Khamis, 10 Julai 2014

BILA AGAMA TIDAK MENJADI PANDUAN HIDUP.....WARNA HIJAU PUN TAKUT

8 Gambar Lionel Messi Sedang Mendirikan Sembahyang
Posted on Thursday, July 10 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur




Messi??? Dalam Masjid??? Mendirikan Solat??? WOW!! Ini betul-betul rare, kelihatan di dalam sebuah masjid, 'Messi' dan "Ronaldo' sedang mendirikan solat. Untuk pengetahuan peminat bintang bolasepak, gambar di atas hanyalah merupakan peminat yang menyarungkan jersi dengan nama pemain kesukaan mereka.

Gambar di bawah ini barulah betul kelihatan bintang bolasepak Argentina itu sedang bersujud.

 ..well... mungkin akan masih mengecewakan peminatnya kerana dia sekadar bersujud kerana beroleh kejayaan. Bukanlah bermakna dia bersujud kepada tuhan, apatah lagi sedang membuat sujud syukur....

Manakala berikut di bawah, inilah beberapa gambar di mana Lionel Messi dikatakan sedang mendirikan sembahyang... bukan di mana-mana Masjid, tetapi di Western Wall (Wailing Wall) atau dikenali sebagai Kotel. Tempat di mana puak-puak Yahudi Israel beribadah, di sebuah kota lama di Jerusalem.

Perdana Menteri Israel juga menyifatkan beliau sebagai penganut Yahudi yang baik dan menjadikannya sebagai idola.
 
 Eh eh.... Neymar pun ada?


Patutlah awal-awal patah riuk.....
Kempunan la nak pegang World Cup~

..............
http://www.paperwaris.com

Polis: Waspada bila menginap di hotel
Posted on Thursday, July 10 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo





SCAM ALERT: SIAPA sangka kegembiraan bercuti di hotel boleh bertukar musibah apabila anda mungkin kehilangan wang hanya dengan menerima satu panggilan telefon yang didalangi oleh sindiket penipuan.

Kebelakangan ini, terdapat satu sindiket penipuan licik yang memperdaya penginap hotel dengan membuat panggilan ke bilik hotel secara rambang bagi mendapatkan maklumat kad kredit mereka.

Modus operandi yang digunakan:

1. Mangsa menginap di sebuah hotel dan telah membuat pembayaran menggunakan kad kredit.

2. Ahli sindiket akan membuat panggilan ke hotel tersebut sebelum meminta disambungkan ke mana-mana bilik secara rambang.

3. Semasa berada dalam bilik, mangsa menerima panggilan telefon yang kononnya daripada “front desk” hotel, berkenaan masalah pengesahan kad kredit.

4. Ahli sindiket akan memperdaya memastikan mangsa untuk percaya panggilan tersebut adalah daripada “front desk” hotel dengan gaya percakapan yang profesional.

5. Mangsa diminta membacakan semula nombor kad kredit dan membuat pengesahan tiga digit nombor di belakang kad kredit yang telah digunakan.

6. Mangsa yang percaya akan memberikan semua maklumat kewangan yang diminta oleh ahli sindiket.

Nasihat polis:

1. Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada sekiranya menerima apa-apa panggilan yang meminta maklumat kewangan terutamanya maklumat kad kredit.

2. Ambil sedikit masa untuk bertanyakan beberapa soalan kepada pemanggil dan rujuk kepada orang ketiga (ahli keluarga/rakan) sebelum memberikan sebarang maklumat atau respon.

3. Dinasihatkan urusan pengesahan kad kredit hanya dibuat secara bersemuka di kaunter.

Facebook PDRM

Aksi Pensyarah Yang Terlampau


Gambar telanjang dan aksi tidak senonoh seorang pensyarah perempuan yang cantik di bandar Jining, semenanjung Shandong telah tersebar meluas di internet.

Foto-foto berkenaan menunjukkan Zheng Yuanyuan beraksi bogel bersama teman lelakinya di hadapan kamera. Ada juga gambar aksi beliau sedang menjilat kemaluan teman lelaki serta gambar kemaluannya.

