• Lima pejuang Taliban kini beralih kesetiaan terhadap kumpulan IS. Lima pejuang Taliban kini beralih kesetiaan terhadap kumpulan IS.
1 / 1
ISLAMABAD - PAKISTAN. Lima komander Taliban di Pakistan dan jurucakap mereka semalam mengumumkan kesetiaan rasmi terhadap kumpulan militan Negara Islam (IS), sekali gus memberi tamparan hebat kepada Al-Qaeda yang menguasai rantau ini.

Jurucakap Shahidullah Shahid berkata, beliau telah menerima kepimpinan ketua IS iaitu Abu Bakr al-Baghdadi, di mana kumpulan terbabit telah mengambil alih sebahagian besar wilayah di Iraq dan Syria.

Menurutnya, Komander Taliban dari daerah puak Orakzai, Kurram dan Khyber, ketua Taliban di daerah Hangu di wilayah Khyber-Pakhtunkhwa serta ketua militan wilayah Peshawar juga telah melafazkan ikrar kesetiaan terhadap al-Baghdadi.

"Pengumuman kesetiaan bukan daripada kumpulan Taliban Pakistan atau ketua kami Maulana Fazlullah, tetapi ia hanya dilafazkan oleh saya dan lima komander lain," katanya dalam laporan Press TV.

Katanya lagi, Fazlullah menyokong IS namun, tidak mengumumkan kesetiaan secara rasmi terhadap kumpulan berkenaan.

Sementara itu, pegawai perisikan memberitahu, keputusan taat setia itu secara tidak langsung menunjukkan bahawa Al-Qaeda yang sebelum ini berpecah dengan IS semakin kehilangan kuasa di Pakistan, manakala IS dilihat sebagai kumpulan sedang meningkat naik.

Tuesday, 14 October 2014


NAMPAKNYA BLOGGER SEKS ALVIN TAN, SUDAH TERAMAT MELAMPAU DALAM MENCABAR PIHAK BERKUASA ... KINI KETUA POLIS NEGARA MENJADI CEMUHANNYA.



Still waiting for the IGP to come and arrest me here in Hollywood, Los Angeles... Zzzzzzz.

IGP cakap besar je... Kononnya nak cari sampai ke lubang cacing. Oi, IGP bodoh. Datanglah tangkap saya. Dah tua berjanggut putih saya tunggu...


Alvin Tan 陈杰毅 Qyna, your beloved PDRM is useless outside of Malaysia lah, kampung boy. You can tag them, and they'll just expose their impotence again with toothless threats that they just can't follow up with. They can't even extradite Raja Petra Kamarudin, and it has been five years, hello.
Alvin Tan 陈杰毅 Terbang, yelah... Ko ingat pe? IGP tu raja dunia ke? Semua orang kena takut pd dia? USA pon malas nak layan mamat sekor tu...


Kenyataan-kenyataan biadap di laman sosial FBnya ini,dipercayai berkaitan dengan kenyataan KPN baru-baru ini, bahawa pihak polis akan jejak blogger seks Alvin Tan sampai kelubang cacing.

Punyalah sombong dan angkuhnya melaon ini apabila mengeluarkan kenyataan secara terbuka yang berbentuk suatu cabaran merangkap penghinaan kepada PDRM amnya dan Tan Sri KPN khasnya.

Jangan ingat diri itu hebat dan akan terlepas dari jaringan pihak PDRM .. konon tunjuk berani tetapi menyorok di luar negara.

Sepandai-pandai tupai melompat nanti akhirnya jatuh ke tanah juga .. You Can Run But You Cannot Hide.

Mohon pihak PDRM pastikan blogger haprak, bangsat dan biadap ini dicekup jua akhirnya.

Rakyat 100% di belakang PDRM dalam isu ini.


KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.

