• Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh
1 / 1
KUALA LUMPUR - Nasib dua Adun Pas di Selangor yang digantung keahliannya kerana mengetepikan parti dan menyatakan sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor akan diketahui dalam masa terdekat.

Pemangku Naib Ketua Dewan Ulama Pas, Nik Zawawi Nik Salleh berkata, surat akan dihantar kepada kedua-dua wakil rakyat itu untuk memaklumkan keputusan yang telah diputuskan dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas selewat-lewatnya esok.

"Kita hantar surat (keputusan) kepada dia dulu (dua Adun) untuk penghormatan kepada mereka dan hantar surat keputusan kepada dua orang yang merayu.

"Surat itu akan kita hantar seboleh-bolehnya hari ini, kita akan hantar mungkin hari ini atau esok sebagai penghormatan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ibupejabat Pas, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Jawatankuasa Pas Pusat membuat keputusan menggantung keahlian Adun Pas Hulu Kelang, Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin berkuat kuasa 12 Oktober lalu selama setahun.

Bagaimanapun kedua-duanya mempunyai ruang untuk membuat rayuan secara bertulis kepada Majlis Syura Ulama dalam tempoh 14 hari, mengikut fasa 83 (4) (5) Perlembagaan Pas pindaan 2011.

Namun pada Isnin lalu, kedua-dua Adun Pas itu telah mengemukakan surat rayuan kepada Majlis Syura Ulama Pas untuk pertimbangan lanjut.

Mengulas lanjut, Nik Zawawi berkata lagi, keputusan yang bakal dikenakan ke atas kedua-dua Adunnya itu telah sebulat suara dipersetujui oleh kesemua ahli Majlis Syura Ulama Pas yang hadir pada mesyuarat badan itu, hari ini.

"Kita bersetuju dengan keputusan yang diambil, seorang pun tidak bercanggah, semua sebulat suara bersetuju.

"Keputusan itu apa, tengok selepas daripada ini," katanya lagi.

UMNO Selangor masih lembab memenangi hati rakyat dan pengundi - Najib





PERDANA Menteri yang juga Presiden UMNO menyampaikan amanat ketika hadir di Majlis Konvensyen Umno Selangor 2014 di Dewan Tun Razak PWTC. - Foto Yazit Razali
KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak hari ini menempelak UMNO Selangor yang disifatkan masih lembab dalam pelbagai aspek untuk memenangi hati rakyat dan pengundi di negeri berkenaan.
Katanya, ketika Pakatan Pembangkang di Selangor bergolak dengan pelbagai isu, UMNO Selangor sepatutnya mengambil kesempatan ini untuk mendekati rakyat.
"Saya minta maaf sebab terpaksa bercakap dalam nada begini. Tetapi saya perlu berterus terang dan jujur," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen UMNO Selangor di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, tengahari tadi.
Najib yang beberapa kali mengulangi perkataan saya malu, saya perit dan saya letih dengan keadaan di Selangor meminta pemimpin sedia ada supaya segera bangkit dan beliau sendiri memberi jaminan akan membantu ke tahap maksimum untuk merampas semula Selangor.