Dari gaya yang dipertontonkan dalam gambar tersebut, Yuanyuan kelihatan memang sengaja mahu aksinya dirakamkan.

Hampir dua minggu selepas gambar tersebut tersebar di Internet pada 11 November lepas, seorang lelaki menerusi web Baidu, mengaku beliau adalah teman lelaki Yuanyuan dan namanya adalah Ma Shenke. Beliau juga mengaku bahawa dia adalah individu yang bertanggungjawab menyebarkan gambar tersebut.

Tujuan beliau lakukan perkara berkenaan kerana hubungan mereka mempunya masalah. Beliau menambah telah ditahan polis dan dibebaskan pada 24 November lalu setelah 10 hari ditahan.

Teman wanitanya itu telah meninggalkan tempat mengajarnya sekarang dan tidak berada di bandar itu lagi.

Baru-baru ini Dato' Jamil Khir membuat satu keterangan melaliu blogger Umno berkaitan dengan kekecewaan Beliau mempunyai bakal menantu yang kurang sopan "GATAL".
Gosip ini semakin berleluasa di laman sosial menyebabkan nama baik beliau tergugat dan sudah sampai masanya untuk bersuara kepada mereka. Mungkin beliau tidak sampai hati nak tegur berdepan muka sebap tu la beliau paparkan kemarahannya beliau dalam satu blogger Umno.Apapun keterangan mengenai gosip ini admin tidak pasti sama ada benar atau tidak..Bestjer.blogspot.com
 Awie tempelak blogger macam pernah tidur dengan bininya
Posted on Thursday, July 10 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Tahukah anda bahawa sekarang ini sedang tersebar satu tulisan mengenai tragedi yang sedang menimpa Awie dan isterinya, Rozana Misbun. Ditulis menggunakan nama pena Sangkalajari9, penceritaan si penulis memang agak terperinci dan seolah-olah kenal rapat dengan Rozana kerana jelas tulisannya membela isteri Awie .


Sangkalajari9 yang menarik ialah penggunaan wang RM250,000 yang dikatakan menjadi punca Rozana Misbun dipukul oleh Awie. Sedikit petikan tulisan tersebut untuk anda:-

Wang yang didakwa dicuri oleh Rozana yang kononnya berjumlah RM250,000.00 rupa rupanya diperuntukkan sebagai nafkah anak-anak dan isteri serta belanja keperluan rumah selama beberapa tahun kebelakangan ini.
Duit itu jugalah yang terpaksa dikeluarkan oleh Rozana dari masa ke semasa bagi menampung perniagaan kelab malam milik suaminya itu yang beroperasi di Ipoh.
Apa buktinya Rozana mencuri? Itu akaun peribadinya; dia tidak mencuri kad ATMsesiapa jauh sekali kata kunci bagi mengeluarkan duit secara penipuan dari akaun pihak ketiga.

Bercakap menerusi portal Murai, Awie mempersoalkan identiti Sangkalajari9 yang seolah-olah tidur sebantal dengan isterinya. Kata Awie:-

Berdiam diri lebih baik. Bercakap banyak ni perangai syaitan…Siapa penulis blog itu? Mengapa dia gunakan nama samaran jika dia berkata benar? Tunjukkanlah diri…
Lagipun siapa dia untuk menulis tentang rumah tangga orang lain? Cara dia menulis seolah-olah dia tidur sebantal dengan isteri saya.
Tetapi tidak mengapalah, teruskan bercakap kerana saya pula akan terus berdiam kerana ia kes mahkamah dan saya menghormatinya
 Punca Brazil kalah teruk
Posted on Thursday, July 10 @ 11:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Brazil kalah

SEPERTI
 yang saya ramalkan Brazil akan kalah kepada Jerman di separuh akhir. Bagaimanapun kekalahan yang besar 1-7 memang di luar jangkaan. Selepas menonton perlawanan tersebut, empat faktor dikenal pasti.