Pada ana inilah kesannya Masjid-masjid di FELDA tiada kuliah atau pengajian ilmu selepas Maghrib atau Kuliah Isyak dan Kuliah Subuh. Malah Cermah atau Forum bincang sesuatu tajuk seperti ajaran sesat perlu dibuat di seluruh negeri Pahang. Jangan lah sebab politik mereka mengekang kuliah di Masjid dalam FELDA. BN takut bila banyak kuliah dan ceramah atau kuliah Subuh akan banyak menyedarkan rakyat terutama pengundi. BN anggap bila ramai celik agama dan sedar Islam mereka akan cenderong kepada Pakatan Rakyat terutama PAS. Akhirnya disebabkan ruang ilmu dibiarkan kosong maka ilmu ajaran sesat yang memperkenalkan ibadah ringkas kununnya tak membebankan akan meresap mempengaruhi rakyat yang dahagakan ilmu dan terus menjadi pengikut. Nauzubillahhiminzalik
Hampir 5,000 pengikut ajaran Millah Abraham dikesan ‪#‎SHNasional‬
MUHAYUDIN SALLEH
MUADZAM SHAH – Satu ajaran sesat dikenali Millah Abraham dipercayai pecahan daripada Gerakan Pemuda Kahfi Indonesia yang difatwakan haram oleh Jabatan Mufti Pahang sekitar tahun 2009 dikesan di Felda Keratong, di sini, melibatkan 13 individu.
Jurucakap Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), berkata, pengikut ajaran sesat ini pada mulanya dikesan di Jerantut selepas ibu bapa kepada seorang pemuda di sana membuat aduan kerana berasa hairan dengan pendapat dan pandangan anaknya itu mengenai Islam.
“Ibu bapa pemuda berkenaan yang belajar di salah sebuah institut pengajian tinggi swasta (IPTS) di Selangor telah membuat aduan kerana mendapati pendapat dan pandangan anak lelakinya itu agak bertentangan dengan ajaran Islam.
“Pihak penguat kuasa Jaip menemui pemuda itu dan menjalankan soal siasat seterusnya membongkar 13 lagi pengikut Millah Abraham berada di Felda Keratong, Muadzam Shah, Rompin,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
DAPATKAN LAPORAN PENUH DI AKHBAR SINAR HARIAN HARI INI
LikeLike · ·

Tuesday, 14 October 2014


RUPA-RUPANYA LELAKI INDIA YANG PUKUL MUKA NAJIB DENGAN SELIPAR SUDAH DI TANGKAP PIHAK POLIS.



Krishnan a/l Mookan yang dikecam oleh banyak pihak kerana menampar banner yang tertera muka Najib Abdul Razak dengan selipar telah ditahan oleh polis di rumahnya yang beralamat di Blok 08-00-11, PPR Sri Alam, Sungai Besi, Kuala Lumpur semalam.
Seorang lelaki ditahan Sabtu lalu ekoran tindakannya meletak selipar atas poster perdana menteri semasa satu protes 8 Oktober lalu.

Mengesahkannya, Ketua Polis Daerah Sentul, ACP R Munusamy berkata lelaki itu dibebaskan dengan jaminan polis pada hari yang sama.

Lelaki itu disiasat di bawah Seksyen 504 dan 506 Kanun Keseksaan, kata Munusamy ketika dihubungi.

Seksyen 504 berkaitan dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan, manakala Seksyen 506 berkaitan ugutan jenayah.

Munusamy berkata kertas siasatan telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

Lelaki tersebut dirakam meletak selipar atas poster Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa satu protes terhadap pemotongan subsidi bahan api dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di hadapan bangunan Parlimen pada 8 Oktober.

Gambar tersebut telah diedarkan dalam talian, termasuk oleh laman Facebook.


MARAH MACAM MANA PUN RASANYA TIDAKLAH PERLU SAMPAI MELAKUKAN KERENAH MACAM INI.

