BAIK DAN MASUK SYURGA - (h.bukhari)
ini ketentuan Allah swt
DIANTARA KAMU ADA YANG BERAMAL BAIK HINGGA HAMPIR MASUK SYURGA,KEMUDIAN DATANG KETENTUAN ALLAH,MAKA DIA BERAMAL JAHAT DAN MASUK NERAKA - (h.bukhari)
Sabtu, 20 Jun 2009
sesat / bid'ah...
rakanku sekelian
kawan-kawan .....selamat datang ke blog yang serba kekurangan serta daif lagi lemah...aku mohon pertolonganMU Ya Allah....kerana Engkau sebaik2 Penolong....
saya cuba mengisinya mengikut terdaya dan kesempatan yang ada pada saya.Saya ucapkan terima kasih atas segala teguran dan kerana melayari blog saya.
Gratisan Musik
Jumaat, 19 Jun 2009
Al-hijr:9
Kami (Allah) telah menurunkan Al-quran,kami jualah yang akan memeliharanya(dalam dada para huffaz samapai hari kiamat. (al-hijr : 9)
4 orang yang dimurkai Allah swt
Empat orang ini dimurkai:Penjual yang selalu bersumpah(tentang barang jualanya),orang fakir yang sombong@takabur,orang tua yang berzina,raja@pemimpin yang zalim....(Nasai)
tak kenal maka tak cinta 2
Hingga hari ini ada istilah lawak bodoh bagi orang yang mengabaikan solat....iaitu.....Jamak tak'dan dan jamak takyah...yang membawa maksud tidak sempat jamak@ tidak sempat solat dan tidak payah jamak@tidak payah sembahyang.Semua ini berlaku kerana mereka tidak mengenal Pencipta iaitu Allah swt
........ibadah atau perkara2 baik memang susah hendaklah dilaksanakan....selain dari halangan nafsu ia juga mendapat halangan serta tentang dari syaitan.Lagi mudah kalau kita sendiri berpihak pada syaitan.Modal kita yang dibisik oleh syaitan satu je....apa dia..."Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"....hinggakan kita tak beribadah atau meringan2kan ibadah atau juga menunda2kan ibadah....Kita tahukah bila kita mati...kalau tahu...senanglah...ye kalau sempat tua...ye kalau sempat bertaubat kalau tak sempat masuk neraka lah.Tul tak.....maka berjayalah sudah syaitan mengoda kita...tu kita...bagaimana yang lain...ingat yang bersyukur itu sedikit yang masuk syurga itu juga sedikit....mungkin tuan nak banyak ..duit nak banyak...kereta nak banyak...bini nak banyak...rumah nak banyak.....semua nak banyaklah
....maka tuan pun masuk gulungan banyak.....tak nak...bertaubat...berubahlah kepada taat kepada Allah....jadilah gulungan sedikit yang masuk syurga lagi bersyukur dan memada apa yang ada.Dunia ini tidak kekal yang kekal ialah alam Akhirat kelak....beribadah seolah2 kita akan mati esok hari....
Gratisan Musik
tak kenal maka tak cinta 1
Mungkin kita terlepas pandang...itulah alasan@senjata paling ampuh dan mungkin itulah ayat paling canggih pada zaman ini ,untuk memohon maaf atau melepaskan diri dari tanggugjawab@amanah,yang telah diabaikan atau tidak dilaksanakan.
Kalau kita lihat dan diamat-amati, banyak perkara yang kita telah terlepas pandang.Terutama dalam kita yang mengaku seorang ISLAM.......cuba kita lontarkan beberapa soalan.....pertama ......adakah kita benar-benar mengenali Allah swt sebagai Pencipta....kedua...adakah kita telah melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang Islam lagi mukmin....atau adakah hanya melaksanakannya sebagai hiasan luaran atau istilah sekarang "aksesori' semata-mata...
Kadang-kadang kita hanya beriman kepada anjing dan babi@khinzir.....kadangkala kita rasa mual atau nak muntah mendengarkannya perkataan anjing dan khinzir...malang sungguh malang, kita rasa biasa sahaja apabila mendengar perkara-perkara yang patut dijauhi@dosa besar,seperti zina,mencuri,rasuah,riba dan lain-lain yang setaraf dengannya.Lebih malang lagi, kita tidak merasa apa-apa apabila tidak solat@tidak sembahyang,atau tidak menutup aurat.Malah, ulamak2,tok-tok guru,ustaz2 yang membangkit hal ini dimarah@tidak sukai...ada setengahnya pula menganggap mereka ini telah mengumpat,mencaci,menghina dsbnya.Tak kan ustaz-ustaz ini hendak menegur binatang atau lori-lori kenapa tidak ikut hukum Allah swt....sudah tentu ustaz-ustaz ini akan dituduh gila pula.....
Gratisan Musik
NIAT
SEGALA AMALAN TERPULANG APA YANG TELAH KITA NIATKAN-MAKSUD HADIS.JADI,NIATKANLAH UNTUK SESUATU PEKERJAAN@AMALAN ITU UNTUK KEBAIKAN DUNIA DAN AKHIRAT SEMATA-MATA KERANA ALLAH SWT......SIA-SIA HIDUP KITA DI DUNIA JIKA ASYIK MELAKUKAN KEZALIMAN DAN KEMAKSIATAN.INGAT,SUATU KETIKA NANTI KITA PASTI MA
TI.....RENUNGKANLAH.
taubat
TAUBAT
Gratisan Musik
BUAH KEREDHAAN
KEREDHAAN AKAN MEMBUAHKAN RASA SYUKUR YANG MERUPAKAN TINGKAT KEIMANAN TERTINGGI,BAHKAN MERUPAKAN HAKIKAT DARI KEIMANAN ITU SENDIRI.DALAM UKURAN IMAN, RASA SYUKUR ,ADALAH PUNCAKNYA.ORANG YANG TIDAK REDHA TERHADAP PEMBERIAN ALLAH,KEPUTUSANNYA,PENCIPTAANNYA,MENGATURANNYA,TERHADAP YANG DIAMBIL DAN YANG DIBERIKANNYA,TIDAK AKAN BOLEH BERSYUKUR KEPADA ALLAH.DAN ITU ERTINYA,ORANG YANG BERSYUKUR ADALAH ORANG YANG PALING MENIKMATI HIDUP.
Rabu, 17 Jun 2009
Alhamdullilah
Alhamdullilah..dengan izinNya dapat juga blog ini dihasilkan atau diterbitkan.Mudah=mudahan dapat memberi manafaat @sumbangan kepada kita bersama. Tuan-puan juga dialu-alukan untuk memberi sumbangan apa-apa sahaja yang boleh memberi manfaat kepada kita, baik di dunia mahu pun di akhirat kelak.Disamping kita dapat bertukar pandangan serta fikiran.Usaha ini dibuat semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah swt serta untuk mendapatkan kerahmatan daripadaNya.