1. Perubahan mendadak corak permainan Brazil daripada strategi ‘long passing’ kepada ‘short passing’, atau kembali kepada corak tradisional Brazil (Samba) telah memakan diri. Scholari telah merubah corak tersebut disebabkan ketiadaan Neymar. Neymar adalah seorang penyerang mempunyai larian yang pantas, maka dia lebih sesuai dengan umpanan jarak jauh. Apabila Neymar tidak dapat diturunkan, corak permainan Brazil kembali kepada Samba, iaitu hantaran pendek, gelecek dan kreativiti pemain. Pasukan Brazil kali ini tidak begitu mempunyai ciri-ciri seperti ini.
2. Disebabkan perubahan corak tersebut, pemain-pemain pertahanan telah dijadikan enjin utama untuk menjana gol. Sepuluh minit pertama, jentera utama ini dikerah habis-habisan sehingga David Luis kerap berada dalam kotak penalti lawan. Dalam tempoh ini Brazil memang menguasai permainan, tetapi pemain pertahanan menjadi letih dan hilang tumpuan kepada tugas asasi mereka untuk bertahan. Kesemua gol separuh masa pertama disebabkan keletihan dan hilang tumpuan sehingga membenarkan penyerang-penyerang Jerman begitu bebas berada di kawasan bahaya.

3. Pasukan Brazil kali ini tidak begitu kuat di bahagian tengah (midfield). Walaupun mempunyai pemain seperti Oscar. Corak permainan Samba memerlukan pemain yang kreatif di bahagian ini, seperti Kaka sebelum ini. Apabila Brazil kembali kepada corak Samba, pemain tengah tidak mampu mengikut rentak ini. Mereka tidak mampu mencipta peluang untuk pemain penyerang, malah gagal menandingi pemain tengah Jerman. Sepatutnya Scholari membawa Kaka dalam barisan utama pemain Brazil kali ini, termasuk Ronaldinho yang sedikit sebanyak dapat membantu jentera tengah walaupun dia pemain penyerang. Kedua pemain ini dapat disandarkan harapan apabila Neymar dan Silva tidak dapat diturunkan.
4. Faktor ini merupakan faktor kelemahan Brazil turun temurun, iaitu penjaga yang tidak begitu cekap. Sememangnya Brazil menghasilkan ramai pemain-pemain hebat tetapi ramainya di bahagian penyerang dan tengah. Lazimnya penjaga gol Brazil tidak begitu hebat, sehebat nama pemain penyerang dan tengah mereka. Walaupun Julio Cesar dilihat sebagai hero sewaktu menentang Chile tempohari, dalam permainan kali ini dia gagal membuat bacaan tepat. Gol pertama, sepatutnya dia boleh membaca arah sepakan sudut dan keluar untuk menumbuk bola. Gol ketiga dan ketujuh, sepatutnya dia berupaya menepis bola itu kalau berada di sudut yang betul, lapor Harakah Daily.

VIDEO: Peragut Dibelasah Ramai-Ramai! di Seremban

// // 
kejadian ini berlaku di Seremban.

Orang ramai berjaya menangkap suspek yang dipercayai meragut.

Apalagi, dia pun dibelasah hampir setengah mati!

Malang sekali, kita lebih berminat untuk mengambil tindakan sendiri daripada menyerahkan suspek ke pihak berkuasa.

Matlamat tak menghalalkan cara…andainya suspek mati bagaimana, siapa di antara mereka yang memukulnya sanggup menyerah diri pada polis agaknya?

Tak salah kalau nak jadi hero, tetapi kenalah tanggung kesan daripada perbuatan kita.




Kalau kita hanya tahu ‘tambah nasi’ tapi tak mahu bertanggungjawab, rasanya darjat kita pun lebih kurang dengan peragut tadi!