Najib dan 8 lain berusaha halang pendedahan PI Bala





Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor memberi alasan keluarga P Balasubramaniam tiada sebab munasabah untuk bertindak, serta menyalahgunakan proses mahkamah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Oktober, 2014.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor memberi alasan keluarga P Balasubramaniam tiada sebab munasabah untuk bertindak, serta menyalahgunakan proses mahkamah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Oktober, 2014.Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor merupakan antara sembilan defendan yang cuba membatalkan saman yang difailkan oleh keluarga mendiang P Balasubramaniam yang akan mendedahkan peranan mereka yang didakwa menyebabkan penyiasat persendirian, isteri dan anak-anak beliau, terpaksa berada dalam buangan.
Peguam Americk Singh, yang mewakili balu Balasubramaniam, A Santamil Selvi dan tiga anak mereka, memberitahu The Malaysian Insider perbicaraan ditetapkan 20 November di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hasnah Mohammed Hashim.
Antara alasan yang diberikan defendan ialah keluarga Balasubramaniam tiada sebab munasabah untuk bertindak, tindakan mereka itu satu penyalahgunaan proses mahkamah dan ia menimbulkan skandal, remeh dan menyakitkan hati.
The Malaysian Insider difahamkan sekiranya perdana menteri dan lapan orang lain itu berjaya membatalkan saman itu, maka merit kes itu tidak akan diketahui orang ramai.
Ini termasuk mengapa Balasubramaniam terpaksa menarik balik kenyataan bersumpah pertama beliau dan mengapa dia dan keluarganya terpaksa meninggalkan negara ini dan menetap di India.
Santamil dan anak-anaknya memfailkan saman bagi kerugian yang dialami semasa mereka berada dalam buangan antara Julai 2008 dan awal tahun lalu berikutan tindakan Balasubramaniam menarik balik akuan bersumpahnya (SD) yang pertama.
Balasubramaniam meninggal dunia akibat serangan jantung pada 15 Mac, 2013, beberapa minggu selepas pulang dari India.
Selain Najib dan Rosmah, defendan lain ialah adik-beradik Najib, Datuk Ahmad Johari dan Datuk Mohd Nazim, peguam kanan Tan Sri Cecil Abraham, anaknya Sunil Abraham, Pesuruhjaya Sumpah Zainal Abidin Muhayat, peguam M Arunapalam dan peniaga permaidani Deepak Jaikshan.
Dalam saman itu, keluarga itu berkata 9 defendan itu menyebabkan SD kedua Balasubramaniam "dirangka tanpa arahan si mati dan seterusnya menyebabkan si mati menandatangani SD yang sama dalam keadaan diugut dan dipengaruh".
Balasubramaniam atau lebih dikenali sebagai PI Bala, merupakan saksi dalam perbicaraan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, meninggalkan Malaysia tergesa-gesa selepas beliau menandatangani SD kedua pada tahun 2008, yang kononnya membersihkan Najib dari sebarang penglibatan dalam kes itu.
Beliau mula mendapat perhatian ramai selepas berkhidmat dengan penganalisis politik terkemuka Abdul Razak Baginda dalam kes Altantuya dan apabila beliau menarik balik SD pertamanya mengenai perkara itu pada 4 Julai 2008.
Balasubramaniam dalam SD kedua berkata beliau mahu "menarik balik seluruh kandungan SD pertama saya bertarikh 1 Julai, 2008. Saya mengesahkan SD pertama itu dalam keadaan terpaksa."
SD kedua juga mencatatkan yang semua penyataan yang dibuat tidak tepat dan tidak benar.
Balasubramaniam kemudian hanya membisu pada satu sidang akhbar di sebuah hotel di Kuala Lumpur di mana peguam barunya Arunapalam yang menjawab soalan media.
Mereka meninggalkan majlis itu selepas mengedarkan salinan SD kedua.
Arunapalam berkata anak guamnya berada dalam keadaan tertekan dan kecewa.
Pada 3 Julai 2008, Balasubramaniam memberitahu satu sidang akhbar yang penuh sesak, dianjurkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kandungan SD pertamanya mengaitkan Najib dan beberapa orang lain dalam pembunuhan Altantuya pada tahun 2006, adalah benar. – 14 Oktober, 2014.

Mengapa Muslimah Eropa Pergi Berjihad ke Suriah dan Irak?

Written By canang on Isnin, 13 Oktober 2014 | 10/13/2014 02:27:00 PTG


60 Muslimah berasal dari Inggris diduga bertolak ke Suriah melalui Turki untuk bergabung dengan kelompok pejuang ISIS. Ini fenomena baru dikalangan masyarakat Eropa.

LONDON (voa-islam.com) - Dikabarkan hampir lebih 50 sampai
Pada saat tiba di sana, mereka bergabung dengan Muslimah lainnya yang datang dari berbagai negara, termasuk Amerika Serikat, Austria, Prancis, Belanda, Kanada, Norwegia dan Swedia.
Mengapa para perempuan dari negara-negara Barat ini mau bergabung dengan ISIS? Banyak dari kisah para perempuan ini tersedia di media sosial - di Twitter, tumblr, LinkedIn, dan ask.fm. Dari cerita-cerita ini, jelas terlihat bahwa pengaruh jejaring sosial sangatlah besar.
Jaringan media sosial bukan hanya memberikan nasihat, dukungan dan bantuan untuk melakukan perjalanan, tetapi juga merupakan sumber propaganda bagi ISIS, dengan menampilkan kisah-kisah mengenai betapa idealnya kehidupan yang Islamis dan jihad di Suriah dan Irak.
Pada awalnya sejumlah Muslimah bertolak ke Suriah untuk bergabung dengan suami mereka yang memang sudah berjihad untuk ISIS.
Khadijah Dare - Muslimah berusia 22 tahun dari daerah selatan London, misalnya yang dikenal karena kicauannya dalam Twitter mengatakan bahwa dia ingin menjadi Muslimah pertama yang membunuh sandera Barat. Dia pergi ke Suriah setelah mengatur untuk menikahi seorang jihadis ISIS asal Swedia, Abu Bakr.
Dalam kisah seperti ini, keluarga yang menjadi fasilitator penting bagi keberangkatan mereka. Keluarga mereka membantu pemberangkatan mereka ke Suriah atau ke Irak.
Dalam kisah lainnya, jejaring online yang memfasilitasi perjalanan mereka dan membantu mengkoordinasikan mereka dengan komunitas pendatang asing begitu mereka tiba di tempat tujuan. Perjalanan internasional mudah diakses dan terjangkau biayanya, sehingga memudahkan perencanaan online ini.
Gagasan tentang "pengantin jihad" yang berangkat ke Suriah untuk menikahi jihadis ISIS memang kini sedang ramai disorot oleh media Barat.
Beberapa keluarga di Prancis yang memiliki anak perempuan yang pergi ke Suriah menerima telepon dari para pria Suriah yang meminta izin menikahi putri mereka, dan akun online dari para pria anggota ISIS kelihatannya juga dipenuhi oleh permintaan para wanita yang ingin menjadi istri mereka.
Mia Bloom dari Pusat Studi Terorisme dan Keamanan di Universitas Massachusetts Lowell berargumentasi dengan sinis, bahwa Muslimah dipandang hanya sebagai "pabrik bayi" dengan tujuan mengisi jumlah penduduk negara Islam "murni".
Namun, hal ini tidak berarti para Muslimah muda hanya ingin mendapatkan suami. Konsep "pengantin jihad" hanya merupakan sebagian dari cerita yang lengkap. Ada sisi lain yang juga mendorong mereka memutuskan untuk berangkat ke Suriah.
Muslimah yang ingin bergabung dengan ISIS, karena adanya utopia politik baru - berpartisipasi dalam jihad dan menjadi bagian pembentukan negara Islam yang baru.
Meskipun, ada hal yang sifatnya romantisme merupakan hal yang banyak tercermin dalam pernyataan para Muslimah mengenai keterlibatan mereka dalam proyek politik ini dengan versi baru "kehidupan baik", berdasarkan ide hukum Syariah Islam.
Mereka melihat bahwa dunia Barat tidak mampu memberikan kaum Muslim muda perasaan ikut memiliki, tujuan dan nilai sebagai Muslim dan warga negara banyak ditulis dalam pernyataan online para jihadis Muslimah.
Seorang Muslimah asal Belanda bernama Khadija mengatakan bahwa, "Saya selalu ingin hidup di bawah hukum Syariah. Di Eropa hal ini tidak akan terjadi."
Para Muslimah ini berbicara tentang kegagalan masyarakat Barat, menceritakan dengan negatif tentang pembatasan yang mereka alami untuk menjalankan agama mereka (misalnya, pelarangan mengenakan burka di Prancis), dan mengkritik sistem politik yang sangat sekuler, dan membuat kehidupan lebih rusak.
Namun, walau mereka mengutip Al Quran dalam pernyataan mereka, memang masih sedikit bahwa mereka memang benar-benar memahami tentang situasi konflik yang terjadi, atau bahkan mengenai hukum Syariah atau Islam. Tapi, mereka memiliki tekad dan semangat ke-Islaman yang tinggi.
Cerita-cerita yang diungkapkan para Muslimah yang meninggalkan negara Barat untuk bergabung dengan ISIS di Suriah menggarisbawahi adanya alasan politik dan pribadi yang mendasari keputusan mereka, dan sekaligus mengindikasikan motivasi mereka yang diwarnai romantisme. Boleh.
Mereka menginginkan kehidupan yang mulia, kelak di akhirat bersama dengan suami mereka. Karenanya, mereka memilih pergi ke Suriah dan Irak, dan menemukan para mujahidin, kemudian menikah dengan mereka, dan gugur di medan jihad, mempertahankan sistem Islam, Daulah Islam atau Khilafah

Aqil Aq and 2 others shared a link.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Kedah meninggal dunia






ALOR SETAR:
 Bekas Timbalan Speaker Dun Kedah, Ustaz Ahmad 'Izzat Mohamad Shauki, 34, kembali ke rahmatullah jam 11.10 malam tadi di Hospital Sultanah Bahiyah di sini.



Beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Kedah dimasukkan ke hospital tersebut 19 September lalu selepas terjatuh ketika mendirikan solat dan tidak sedarkan diri.



Pada 21 September lalu, Ahmad 'Izzat selamat menjalani pembedahan di bahagian kepalanya kerana terdapat darah beku akibat pendarahan di bahagian otaknya.



Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang  ke rumah ibunya di Batu 2 Lebuhraya Sultan ABdul Halim dan solat jenazah akan diadakan di Masjid Derga pada jam 10.00 pagi.



Solat jenazah kedua akan diadakan pada jam 11.00 pagi di Masjid Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena sebelum dikembumikan di tanah perkuburan di situ bersebalahan Ustaz Fadzil Mohd Noor, Ustaz Azizan Abdul Razak dan ayahanda beliau, Ustaz MOhamad Shauki Ibrahim.



Ahmad 'Izzat juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan BUkit Lada dari tahun 2008 hingga 2013. - HARAKAHDAILY 14/10/2014

Tuesday, October 14, 2014


Oktoberfest Melaka : Setelah dibelasah Timbalan Mufti Perak, KM Melaka buat 'U' Turn... (Video Inside)




Berita Harian adalah antara beberapa akhbar yang melaporkan tentang Pesta Arak Oktoberfest yang akan diadakandi negeri Melaka pada pada 18 Oktober ini dan ianya dijangka berlangsung di Jonker Walk.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron dilaporkan memberi jaminan tindakan tegas akan diambil terhadap orang Islam yang didapati meminum arak pada acara berkenaan.

"Saya beri jaminan yang kita akan pastikan orang Islam tidak akan dibenarkan minum arak di sana dan akan bertindak tegas sekiranya menerima laporan yang menyatakan demikian," katanya kepada pemberita selepas istiadat penganugerahan darjah, bintang dan pingat kebesaran sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri Melaka.

Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan negeri tidak dapat menghalang orang bukan Islam untuk meminum arak pada acara berkenaan kerana tiada peruntukan undang-undang yang melarang perbuatan itu.

Mengenai kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Melaka, Zulkifli Ismail Muhammad semalam yang meminta kerajaan negeri mengambil langkah menghalang penganjuran pesta arak Oktoberfest itu, Idris berkata "saya tidak tahu di mana yang dikatakan pesta arak".

Beliau berkata, pengisian program itu dilihat bertujuan menggalakkan pelancong dari luar negara untuk datang ke Melaka.

Idris berkata, pemimpin dan penyokong PAS perlu berfikiran terbuka ketika hidup dalam masyarakat majmuk dengan mengambil semangat 'untuk mereka agama mereka dan untuk kita agama kita'. ~ laporan penuh sila baca di SINI

Bagaimanapun kenyataan beliau itu telah dibidas oleh Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim menyatakan kenyataan pemimpin dari UMNO itu menggambarkan keperluan beliau untuk lebih mendalami ilmu berkaitan Islam dalam mentadbir sebuah kerajaan Islam.


Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim menyatakan tindakan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berhubung penganjuran pesta arak Oktoberfest di negeri tersebut pada 18 Oktober ini menggambarkan keperluan beliau untuk lebih mendalami ilmu berkaitan Islam dalam mentadbir sebuah kerajaan Islam.
Menurut Zamri yang dipetik dari laman web Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), tindakan Idris itu telah menconteng arang ke atas kegemilangan sejarah kerajaan Islam di Melaka.

“Ini kerana hakikatnya, arak sama sekali tidak mampu menarik pelancong ke negara ini. Yang kita jelas, pesta berkenaan dikhuatiri akan mengundang kemurkaan Allah,” katanya mengulas kenyataan Idris baru-baru ini.

Setelah dibelasah kerana mengeluarkan kenyataan tanpa menggunakan otak itu.. Pemimpin UMNO yang juga Ketua Menteri Melaka itu.. buat 'U' Turn... katanya Kerajaan Melaka dan PBT tidak terima permohonan anjuran Oktoberfest..


Kerajaan negeri Melaka dan pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak pernah menerima permohonan bagi penganjuran pesta Oktoberfest 2014 yang dijadual berlangsung di Jonker Street di Melaka pada Sabtu ini.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata kerajaan negeri tidak pernah meluluskan mana-mana permohonan daripada syarikat swasta ataupun badan bukan kerajaan untuk menjayakan program yang bertentangan dengan syariah.

"Kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas ke atas umat Islam yang terlibat dalam mana-mana kegiatan berstatuskan maksiat.

"Premis-premis menjual arak hanya dikunjungi oleh orang bukan Islam sahaja," katanya dalam kenyataan di Melaka hari ini. – Bernama

Kah.. kah.. kah... dia nak perbodohkan siapa?.. macai bolehlah diperbodohkannya..









Tapi dia salahkan Pemuda PAS pulak...

10 ARTIS JANDA PALING HOT DI 

MALAYSIA


No comments :




1). Liza Abdullah
Liza Abullah yang telah 32 tahun menjadi anak wayang dan 26 tahun bergelar isteri masih kekal menjaga penampilan. Dengan paras masih cantik dan tidak menampakkan wajah yang semakin berusia, pasti ramai yang ingin mencuba memikat aktres tersebut.

2). Erra Fazira
Begitu juga dengan bekas wanita tercantik di Malaysia pada tahun 1992, Fazira Wan Chek atau Erra Fazira juga bakal menjadi buruan mereka yang memandang paras wajahnya yang jelita beserta personaliti yang lengkap, menjadikan dia role model kepada wanita lain.

3). Nora Danish
Mak janda berhias yang muda dan jelita iaitu Nora Danish atau Nora binti Mohd Danish Hanif, 32 yang telah kembali solo pada 2008 selepas bercerai dengan bekas suami, Toh Muda Rizal Ashram Ramli setelah dikurniakan Putera Rayqal Rizal Ashram.
 

4). Nabila Huda
Nabila Huda binti Suhaimi Abdul Rahman atau Abil yang dikenali lasak dan lantang bersuara itu sememangnya mampu berdikari. Statusnya itu tidak menghalang puteri sulung Amy Search ini membesarkan sendiri anak tunggal hasil perkahwinannya terdahulu dengan Zaidi Zailani pada 2008.

5). Maya Karin
Biar pun gaya dan personaliti aktres ini persis anak dara sunti, Maya Karin Roelcke sebenarnya pernah berkongsi hidup dengan Steven David Shorthose selama 2 tahun daripada Ogos 2008 hingga Julai 2010 sebelum berpisah.

6). Rita Rudani
Dilihat bersungguh-sungguh ingin mempertahankan hak sebagai wanita dan juga rumahtangga yang dibina atas dasar cinta, Rita Rudaini Mukhtar akhirnya akur dengan ketentuan Illahi. Bekas isteri kepada pemain bolasepak terkenal Aidil Zafuan itu kini dilihat bahagia dengan kehadiran dua cahayamata walaupun solo.

7). Raja Azura
Seterusnya, personaliti tv dan radio Raja Azura juga tidak terlepas daripada senarai janda terhangat kerana dia ada tarikan tersendiri. Mesra disapa Kak Engku, Raja Azura pernah mendirikan rumahtangga dengan Azmin Tan Sri Osman dan dikurniakan 3 orang cahayamata sebelum bercerai pada 2010.

8). Norish Narman
Pelakon terkenal Norish Karman yang satu ketika sepi setelah berkahwin dengan seorang ahli dewan undangan (ADUN) bagi kawasan di Negeri Sembilan. Namun selepas dilaporkan bercerai pada 2008, dia membuat kemunculan dengan gaya yang lebih daring dan sudah tentunya jadi sensasi.

9). Jasmin Hamid
Pelakon seksi, Jasmin Hamid yang masih kekal dengan gaya yang tersendiri itu juga masih lagi solo setelah sekian lama bercerai dengan bekas suami Ian Rashid Macquistan pada tahun 2007 dan memiliki seorang anak lelaki.

10). Noniswara

Seorang lagi pelakon jelita bermata menggoda, Noniswara Baharuddin turut menerima nasib yang sama seperti selebriti wanita hot lain yang bergelar janda. Nonis telah sah berpisah dengan ahli koporat, Datuk Rosman Ridzwan, 56, pada tahun lalu dan kekal solo hingga kini.

Ini sekadar fakta yang ingin dikongsi tentang selebriti tempatan kita. Jika terdapat sebarang kesalahan dalam fakta yang dikongsi, harap ada pihak boleh memperbetulkan perkara ini.

Soal kahwin dan cerai serta status janda itu kadangkala sensitif buat sesetengah pihak. Sekadar mahu pastikan status jelitawan kita ini, mana tahu ada yang pasang angan-angan beristerikan selebriti?
sumber