Sumber mynewshub.my

Datuk Bung Mokhtar Kongsi Gambar Bra Dan Perlekeh Brazil


 
bung mokhtar dan zizie ezette

Datuk Bung Mokhtar Kongsi Gambar Bra Dan Perlekeh Brazil | Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin telah berkongsi sekeping gambar yang memaparkan bra bagi memperlekehkan pasukan Brazil yang telah dibelasah teruk oleh pasukan Jerman dalam Piala Dunia 2014 baru-baru ini.
Datuk Bung Mokhtar Kongsi Gambar Bra Dan Perlekeh Brazil
Gambar tersebut telah menerima mendapat pelbagai reaksi negatif dari kebanyakkan pengguna di twitter kerana ia dikatakan menggambarkan cara pemikiran Bung Mokhtar yang tidak matang.
Yang lebih menariknya, status Bung Mokhtar itu turut disebarkan oleh segelintir peminat kepada beberapa akaun Twitter media antarabangsa seperti BBC, CNN dan Al-Jazeera.5:27PM - 10 Jul 2014

MCA tuntut Bung buang 'bra' hijau

Walaupun telah meminta maaf, MCA hari ini menuntut lebih komitmen daripada anggota parlimen Umno Bung Moktar Radin yang dihurung kontroversi akibatnya komennya berhubung kemenangan besar Jerman ke atas Brazil.

Ketua Pemudanya Senator Chong Sin Woo mendesak Bung mengeluarkan gambar bra berwarna hijau yang diganding bersama perkataan “ZIL” kepada seorang wartawan perempuan dalam tweetnya.


Chong berkata, bukan sahaja menghina Brazil selepas kalah teruk 1-7 dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia, tindakan Bung juga memperkecilkan wanita.

“Tweet ini meninggalkan tanggapan bahawa imej kekal tercetak dalam minda Bung hanyalah tubuh perempuan sejak 2006 lagi, beliau sebelum ini mengeluarkan kenyataan 'bocor' terhadap MP wanita yang memperkecilkan kitaran haid semua perempuan,” katanya.

Bung telah mentweet imej itu bersama-sama jawapan kepada soalan wartawan itu berhubung reaksi terhadap sanjungannya kepada Adolf Hitler setelah kemenangan Jerman.

Bung hari ini meminta maaf setelah ditegur Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.

 Israel bom 160 lokasi di Gaza
Posted on Thursday, July 10 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





BAITULMUQADDIS - Tentera Udara Israel melancarkan serangan bom ke atas 160 sasaran di Genting Gaza dalam tempoh semalaman selepas meluaskan kempen ketenteraan untuk menghentikan serangan roket dari Palestin, kata seorang pegawai semalam.

"Tentera Israel menyerang sekitar 160 sasaran di Genting Gaza. Sejak dua hari lalu, kami menyerang sebanyak 430 sasaran secara keseluruhan," kata pegawai itu, Jeneral Moti Almoz kepada radio Israel ketika kempen ketenteraan dikenali sebagai Operasi Helang Pelindung memasuki hari kedua semalam.
"Sasaran yang dikenal pasti itu termasuk melibatkan kawasan yang menempatkan 120 pelancar roket, 10 pusat perintah dan kawalan Hamas, sejumlah terowong dan dua buah kediaman," tambahnya.
Menurut jeneral berkenaan, siri serangan itu menyebabkan stok senjata Hamas mengalami kemusnahan," ujar Almoz.
Menurutnya, pergerakan Islam tersebut kini terdesak dan cuba melancarkan serangan mengejut dari pelbagai tempat.
"Semalam, Hamas cuba menyerang dari laut dan membedil roket jarak jauh ke arah beberapa buah bandar utama seperti Baitulmuqaddis dan Tel Aviv selain Hadera yang terletak lebih 100 kilometer dari Gaza," ujar jeneral berkenaan.
"Namun, semua serangan itu dapat dipatahkan oleh tentera Israel," jelasnya.
Dalam pada itu, bedilan roket Hamas berterusan sejak awal semalam.
Pasukan keselamatan Israel dilaporkan menembak jatuh sekurang-kurangnya lima roket dari Gaza dengan menggunakan sistem antipeluru berpandu yang dikenali sebagai Kubah Besi.
Sayap bersenjata Hamas, Briged Ezzedine Al-Qassam mengaku bertanggungjawab melancarkan bedilan roket tersebut.
Sayap bersenjata Hamas itu menyatakan sekitar empat roket M75 telah dilancarkan ke arah bandar Tel Aviv.
Terdahulu, rejim Zionis memanggil 40,000 askar simpanan Israel sebagai persediaan untuk menggempur Gaza bagi menamatkan serangan roket ke atas Israel.
Seramai 32 penduduk Palestin terbunuh dengan lebih 230 orang lagi cedera.
Sebahagian daripada yang terkorban itu ialah para pejuang Palestin. - Agensi

Surat Nikah Awie Dan Rozana Misbun Tidak berdaftar

// //
Pihak Rozana kini menghadapi kesukaran dalam mendapatkan salinan sijil nikah  Rozana Misbun dan Ahmad Azhar Othman (Awie) yang dipercayai dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS) bertarikh 20 Jun 2005. Segala usaha yang telah dilakukan akhirnya menemui jalan buntu berikutan MAIS yang dikatakan tidak mempunyai sistem pengkomputeran itu membayangkan kesukaran untuk mengesan sijil berkenaan. 

Lebih memburukkan lagi keadaan, menurut sumber yang layak dipercayai, banyak dokumen yang hilang apabila mereka berpindah ke pejabat sekarang beberapa tahun yang lalu. Justeru kami mohon campur tangan dari pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Malaysia selain Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan bagi membolehkan surat nikah asli dapat diperolehi dan dikenalpasti kesahihannya. 

Ini adalah kerana, tanpa surat nikah yang dikeluarkan oleh MAIS serta pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla, Thailand, pernikahan tersebut tidak dapat didaftarkan di Malaysia dan ini mengakibatkan peguam yang dilantik bagi mewakili Rozana tidak dapat berbuat apa-apa. Buat masa sekarang, hasrat bagi memohon Interim Custody (hak penjagaan sementara) terhadap Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki dan Putri Qasseh Antasha terbantut di tengah jalan.


Hasrat bagi memohon Interim Custody (hak penjagaan sementara) terhadap Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki dan Putri Qasseh Antasha terbantut di tengah jalan.


Larangan berjumpa anak

Awie dikatakan telah menghantar satu surat arahan kepada Adni Islamic International School, Taman Melawati dan Smart Reader, Ukay Perdana pada 21 Jun 2014 yang melarang Rozana dari berhubung samada menerusi telefon atau berjumpa dengan anak-anak mereka di sekolah-sekolah terbabit. 

Bagaimana mungkin pihak sekolah membenarkan perkara ini berlaku? Mengikut undang-undang kekeluargaan, surat larangan untuk berjumpa ibu atau bapa hanya sah diperakui dengan adanya perintah makhamah.


Sumber aku-tak-peduli.blogspot.com

Wednesday, July 9, 2014

KERAJAAN MUKHRIZ HADAPI MASALAH ALIRAN TUNAI SERIUS?

Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my
SUNGAI PETANI: Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Dato’ Seri Mukhriz Mahathir dilihat sedang mengalami masalah aliran tunai serius berikutan kegagalan menyelesaikan beberapa hal berkaitan kewangan negeri, demikian menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato’ Ir Amiruddin Hamzah.
Ujar beliau, bekas Timbalan Menteri Industri dan Perdagangan Antarabangsa itu ternyata tidak berupaya menterjemahkan pengalaman terdahulunya di dalam Kerajaan Persekutuan apabila gagal mengolah kedudukan kewangan negeri ketika ini.
Untuk itu katanya, Mukhriz sedang menyerahkan beberapa tanggungan kerajaan negeri kepada Pusat serta berusaha menarik projek Pusat ke negeri ini.
Amiruddin memberikan contoh Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang sebelum ini didakwa Mukhriz sebagai satu pembaziran hingga timbul desas-desus ianya akan dijual kepada pihak tertentu dan kini himpitan kewangan berlaku mungkin disebabkan jumlah kemasukan pelajar sesi baru yang merosot.
Malah terangnya, Maktab Mahmud yang selama ini menjadi kebanggaan rakyat negeri Kedah, telahpun diserahkan semuanya kepada Kerajaan Persekutuan atas nama penyertaan skim Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) kecuali Maktab Mahmud Alor Setar dan Cawangan Yan.
Begitu juga dedahnya mengenai pembangunan Maahad Tahfiz Sains Darul Aman (MTSD) di Pulau Tuba, Langkawi yang tidak diteruskan walaupun bajet lulus sejak di bawah pentadbiran Almarhum Tan Sri Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak.

Hatta maklumnya, prasarana MTSD yang sedang beroperasi di Kulim kini turut gagal diselenggara dan dinaiktaraf sungguhpun peruntukan telah diluluskan.
“Ini menunjukkan kerajaan pimpinan Mukhriz sedang mengalami masalah aliran tunai yang serius. Malah saya mendapat aduan ada wakil rakyat yang berpencen, selepas setahun masih belum menerima pencennya,” ujar beliau yang juga Ketua Pembangkang Dun Kedah pada Liqa’ dan Iftar Penerangan di sini 4 Julai lalu.
Menurut Amiruddin lagi, Institut Pengurusan dan Integriti Negeri (Inspin) juga mengalami nasib sama apabila hingga kini tidak dapat menjalankan rutin aktivitinya disebabkan peruntukan tahunan belum disalurkan biarpun telah lulus pada pembentangan bajet lalu.
Tambah beliau, pembentangan bajet lalu juga meluluskan skim khairat kematian warga emas negeri Kedah menerusi pemberian tunai kepada waris sebagai menggantikan Skim Kafalah, tetapi sehingga penghujung Jun lalu dilaporkan belum ada lagi wang berkenaan diberikan kepada pihak waris.
Selain itu katanya, terdapat kontraktor yang mengeluh berikutan belum menerima pembayaran dari kerajaan negeri sedangkan kerja-kerja telah lama disiapkan.
Menyentuh pemberian bantuan RM500 kepada penoreh getah, Amiruddin menyifatkannya seumpama ubat bius penahan sakit yang hanya bertahan seketika sebelum para penoreh akan kembali dihimpit penderitaan sepertimana mereka alami sebelum ini.

1:26PM - 10 Jul 2014

Kekasih luah kepiluan atas pemergian Soosalu


Kerabat diraja Johor Tengku Alang Reza Ibrahim (bawah), kekasih kepada model Estonia yang sedang disiasat polis punca kematiannya di Pulau Rawa, Mersing, yang berdiam diri sehingga Selasa akhirnya membuka mulut.

Menulis di Facebook, beliau menggambarkan pemergian Regina Soosalu itu sebagai “tragedi terburuk dalam hidupnya”, lapor The Star.

“Regina kasihku telah pergi pada 1 Julai, dalam bulan mulia Ramadan. Dia cintaku, sahabat sejatiku dan akan terus menjadi inspirasi untuk seluruh hidupku.

“Hatinya penuh keagungan, kasih sayang dan belas ihsan untuk semua makhluk dan kehidupan itu sendiri.

“Tiada kata boleh meluahkan kekosongan dan keperitan hatiku. Tak perlu ucapan selamat tinggal. Sehingga kita berjumpa lagi my baby, kau selalu di hatiku,” tulis Tengku Alang di Facebook, seperti dilaporkan The Star.

Harian berbahasa Inggeris itu hari melaporkan, polis kini menyiasat sama ada Soosalu dibunuh setelah pada mulanya disangka mati lemas.

Polis mempertimbang untuk meneliti kemungkinan ia satu kes bunuh dan mengelaskan kes itu bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas menemui kesan luka "meragukan" pada tubuhnya.

Enam individu ditahan untuk membantu siasatan tetapi polis masih belum memanggil teman lelakinya.

Kantoi Tengah Projek Di Sebalik Ampaian

Tengah Projek Di Sebalik Ampaian






Tiada ulasan: