Khamis, 30 September 2010

BANYAK JENIS GILA...GILA MEMBERI DAN AMIK RASUAH...GILA KUASA...GILA MENGARAH ORANG...GILA SYOK SENDIRI...GILA TIDO...GILA FACEBOOK...GILA BERHUJAH2 TAK MAHU KALAH BERHUJAH...GILA MENUNJUK KEMEWAHAN DAN KEKAYAAN...GILA MENUNJUK KELULUSAN MELANGIT ..GILA RASA DIRINYA HEBAT...GILA SEX...GILA MENIPU..GILA MEMBODEK..GILA EKOR...GILA PANGKAT...GILA CANTIK..GILA KEMAHSYURAN ...GILA MAKAN..GILA BERNIAGA DLL GILA...ELOK KITA GILA TAAT PADA ALLAH...

Amuk gila talak

Oleh Shahrul Nizam Mohamad
am@hmetro.com.my
2010/09/30

KUANTAN: Mungkin akibat gila talak, seorang pembantu perubatan sebuah hospital di sini, bertindak ganas apabila membuat kecoh pada majlis akad nikah bekas isterinya dengan membelasah seorang anggota tentera yang bakal menikahi wanita berkenaan di Medan Warisan di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, mangsa berusia 30-an dan bertugas di Kem Batu 10, Jalan Gambang di sini, dikatakan sudah berjabat tangan dengan kadi untuk dinikahkan di rumah pengantin perempuan sebelum bekas suami bakal isterinya tiba-tiba masuk ke dalam rumah dan menyerangnya menggunakan topi keledar.

Kejadian itu menyebabkan mangsa patah kaki kanan selain cedera di kepala, muka dan badan akibat dipukul bertubi-tubi oleh suspek yang berusia 37 tahun. Suspek dipercayai tidak puas hati dengan tindakan bekas isterinya berkahwin lain sedangkan mereka baru setahun bercerai.

Suspek turut memijak kaki mangsa yang dikatakan belum sembuh sepenuhnya akibat kecederaan lama menyebabkan kaki lelaki berkenaan cedera semula.

Selain itu, suspek turut bertikam lidah dengan bekas isteri dan keluarga wanita berkenaan sebelum dileraikan beberapa tetamu. Dia kemudian ditahan polis yang tiba di tempat kejadian sejurus menerima laporan.

Difahamkan, majlis akad nikah itu tetap dilangsungkan selepas suspek ditahan. Biarpun kakinya patah dan mengalami kecederaan lain, mangsa masih mampu menggagahkan diri menyempurnakan pernikahannya

Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini untuk rawatan sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu

BERSATU PERKARA YANG SANGAT BAIK...BERSATU ATAS DASAR ISLAM@AKIDAH SERTA KEADILAN DALAM ERTI ISLAM

Nik Aziz Ajak Anggota Umno Sertai PAS Demi Perpaduan Melayu

KOTA BARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengajak anggota Umno agar menyertai PAS sebagai cara menangani isu perpaduan orang Melayu.

Mursyidul Am PAS itu berkata ini kerana parti berkenaan mewakili semua yang beragama Islam, dan sewajarnya orang Melayu yang juga orang Islam berada di dalam parti tersebut.

"Umno tak payah bertanding selama-lama dan duduk dalam sebuah parti, iaitu PAS. Kalau boleh, tak perlu ada parti orang Melayu lain selain dari PAS," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyampaian komputer riba kepada 200 pelajar Kolej Masterskil Kampus Metro Kota Baharu, di sini, Rabu.

Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan agar Umno tidak menandingi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada pilihan raya kecil yang akan diadakan tidak lama lagi.

Takiyuddin sebaliknya mencadangkan kerusi itu diserahkan kepada PAS demi perpaduan orang Melayu selain mengelakkan pergeseran berpanjangan antara dua parti utama orang Melayu tersebut.

Nik Abdul Aziz juga menegaskan perkara tersebut sudah sekian lama menjadi hasratnya.

Ditanya mengenai calon untuk pilihan raya kecil tersebut, Nik Aziz berkata PAS tidak mempunyai masalah untuk memilih calonnya.

"Sebagai sebuah parti yang sentiasa berada dalam persiapan sama ada musim pilihan raya atau tidak, soal calon sudah lama dikenal pasti, cuma ia akan diputuskan oleh pucuk pimpinan parti.

"Apatah lagi apabila PAS sudah ada kelab penyokong bukan Islam iaitu Cina yang boleh diletakkan sebagai calon jika perlu, cuma ia akan diputuskan oleh pucuk pimpinan parti," katanya.

Kerusi Galas kosong selepas penyandangnya Che Hashim Sulaima dari parti Pas meninggal akibat barah usus pada Isnin lepas. BERNAMA




Perpaduan Melayu: Nik Aziz ajak ahli Umno sertai PAS
Sep 29, 10 3:03pm
Kongsi 160
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hari ini mengajak ahli Umno menyertai PAS sebagai cara menangani isu perpaduan orang Melayu.

Mursyidul Am PAS itu berkata, ini kerana parti berkenaan mewakili semua yang beragama Islam, dan sewajarnya orang Melayu yang juga orang Islam berada di dalam parti berkenaan.

"Umno tak payah bertanding selama-lama dan duduk dalam sebuah parti, iaitu PAS. Kalau boleh, tak perlu ada parti orang Melayu lain selain daripada PAS," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyampaian komputer riba kepada 200 pelajar Kolej Masterskil Kampus Metro Kota Bharu, di Kota Bharu hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, agar Umno tidak menandingi kerusi Dewan Undangan Negeri Galas pada pilihan raya kecil yang akan diadakan tidak lama lagi.

Cina pun boleh jadi calon PAS di Galas

Takiyuddin sebaliknya mencadangkan kerusi itu diserahkan kepada PAS demi perpaduan orang Melayu selain mengelakkan pergeseran berpanjangan antara dua parti utama orang Melayu tersebut.

Nik Abdul Aziz juga menegaskan perkara tersebut sudah sekian lama menjadi hasratnya.

Ditanya mengenai calon untuk pilihan raya kecil tersebut, Nik Aziz berkata PAS tidak mempunyai masalah untuk memilih calonnya.

"Sebagai sebuah parti yang sentiasa berada dalam persiapan sama ada musim pilihan raya atau tidak, soal calon sudah lama dikenal pasti, cuma ia akan diputuskan oleh pucuk pimpinan parti.

"Apatah lagi apabila PAS sudah ada kelab penyokong bukan Islam iaitu Cina yang boleh diletakkan sebagai calon jika perlu, cuma ia akan diputuskan oleh pucuk pimpinan parti," katanya.

Kerusi Galas kosong selepas penyandangnya Che Hashim Sulaima dari parti PAS meninggal akibat barah usus pada Isnin lalu.

- Bernama

BERNIAGA SAPE NAK LARANG...TAPI BIAR JUJUR

BERHATI-HATILAH DGN MINUMAN INI ..

Assalamualaikum wr wb,

GREEN BEAN SOY DRINK

Salam semua. Kali ini saya nak sentuh ttg minuman ringan keluaran Yeo Hiap Seng, jenama salah satu pembekal minuman ringan yg tak asing lagi di rantau ini khususnya Singapura dan Malaysia.

Pernahkah anda dengar ttg keluaran produk minuman YHS yg terkini, khususnya minuman kacang soya fusion dgn kacang hijau? Jika anda di Singapura, harap2 baca dulu ya, bahan-bahan yg terkandung dalam minuman ini.

Semasa saya ke salah sebuah pasaraya tempatan, terpandang saya ke arah minuman ini yg saya fikiradalah salah satu lagi keluaran terbaru YHS. Iyerlah, apalah bahan yg nak dibubuh dlm minumankan? So I pick up one and brought to office. Tapi, bila saya baca ingredientsnya....... lihat kat pic ini.lihat dekat-dekat....... Apa kah kandungan dalamnya? Rupa-rupanya E471 is derived from pig. MasyaAllah, dah takde lagi ke sumber yg baik, yg murni, darimana pihak pengeluar nak dapatkan bahan atau sumber utk membuat produk minuman mereka???? Tidakkah mereka peka dgn pengguna2 Islam yg sememangnya ramai telah terbiasa dgn minuman yg mereka bekalkan atas jenama YHS???

Belek punya belek.....hah, patutlah. Minuman ni diperbuat di....... di negara yg dah mmg dah tersohor bubuh melamine dalam susu!!

Apapun, saya sekedar berkongsi info dan diharap sesiapa yg teringin nak merasa minuman jenama YHS " Green Bean Soy Drink ", lupakan sajalah niat anda tu. Tak berbaloi bahan yg haram jika memasuki dlm tubuh badan kita ni!! Harap dapat sebarkan info ini terutama sekali kpd anak-anak kita yg mungkin kurang arif ttg perkara ini.

Do not drink FANTA APPLE, as it contains (E211, E224) Fat of Pork(PIG)

Jenama ni minuman aiar soya hijau

Perhati ingredient

Kod Lemak Babi

Made in China

Share

  • 5 people like this.
    • Noralasikin Md Din tq tag this info..
      August 25 at 3:40pm ·
    • Sarah Gagiman Thanks for good info....
      August 25 at 9:32pm ·
    • Aniz Pkah seb bek xpenah pon beli..
      August 25 at 9:32pm ·
    • Muaini Abdul Rasib thanks 4 d info.
      August 27 at 10:29pm via Facebook Mobile ·
    • Idrus Hashim TQ for that info. INsyaAllah kalau ada masa saya akan buat servey...
      August 27 at 11:23pm ·
    • Idrus Hashim Yg Terbaik buat sendiri.. lagi fresh dan suci..
      August 27 at 11:30pm ·
    • Anita Hasan selalunya kod yg mula dgn huruf E ni x payah bli. anak2 saya pun kalau nak bli sure belek kat ingredients ada dak kod E
      August 30 at 10:26am ·
    • Arfahiyah Ibrahim cayalah ita, anyway tkasih kerana memberikan info spt ni . terkadang kita alpa semasa memilih brg makanan.
      August 30 at 11:11am ·
    • Zikri Hasbullah maklumat yg sgt penting kpd umat islam
      Yesterday at 1:24am ·
    • Seniyati Daeng Terima kasih, sangat berguna...
      16 hours ago ·

BERITA DARI MALAYSIA KINI...YANG BURUK2 NI AKHIRNYA ALLAH BONGKAR GAK...KITA NAK PI MANA...AKHIRNYA MATI GAK

Si sepet, si kaki botol - kabinet kesal
Sep 29, 10 3:23pm

Jemaah Menteri hari ini mengarahkan Ketua Setiausaha Negara untuk menyiasat seorang pegawai kanan Biro Tata Negara (BTN) yang didakwa telah menghamburkan kata-kata perkauman ke atas masyarakat Cina dan India di negara ini, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam.

"Apa yang kami mahu sekarang ialah satu laporan mengenai satu portal online, mendakwa timbalan pengarah membuat kenyataan berbaur perkauman.

"Kabinet telah meminta Ketua Setiausaha Negara untuk menyiasat mengenai perkara ini sebelum sebarang tindakan diambil," katanya kepada wartawan selepas mesyuarat kabinet di Putrajaya.

Dr Subramaniam berkata jemaah menteri secara umumnya kesal mendengar kata-kata yang didakwa dihamburkan oleh timbalan pengarah BTN, Hamim Husin pada sebuah majlis membabitkan Puteri Umno pada Isnin lalu.

Hamim didakwa menghina melabelkan rakyat Malaysia berbangsa Cina dan India sebagai 'si sepet mata dan 'si kaki botol'.

Hamim semasa sesi tertutup itu dilaporkan oleh portal berita the Malaysian Insider sebagai berkata adalah menjadi hak Melayu untuk memerintah negara dan menggesa mereka untuk bersatu mempertahankan hak mereka.

“Hak Melayu adalah untuk memerintah negara. Melayu mesti bersatu menghadapi ancaman,” katanya.

Hamim juga didakwa berkata: “Melayu tidak boleh memerintah sendirian. Sebab itu kita berkawan dengan MCA dan MIC.


Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa BTN telah menubuhkan jawatankuasa siasatan untuk menyiasat dakwaan tersebut.

Sehubungan itu, Ketua Pengarah BTN Datuk Shagul Hamid Abdullah dalam kenyataan hari ini meminta orang ramai memberi ruang dan masa kepada jawatankuasa untuk menjalankan siasatan.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan tempoh yang akan diambil oleh jawatankuasa itu untuk menyelesaikan siasatannya.

Shagul juga meminta orang ramai supaya tidak terburu-buru menjatuhkan hukuman terhadap pegawai terbabit dan BTN sebelum siasatan selesai.

Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, Hamim menafikan beliau ada mengeluarkan kenyataan seperti yang diterbitkan sebuah portal berita.

"Ucapan Hamim pada program tertutup itu hanya pandangan peribadinya dan bukan satu kenyataan rasmi dan tiada niat untuk menghina," kata Shagul


Tuntutan palsu: Pengarah BTN Kedah didakwa
Jul 13, 10 5:33pm

Pengarah Biro Tata Negara (BTN) Kedah, Ahmad Subri Zin dihadapkan di Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini berhubung dakwaan bersubahat meluluskan satu tuntutan palsu tahun lepas.

Dia didakwa meluluskan tuntutan pemilik syarikat Cipta Gemilang Enterprise, Zamiruddin Ma'az, 35, bagi penyediaan makanan untuk 400 peserta seminar Bina Negara anjuran BTN berjumlah RM4,000 di Sekolah Menengah Kebangsaan Aman Jaya, Sungai Petani.

Zamiruddin turut dihadapkan ke mahkamah sama terhadap dakwaan mengemukakan tuntutan palsu berkenaan.

Kedua-duanya, yang dihadapkan berasingan, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka di hadapan Hakim Norsharidah Awang.

Norsharidah membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Kedah, Nazrul Nizam Mohd Zambri supaya kes itu dibicarakan serentak dan menetapkan 17 Ogos untuk mendengar sebutan kes.

Mengikut kertas pertuduhan, Ahmad Subri dan Zamiruddin secara sedar mengetahui tuntutan Pesanan Kerajaan nombor G10127 bertarikh 15 April 2009 bagi penyediaan makanan sebenarnya palsu kerana penyajian tidak dibuat.

Ahmad Subri didakwa bersubahat kerana menandatangani dokumen tuntutan itu sedangkan pada pengetahuannya sajian tersebut tidak dilakukan manakala Zamiruddin sedar dia mengemukakan tuntutan palsu.

Pengarah BTN Kedah itu didakwa mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang dibaca bersama Seksyen 28 (1)(c) akta sama dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama.

Zamiruddin pula dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama.

Mereka boleh dipenjarakan tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai tuntutan atau denda RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Ahmad Subri dan Zamiruddin masing-masing dibenarkan ikat jamin sebanyak RM8,000 seorang dengan seorang penjamin.

--Bernama


Timbalan menteri diarah bayar hutang RM1.6 juta
Hafiz Yatim
Sep 29, 10
4:53pm


Datuk M Saravanan (bawah, kanan), yang sekarang ini timbalan menteri Wilayah Persekutuan telah diarahkan oleh mahkamah membayar RM1.6 juta kepada VPN Marketing Sdn Bhd untuk melangsaikan hutangnya.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur juga mengarahkan Project Penyelenggara Lebuhraya Bhd (Propel) membayar wang tambahan RM690,000 kepada syarikat itu kerana mencabuli kontrak membekalkan penghadang besi di antaranya lebuh raya Utara Selatan.

mic 62 agm 120708 saravananKeputusan itu dibuat di kamarnya oleh hakim Anantham Kasinater.

Dua saksi dari VPN Marketing dan dua lagi daripada Propel memberi keterangan semasa perbicaraan.

Saravanan disaman atas kapasiti peribadinya, sebelum dia dilantik sebagai timbalan menteri, selepas syarikatnya RMW Manufacturing Bhd - di mana beliau bertindak sebagai pengurus dan pengarah menggulung tikar.

VPN Marketing, sebuah syarikat berpangkalan di Bandar Puncak Alam, dalam kenyataan tuntutannya berkata mereka sejak 2004 telah membekalkan bahan keluli kepada RMW Manufacturing.

Bagaimanapun RMW Marketing masih belum menjelaskan bayaran RM2.337 juta selepas menerima barangan bertkenaan.

VPN Marketing mendakwa Saravanan melalui peguamnya bersetuju melalui sepucuk surat bertarikh 28 Nov 28, 2007, mengeluarkan surat jaminan peribadi untuk membayar RM1.647 juta manakala Propel pula dikehendaki membayar RM690,000.

VPN Marketing telah berulang kali meminta kedua-dua defenden berkenaan menjelaskan bayaran tetapi mereka didakwa gagal berbuat demikian.Menurut peguam C Shanmugaiah yang mewakili VPN Marketing, hakim itu memutuskan plaintif (VPN Marketing) berjaya membuktikan kes saman tersebut terhadap kedua-dua defendan.

Beliau berkata hakim itu juga memerintahkan Saravanan membayar RM20,000 sebagai kos guaman dan juga faedah lapan peratus dari November 2007, manakala Propel diperintah membayar kos RM35,000 dan juga faedah kepada VPN Marketing.

Syarikat itu juga telah menghantar notis tuntutan pada 7 Sept 7, 2009 tetapi kedua-dua mereka gagal berbuat demikian


Diskaun Melayu: Selepas Pua, MB S'gor juga disiasat
Joseph Sipalan
Sep 29, 10
4:22pm


Ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua menghabiskan masa satu jam setengah di balai polis Shah Alam hari ini bagi menjawab dakwaan bahawa beliau mempersoalkan hak Melayu pada sebuah forum ekonomi dua bulan lalu.

Katanya, beliau juga dimaklumkan oleh polis bahawa Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim akan juga dipanggil bagi merakamkan kenyataannya.

Bercakap kepada wartawan selepas meninggalkan balai polis itu pada jam 3.10 petang, Pua berkata beliau disiasat mengikut Akta Hasutan kerana membuat cadangan pemansuhan diskaun bumiputera bagi pembelian hartanah mewah.

Menurut Pua, pegawai penyiasat itu juga menggunakan laporan Utusan Malaysia bertarikh 27 Julai yang bertajuk Cadangan Ahli Parlimen PJ Utara kepada kerajaan Selangor - Mansuh diskaun bumiputera, digunakan sebagai rujukan siasatan berkenaan.

"Mereka minta saya mengimbas semula apa yang saya kata dan saya jelaskan bahawa saya merujuk kepada diskaun untuk pembelian hartanah mewah (untuk bumiputera) dimansuhkan dan manfaatnya sebaliknya disalurkan kepada golongan miskin,” katanya.

Pua pada bulan lalu mencadangkan kepada kerajaan negeri Selangor supaya diskaun bumiputera sebanyak tujuh peratus bagi pembelian rumah lebih RM500,000 dan hartanah komersial bernilai lebih RM2 juta dimansuhkan ketika menghadiri dialog belanjawan.

Berikutan itu, 22 laporan polis dibuat ke atasnya oleh beberapa bahagian Pemuda Umno di Selangor yang menuntut Pua disiasat mengikut Akta Hasutan.

Setiausaha publisiti DAP itu juga menerima sebutir peluru hidup M16 berikutan kenyataannya dengan sekeping nota yang mengancam keselamatan keluarganya







Tunku Aziz: Diskaun juga untuk beli BMW, emas...?
Ogos 7, 10 9:14pm

Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim hari ini membidas pemimpin Umno kerana mengkritik setiausaha publisiti DAP, Tony Pua yang mencadangkan pemansuhan tujuh peratus diskaun bumiputera untuk pembelian hartanah mewah.

Dalam satu kenyataan medianya, naib pengerusi DAP itu berkata dia terkejut melihat reaksi Pemuda Umno yang membuat laporan polis ke atas Pua berhubung cadangannya itu, manakala Perdana Menteri yang juga presiden Umno Datuk Seri Najib Razak tidak terkecuali mengeluarkan kenyataan keras.

Pemuda Umno mendakwa cadangan Pua itu berbaur hasutan dan mencabuli perlembagaan persekutuan serta kontrak sosial. Sementara, Najib pula menuduh ahli parlimen Petaling Jaya Utara itu mencetuskan rasa tidak puas hati dan menimbulkan rasa marah di kalangan orang Melayu serta mengancam keamanan awam.

“Adalah jelas mereka yang digelar pemimpin Umno ini mempunyai fahaman sifar ataupun terhad, berhubung perlembagaan persekutuan kerana seboleh mungkin yang saya cuba, saya gagal mencari sebarang peruntukan dalam perlembagaan yang mengatakan bahawa Melayu atau bumiputera perlu diberikan hak untuk mendapat diskaun bagi membeli hartanah.

“Yang pasti, perlembagaan persekutuan tidak memperuntukkan bahawa Melayu berhak mendapatkan diskaun untuk membeli hartanah mewah yang bernilai jutaan ringgit,” kata Abdul Aziz.

Basmi kemiskinan?

Semasa sesi dialog belanjawan kerajaan negeri Selangor pada Julai lalu, Pua berkata diskaun bumiputera sepatutnya dihapuskan kerana ia langsung tidak berkaitan dengan usaha untuk membasmi kemiskinan di kalangan golongan itu.

Diskaun berkenaan hanya menyaksikan pembeli rumah bumiputera menjadi orang tengah kepada pembeli bukan bumiputera yang mengambil kesempatan ke atas diskaun tujuh peratus untuk membeli hartanah mewah, kata Pua.

Menurut Abdul Aziz jika diskaun tujuh peratus itu begitu 'kardinal' untuk menjamin hak istimewa Melayu, diskaun yang sama sepatutnya diperluaskan kepada orang Melayu untuk membeli barangan mewah lain seperti “BMW, Porches, sistem hi-fi rumah, tiket kelas pertama penerbangan dan malah juga barangan kemas serta batu permata.”

“Diskaun pembelian hartanah mewah adalah antara perkara utama yang disalah-gunakan di bawah Dasar Ekonomi Baru yang memerlukan pembaharuan bagi memastikan 40 peratus daripada bumiputera yang berpendapatan rendah mendapat manfaat daripada dasar afirmatif.

Disalah-guna Umnoputra

“Sehubungan itu, saya menyokong cadangan Menteri Besar Selangor (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) untuk menghapuskan diskaun berkenaan ke atas pembelian hartanah mewah tetapi menggunakan wang yang 'dijimatkan' itu bagi menubuhkan dana untuk membantu bumiputera yang miskin,” katanya.

Menurut Abdul Aziz, 'kejahilan dan salah-guna' oleh Umno, menerusi sayap pemudanya adalah jelas mengkhianati peruntukan hak bumiputera bagi menjamin golongan 'Umnoputra' yang kaya dan berharta akan terus menikmati diskaun seumpama itu apabila membeli kediaman mewah mereka.

“Reaksi Umno jelas menunjukkan bahawa mereka tiada kebanggaan sendiri atau harga diri, kerana mahu terus mempertahankan manfaat yang diputar-belitkan itu dengan membelakangkan nasib golongan miskin dan yang memerlukan.

“Melayu sebagai satu bangsa harus berbangga kerana ada di antara mereka yang kini mampu memiliki hartanah seumpama itu dan kita mesti bangga yang kita boleh berdiri di atas khaki sendiri meskipun menghadapi 'handicap' (rintangan).”



PERKASA 'isytihar' perang terhadap Namewee
Jimadie Shah Othman
Sep 29, 10
1:28pm


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) hari ini 'mengisytiharkan' perang terhadap penyanyi rap dan pengarah filem kontroversi Namewee selepas album sulungnya dilancarkan semalam.

Ketua Wira NGO itu Arman Azha Abu Hanifah berkata, sebagai "panglima perang dan hulubalang Melayu" mereka akan sedia mengekori ke mana saja Namewee mengadakan siri jelajah dan persembahannya selepas ini.

"Kami sambut (siri jelajahnya) dengan tangan terbuka. Kalau dia buat konsert di dalam (dewan), kita akan 'berkonsert' di luar," katanya ketika diminta mengulas rancangan terbaru artis muda itu.

Sempena kelahiran album itu, Namewee selepas ini menjelajah seluruh negara sebagai rangka promosinya.

Terbaru esok di Kolej New Era, di Kajang yang dimiliki NGO pendidikan Cina yang berpengaruh Dong Zong.

Malam semalam, perkarangan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Kuala Lumpur, kecoh dengan kehadiran kira-kira 50 orang anggota PERKASA bagi membantah tindakan Namawee yang melancarkan albumnya.

Beberapa orang daripada mereka membawa sepanduk PERKASA, bendera Malaysia dan membakar gambar Namewee.

Kumpulan itu juga mendesak Namewee meminta maaf secara terbuka kepada keseluruhan rakyat Malaysia kerana "merosakkan muhibah kaum".

Berlindung belakang polis

Manakala Namewee pula berkata isu permohonan maaf bukan isu sebenar kerana beliau datang ke program itu "bagi membantu menyelesaikan isu perkauman".

Menjawab soalan, beliau juga berkata tidak takut pada PERKASA kerana percaya polis akan melindunginya.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Arman Azha menyifatkan Namewee sebagai "pengecut" dan tidak berani bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukannya.

"Kalau berani kenapa dia tidak keluar semalam. Berani kerana benar, takut kerana salah," katanya.

"Kalau dia (Namewee) cuba berlagak hendak menjadi wira Tionghoa, kenapa dia tidak berani berdepan dengan panglima perang Melayu semalam. Bukan kita hendak buat apa. Kita hendak berdiskusi saja."

Mendakwa pemuda Cina daripada Johor itu hanya berani bersembunyi di balik laman Youtube, Arman Azha berharap Namewee tidak terus berselindung di belakang polis dan media elektronik.

Ditanya tentang kenyataan Namewee yang enggan memohon maaf, Arman Azha menjawab pihaknya bukan meminta Namewee berbuat demikian kepada NGO Melayu terbesar itu, tetapi kepada seluruh rakyat Malaysia.

"Ia mengganggu keharmonian dan muhibah (antara) kaum. Siapa yang buat video itu? Dia buat salah, kenapa hendak berlindung di balik polis?" soal Arman Azha







Exco: Penduduk bimbang PERKASA hadir majlis PM
Sep 29, 10 4:36pm

Exco kerajaan Selangor Iskandar Abdul Samad berkata, beliau telah menerima aduan dari penduduk tempatan yang bimbang terhadap penglibatan PERKASA dalam program perdana menteri di Padang Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Pandan Indah pada 2 Oktober ini.

Beliau yang merupakan pengerusi jawatankuasa tetap perumahan, pengurusan bangunan dan setinggan negeri Selangor berkata ini kerna terdapat khabar angin bahawa program itu adalah anjuran sebuah pertubuhan seni silat dan PERKASA.

Katanya, walaupun pihak penganjur telah menghubungi beliau dan memberithu bahawa PERKASA tidak terlibat tetapi sebuah akhbar melaporkan bahawa pihak penganjur telah menjemput pemimpin PERKASA ke majlis tersebut.

"Oleh itu, penduduk bimbang penglibatan PERKASA akan memberi kesan buruk kepada hubungan antara kaum di kawasan DUN Cempaka - tempat majlis itu akan diadakan," katanya dalam satu kenytaan.

"Hubungan antara kaum di Cempaka dan kawasan parlimen Pandan adalah begitu baik sekarang ini, maka penduduk tidak mahu melihat ia terjejas akibat majlis tersebut," tambahnya.

Sehubungan itu, beliau berharap perdana menteri dan pihak penganjur akan turut mengambil kira keharmonian masyarakat kerana majlis itu telah mendapat publisiti buruk dan telah mewujudkan kebimbangan di kalangan rakyat.

"Saya yakin perdana menteri tentu sekali tidak mahu nama dan kredibiliti beliau tercemas akibat majlis ini," tambahnya



Polis perjelas kes 'kehilangan' usahawan India
Sep 29, 10 4:59pm

Polis tidak menerima laporan berhubung kehilangan usahawan India, Allal Kanthan Muthuraja sebaliknya hanya menerima laporan berkaitan penipuan yang kononnya dilakukan oleh anggota polis dari Bukit Aman bagi "membebaskan" usahawan dari Chennai itu 29 Mac lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Hussin Ismail menolak dakwaan keluarga mangsa kononnya polis tidak bertindak sewajarnya untuk menyiasat kehilangan usahawan berusia 34 tahun itu sejak awal tahun ini.

"Kita sahkan ada terima laporan pada 29 Mac lepas di Balai Polis Klang oleh abang mangsa, Dr Kasi Viswanathan, berhubung penipuan yang didakwa dilakukan oleh "Polis Bukit Aman" yang meminta sejumlah bayaran bagi membebaskan usahawan India itu. Jadi pada masa itu kita siasat kes tersebut di bawah penipuan.

"Polis kemudian bertindak dan menyiasat kes tersebut sebagai orang hilang apabila satu laporan dibuat oleh isterinya, Usharani pada 8 Sept lepas," katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman hari ini.

Beliau berkata walaupun pada awalnya kes itu disiasat bagi kes penipuan, namun pada masa yang sama polis telah berusaha untuk menjejaki usahawan itu.

"Pegawai penyiasat telahpun cuba mengesan Muthuraja, namun tidak berhasil, sehinggalah pada 8 September lepas, apabila satu laporan dibuat tentang kehilangan Muthuraja, barulah kita siasat lebih mendalam lagi dengan kaitannya dengan siasatan kes jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga individu lain," katanya.

Beliau meminta ahli keluarga Muthuraja agar memberi ruang kepada polis menjalankan siasatan kes itu secara terperinci dan meminta mereka mendapatkan sumber yang sahih untuk mengetahui sebarang perkembangan terkini terhadap siasatan itu.

"Untuk mengelakkan daripada mendapat maklumat daripada individu-individu atau mana-mana pihak yang tiada kaitan dengan kes ini, kita telah melantik pegawai penghubung untuk menyalurkan sebarang maklumat kepada keluarga mangsa," katanya.

Hussin berkata ekoran laporan kehilangan usahawan itu, polis telah menahan dua lelaki tempatan secara berasingan iaitu di Taman Wilayah, Selayang dan Kampung Laksamana, Batu Caves sejak 10 hari lepas.

Ketika diminta mengulas tempoh tahanan reman lima suspek kes pembunuhan Sosilawati yang tamat Jumaat ini, Hussin berkata polis belum membuat sebarang keputusan sama ada menyambung reman atau tidak kelima-lima suspek terbabit.

- Bernama



Video Lingam: Semakan kehakiman - 16 Mei 2011
Hafiz Yatim
Sep 29, 10
10:40am


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (bahagian rayuan dan kuasa khas) menetapkan 16 Mei bagi mendengar merit semakan kehakiman dua bekas hakim negara dan Datuk VK Lingam yang mencabar penemuan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung isu video kontroversi yang mengaitkan peguam kanan itu dengan pelantikan hakim-hakim.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Halilah Suboh menetapkan tarikh itu dalam kamar selepas menemui pihak berkenaan apabila kes itu disebut untuk pengurusan kes.

Lingam, yang mewakili dirinya sendiri, memberitahu wartawan bahawa Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zawawi Salleh akan mendengar merit untuk semakan kehakiman yang difailkan oleh mereka berhubung hasil siasatan suruhanjaya itu.
Bagaimanapun sama ada perbicaraan akan diteruskan juga bergantung kepada kelulusan rayuan yang dibuat oleh pejabat peguam negara kepada Mahkamah Persekutuan.

Pada 24 Ogos, dalam keputusan majoriti 2-1, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Mahkamah Rayuan dalam menolak permohonan kebenaran ketiga-tiga perayu itu untuk satu semakan kehakiman terhadap keputusan suruhanjaya, telah menggunakan prinsip yang salah bagi mentafsirkan nilai prima facie untuk diluluskan mengikut Aturan 53 Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980.

Hakim Tengku Baharudin Shah Tengku Mahmud dan Datuk Zaharah Ibrahim membenarkan rayuan manakala Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus membantah.

Lingam, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Tun Mohd Eusoff Chin kemudian mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan mereka bagi membuat semakan kehakiman terhadap hasil siasatan suruhanjaya diraja itu.

Selain memberikan sejumlah RM30,000 kos perundangan bagi ketiga-tiga perayu itu, mahkamah juga mengembalikan kes itu ke Mahkamah Tinggi untuk mendengar merit kes berkenaan.

Pada 12 Dis, 2008, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa keputusan suruhanjaya tidak boleh disemak atas dicabar kerana ia bukan satu keputusan dan ia tidak memberi kesan terhadap hak individu atau obligasi mereka yang terbabit.

Dalam laporan siasatan mereka, lima anggota panel itu, mendapati bahawa video klip menunjukkan Lingam dalam satu perbualan telefon dengan Ahmad Fairuz berhubung pelantikan hakim, adalah tulen.

Suruhanjaya itu memperakukan agar tindakan yang sesuai perlu diambil terhadap enam individu iaitu Lingam, Ahmad Fairuz, Mohd Eusoff, jutawan Tan Sri Vincent Tan, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana salah laku.

Suruhanjaya itu mendapati ada bukti yang cukup bagi menyiasat keenam-enam individu mengikut Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi, Kanun Keseksaan dan AktaProfesion Undang-undang 1976.

Kecuali Dr Mahathir, kelima-lima mereka mengemukakan permohonan agar mahkamah mengadakan semakan semula bagi membatalkan hasil siasatan suruhanjaya itu.

Bagaimanapun, Tan dan Tengku Adnan menarik balik rayuan mereka awal tahun ini.Suruhanjaya itu, yang dipengerusikan Tan Sri Haidar Mohd Noor dan dianggotai bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Amar Steve Shim Lip Kiong, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mahadev Shankar, bekas peguam cara Puan Sri Zaitun
Zawiyah Puteh dan Professor Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim bersidang selama 17 hari untuk menyiasat klip video 14 minit itu dan menyelesaikan siasatan pada 15 Feb 2008



Peneroka menang lagi kes saman Felda
Sep 29, 10 12:38pm

Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini memutuskan peneroka Felda berhak mendapatkan bayaran tanam semula sebanyak RM1,700 seekar dari Felda walaupun mereka tidak menanam semula ladang mereka melalui badan berkanun itu, lapor Harakahdaily.

Kaputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Mariana Yahya berikutan saman yang dikemukakan oleh 10 peneroka Felda Sungai Koyan 2 dan 3 terhadap Felda kerana enggan membuat bayaran itu kepada mereka.

Namun, hakim memutuskan, bayaran berkenaan hendaklah dibuat oleh Felda dengan syarat peneroka memenuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh Felda.

Hakim menolak hujah pembelaan Felda yang menyatakan peneroka tidak berhak mendapatkan jumlah itu kerana jumlah caruman mereka tidak mencukupi.

Namun, hakim memutuskan Felda perlu membayar jumlah berkenaan kerana ia telah ditetapkan oleh Felda sendiri.

10 peneroka Felda itu diwakili oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin manakala Felda diwakili oleh Tetuan Abdullah Zainudian yang diwakili oleh Puan Doshi



KM S'wak sifatkan pembangkang pembohong
Sep 29, 10 1:20pm

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyifatkan pembangkang sebagai pembohong besar kerana mendakwa mampu menyelesaikan pelbagai masalah rakyat sekiranya memegang kuasa.

Bercakap pada majlis Aidilfitri, beliau berkata pembangkang lantang bersuara seolah-olah mereka mempunyai lampu ajaib Aladdin yang dapat menyelesaikan semua permasalahan sekelip mata.

"Mereka mendakwa berupaya menyelesaikan masalah banjir di bandar Sibu bila mereka berkuasa. Mereka malah menghasut masyarakat agar tidak mengundi kerajaan kerana gagal mengatasi masalah itu.

"Tetapi mereka hanya pembohong besar. Mereka tidak ada perancangan atau program langsung," katanya.

Sebaliknya, Taib berkata kerajaan secara senyap-senyap melaksanakan pelbagai langkah untuk mengatasi masalah tersebut menerusi perbelanjaan hampir RM500 juta.

Bagaimanapun katanya, peruntukan yang terhad menyebabkan projek penebatan banjir itu dilakukan secara beransur-ansur.

"Tetapi jika masyarakat menyokong pembangkang pada pilihan raya, saya takut mereka akan memburukkan masalah.

Sementara itu, mengenai Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE), Taib berkata projek itu boleh melonjakkan Sarawak sebagai negeri terkaya di negara ini pada 2030.

"Tetapi untuk menjayakan semua ini, Sarawak harus bersedia daripada sekarang," katanya.

Taib berkata beliau telah bersedia untuk memimpin dan membimbing Sarawak ke arah itu tetapi rakyat juga harus bersedia untuk bekerja keras dan belajar untuk mengambil peluang daripadanya.

Beliau berkata penduduk negeri itu dijangka mencapai 4.5 juta orang menjelang 2030 tetapi mereka akan menjadi masyarakat berpendapatan tinggi dengan pendapatan tiga kali ganda atau lebih berbanding sekarang.

Menggariskan asas-asas persediaan, Taib berkata perkara pertama dan paling penting ialah mengutama dan mengekalkan perpaduan rakyat pelbagai bangsa dalam apa juga keadaan.

"Kemudian kita akan memerlukan pemimpin yang berorientasikan masyarakat serta jujur selain mempunyai wawasan yang hebat untuk masa depan.

"Negeri juga harus melengkapkan tenaga kerjanya dengan kemahiran berteknologi tinggi dan pengetahuan yang sofistikated," kata beliau.

Taib juga mengingatkan rakyat, khususnya anggota Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bahawa perjuangan untuk menjayakan SCORE adalah perjuangan bersama.

"Kita harus bersatu padu, mengekalkan disiplin dan paling penting bukan sekadar menjadi penonton atau pengulas, tetapi peserta yang aktif," katanya.

- Bernama



Kekayaan Luarbiasa Abdul Taib Untuk Rakyat Sarawak

Taib sedia undur jika tak diperlukan, trend pengundi Cina bingungkan

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang sudah hampir lima dekad aktif dalam politik dan menerajui negeri itu sejak 29 tahun lalu menegaskan "akan berundur" jika tidak lagi lagi diperlukan.

Kemungkinan itu masih menjadi teka-teki ketika Sarawak bersedia ke arah pilihan raya umum negeri.

Bagaimanapun beliau masih belum membuat keputusan sama ada akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri yang diwakilinya pada pilihan raya negeri ke-10, yang disebut-sebut dalam waktu terdekat ini.

Pemimpin berusia 74 tahun itu yang merupakan Ketua Menteri yang paling lama berkhidmat iaitu sejak 26 Mac 1981, berkata beliau tidak dapat membuat keputusan mengenai perkara itu kerana ia perlu dibincangkan dan diluluskan oleh pucuk pimpinan.

"Saya tidak tahu... terserah kepada parti dan perdana menteri," katanya di Kuching semalam.

Pada 1981, beliau turut bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebandi bagi membolehkannya kembali ke Sarawak dan menjadi Ketua Menteri menggantikan Tun Abdul Rahman Yaakub.

Taib juga mempertahankan kerusi DUN Sebandi pada 1983, 1987; kerusi DUN Asajaya (1991, 1996) dan DUN Balingian (2001 dan 2006).

Kata Taib, beliau bersedia untuk berundur jika keadaan memerlukan beliau berbuat demikian.

"Banyak orang kata saya tidak diperlukan. Jika saya tidak diperlukan, saya akan berundur," kata beliau dipetik Bernama.

Taib yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sejak 1981 dan pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak berkata beliau sebenarnya mahu berundur daripada politik pada 2006 tetapi ramai di kalangan dalam parti menentang hasratnya itu dan akhirnya beliau memutuskan untuk tidak bersara.

Mengenai bila beliau kemungkinan mengadakan pilihan raya negeri, Ketua Menteri berkata perkara itu masih belum diputuskan lagi.

Mengenai sentimen pengundi Cina di Sarawak yang masih memilih pembangkang berbanding BN, Taib mengakui trend itu masih membingungkannya sehingga kini.

"Saya juga bertanyakan soalan yang sama, saya mahu tahu," katanya.

Kata beliau, kerajaan negeri secara ikhlas cuba memenangi hati pengundi Cina tetapi masih gagal berbuat demikian sehingga kini.

Pada pilihan raya negeri 2006, PBB memenangi 34 daripada 71 kerusi negeri diikuti Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dengan 11 kerusi, Parti Rakyat Sarawak (PRS) sembilan kerusi dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) lapan kerusi manakala selebihnya dimenangi parti-parti pembangkang.

Mengulas isu lain, Taib dipetik Berita Harian berkata, beliau tidak akan campur tangan dalam hal ehwal dalaman Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang pernah kalah teruk pada Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sarawak 2006.

"Selama ini saya sudah banyak membantu SUPP, sama ada mereka mahu menerimanya atau tidak, ia perkara lain.

"Saya sudah memberikan analisis dan nasihat mengenai masalah mereka sebelum ini," kata beliau.

"Kini terpulang kepada mereka. Jika saya melakukan lebih dari itu, ada di kalangan pemimpin SUPP akan mengkritik saya kerana mencampuri hal ehwal dalaman parti itu," katanya.

Taib menambah SUPP sebenarnya lebih perlu membantu diri mereka sendiri, bukannya mengharapkan bantuan dari luar dalam memulihkan kekuatan parti berkenaan.

Beliau pertama kali mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen ketika era perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 1967 ketika berusia 31 tahun.

Taib dilantik Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri pada 1968.

Sementara itu ketika kepimpinan Tun Abdul Razak, beliau dilantik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada September 1970 dan dua tahun kemudian dilantik sebagai Menteri Sumber Asli dan selepas itu memegang pelbagai portfolio di bawah Tun Razak dan Tun Hussein Onn sehingga 1981.

Beliau juga pernah dilantik Menteri Wilayah Persekutuan pertama pada 1980.

Abdul Taib mempertahankan kerusinya dalam pilihan raya umum 1969 hingga 2004 termasuk beberapa kali menang tanpa bertanding sebelum memutuskan untuk tidak bertanding kerusi Parlimen pada 2008, dengan anaknya Datuk Seri Sulaiman Taib menggantikannya. -TMI


Kekayaan Luarbiasa Tan Sri Abdul Taib Mahmud

Dua dokumen didedahkan di laman web bagi membuktikan hubungan secara langsung antara ketua menteri Sarawak dengan sebuah syarikat hartanah yang berpangkalan di Amerika Syarikat - Sakti International Corporation.

Laporan sesawang Sarawak Report memuat-naikkan perjanjian bertulis oleh lembaga pengarah Sakti bahawa adik beradik Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan anak-anaknya akan memegang kepentingan 50 peratus dalam syarikat itu bagi pihaknya.

Perjanjian itu dimeterai tidak lama selepas syarikat itu ditubuhkan pada 1987 dengan laporan meletakkan nilainya pada RM80 juta.

Lima proksi berkenaan adalah adik beradiknya Onn dan Ariff, anak perempuannya, Jamilah dan anak-anak lelakinya, Mahmud dan Sulaiman.

Mengikut perjanjian yang bertarikh 8 April, 1988, sejumlah 1,000 unit saham dikeluarkan. Separuh daripada jumlah itu dipegang oleh lima individu berkenaan sebagai amanah kepada seorang yang dikenali sebagai 'Abdul Taib Mahmud'.

Perjanjian itu mempunyai tiga tandatangani - dipercayai oleh Onn, Ariff (meninggal dunia tiga tahun lalu) dan Mahmud.

“Bukan menjadi rahsia, dalam syarikat milik keluarga Taib, ketua menteri itu sentiasa mengelakkan namanya disenaraikan dalam sebarang dokumen,” kata Sarawak Report semalam.

“Beliau selama ini sering-kali mendakwa selaras dengan jawatannya sebagai ketua menteri, beliau tidak mempunyai kepentingan perniagaan. Adalah jelas, bahawa beliau menubuhkan Sakti International, dengan menggunakan alamat rumahnya sendiri di San Francisco.”

Sakti international memiliki beberapa hartanah penting di bahagian pantai barat Amerika Syarikat. Antaranya termasuk bangunan Abraham Lincoln di Seattle - yang antara lain menempatkan pejabat Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan unit anti pengganas Washington Fusion Centre.

“Sistem berkenaan memastikan bahawa Taib Mahmud memiliki separuh daripada saham-saham itu yang dipegang secara amana untuk dirinya sendiri, manakala yang lain memegang tidak lebih daripada 200 saham,” petik artikel itu.

“Dengan cara ini, beliau menguasai syarikat itu secara langsung dengan berpura-pura tidak memilikinya.”

Laman web itu juga mendedahkan satu lagi dokumen - kenyataan saham tempatan yang dimiliki Sakti yang mesti dikemukakan setiap tahun kepada kerajaan California.

Kenyataan yang difailkan pada 17 Sept, 1987 menamakan Taib, Onn dan Ariff sebagai pengarah Sakti pada masa penubuhannya.

Anak sulungnya, Mahmud (Abu Bekir Taib) dinamakan sebagai ketua pegawai eksekutif, setiausaha dan juga ketua pegawai kewangan syarikat itu.

Kedua-dua dokumen itu didedahkan pada perbicaraan mahkamah yang membabitkan Sakti.

Seperti pendedahan empayar hartanah Taib di luar negara, Sarawak Report menggesa ketua menteri itu supaya menjelaskan kekayaan dan bagaimana beliau mendapat dana untuk menguruskan syarikat-syarikat berkenaan.

“Dengan bukti seumpama itu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah tidak boleh lagi tidak memperdulikan tuntutan supaya siasatan dilakukan ke atas Raja Sarawak yang berambut putih itu?” akhiri artikel itu.-mk

JK munajat royalti: Ulama muda seperti 'balaci' Umno
Sep 29, 10 11:12am

Pengganjur munajat royalti Rakyat Kelantan hari ini menyelar keras tulisan seorang ulama muda Umno - yang berpendapat salah menetapkan angka, masa dan tempat bagi berdoa - memperlihatkan mereka seperti "balaci" parti itu dalam melawan tindakan yang tidak sealiran.

"Diharapkan ulama muda Umno kembali kepada niat asal mereka menyertai Umno seperti yang mereka war-warkan dahulu, iaitu mahu membaiki Umno, dan mahu menjadi penegur Umno," kata jawatankuasa misi tersebut.

Semalam, Fathul Bari Mat Jahya menulis dalam kolumnya di Malaysiakini bahawa menetapkan angka, masa dan tempat bagi doa yang tidak terdapat dalam Al-Quran dan Al-Sunnah adalah perbuatan yang menyanggahi petunjuk Rasul.

Graduan hadis daripada Jordan dan Madinah itu berkata sekiranya rakyat Kelantan merasakan hak mereka dirampas, doa orang yang dizalimi sudah cukup mustajab.

Justeru, Fathul Bari mencadangkan, jumlah RM400 ribu yang dikumpulkan sebaiknya digunakan untuk program ilmiah bersesuaian dengan keadaan masyarakat Islam di negara ini yang ketandusan ilmu dan ulama.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, cadangan itu bersifat umum dan turut ditujukan kepada kerajaan pusat pimpinan BN.

Dalam kenyataan pengerusi bersama jawatankuasa itu Wan Mohd Johari Wan Omar dan Md Zulaimi Kazin hari ini, mereka mempertahankan tindakan menghantar 40 ulama dan tok guru pondok di Kelantan untuk bermunajat di Mekah sebagai tidak bercanggah dengan syariah.

"Kami melihat, tindakan kami ini tidak bercanggah dengan syariah, terutamanya tidak terdapat sebarang larangan nas syarak terhadap tindakan kami ini," kata mereka sambil menambah bahawa ia tidak seperti larangan nyata pengharaman judi bola sepak yang "didiamkan" oleh golongan itu.

Wan Mohd Johari (kiri) dan Md Zulaimi berkata, selari dengan kelebihan menunaikan solat di Masjidil Haram, pihaknya menghantar golongan itu "agar mereka dapat bertawasul dengan amalan soleh sendiri, untuk dimustajabkan doa oleh Allah supaya hak rakyat kelantan dikembalikan."

"Penghantaran 40 orang ulama ini, menggunakan duit derma dan sumbangan orang ramai. Ia tidak ada satu sen pun dari tabung dana kerajaan negeri, yang merupakan harta rakyat Kelantan.

"Keadaan ini tidak sama seperti tindakan kerajaan pusat pimpinan Umno, mengambil dana kerajaan untuk membayar kepada syarikat Yahudi, APCO sebanyak RM 77 juta setahun," sindir mereka.

Jawatankuasa itu juga memaklumkan pada 28 November depan, sebelum bertolak ke Mekah, satu majlis munajat yang sama akan diadakan di suatu tempat di Selangor





Pemuda MIC: Pegawai rasis perlu diajar
S Pathmawathy
Sep 29, 10
4:00pm


Pemuda MIC mahu kerajaan bertindak tegas ke atas semua kakitangan awam yang menghamburkan kata-kata perkauman, agar ia menjadi amaran supaya perkara seumpama itu tidak berulang.

Sehubungan itu, setiausahanya, C Sivarraajah menghantar satu memorandum kepada kerajaan hari ini untuk menuntut tindakan disiplin ke atas beberapa siri kes perkauman yang membabitkan beberapa pengetua, guru dan yang terbaru pegawai kanan Biro Tata Negara.

"Kami mahu tindakan segera ke atas golongan profesional ini...kerana beberapa individu, imej kerajaan dan pentadbiran perdana menteri menjadi pertaruhan,” katanya.

Tindakan displin yang dijanjikan mesti keras bagi mengulangi perkara itu berulang, katanya.

“Sejak kebelakangan beberapa kakitangan kerajaan bertindak melampaui batas dan membuat kenyataan rasis. Adakah trend ini wujud kerana kegagalan Jabatan Perkhidmatan Awam?” soal Sivarraajah.

Lebih 10 ahli majlis eksekutif Pemuda MIC yang diketuai oleh Sivarraajah (kanan), menyerahkan memorandum bantahan itu kepada setiausaha sulit, KSN, Tan Sri Mohd Sidek Hassan - Nordziah Mohamed.

Bulan lalu, pengetua SMK Tunku Abdul Rahman Putra di Kulai, Johor, Siti Aishah Mansor, dilaporkan berkata kepada pelajar Cina bahawa 'mereka tidak diperlukan' dan 'boleh pulang ke China'. Dia juga membidas pelajar India yang menggunakan gelang keagamaan dengan berkata hanya 'anjing yang menggunakannya'.

Seminggu kemudian, pengetua SMK Bukit Selambau di Sungai Petani, Kedah, Ungku Aznan Ungku Ismail, mengeluarkan kenyatan yang hampir sama kepada pelajar Cina.

Jabatan Perkhidmatan Awam yang mengawal-selia tindakan disiplin terhadap pegawai kanan kerajaan masih belum bertindak berhubung perkara itu. Ia berikutan dakwaan timbalan perdana menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang pihaknya tidak mempunyai kuasa untuk bertindak.

Belumpun isu berkenaan reda, Isnin lalu penolong pengarah BTN Hamim Husin pula menimbulkan kontroversi.

Dia didakwa menghina melabelkan rakyat Malaysia berbangsa Cina dan India sebagai 'si sepet mata dan 'si kaki botol'.

Hamim semasa sesi tertutup itu dilaporkan oleh sebuah portal berita sebagai berkata adalah menjadi hak Melayu untuk memerintah negara dan menggesa mereka untuk bersatu mempertahankan hak mereka.

“Hak Melayu adalah untuk memerintah negara. Melayu mesti bersatu menghadapi ancaman,” katanya.

Hamim juga didakwa berkata: “Melayu tidak boleh memerintah sendirian. Sebab itu kita berkawan dengan MCA dan MIC”.
Ahad lalu, Ketua Pemuda MIC, T Mohan mengeluarkan kata-dua kepada kerajaan menuntut tindakan diambil dalam masa dua minggu ke atas mereka itu atau jika tidak menghadapi tindakan undang-undang.

Selain MIC dan MCA, parti-parti Pakatan Rakyat juga membidas kerjaan yang didakwa lambat bertindak






Siasatan terhadap pengetua 'rasis' sudah siap
Abdul Rahim Sabri
Ogos 30, 10
12:03pm


Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kedah telah menyiapkan siasatan berhubung seorang pengetua sekolah menengah di negeri itu yang didakwa mengeluarkan perkataan berbaur perkauman kepada pelajar bukan Islam.

Pengarah Pelajaran Negeri Kedah Shahidan Abd Rahman berkata pihaknya telah menyiapkan siasatan tersebut minggu lepas.

Ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini, beliau kertas siasatan tersebut juga telahpun dihantar kepada Kementerian Pelajaran.

Menurutnya, sebarang tindakan ke atas pengetuan tersebut akan diputuskan oleh pihak kementerian.

Pengetua tersebut didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman dalam majlis perhimpunan rasmi di sebuah sekolah luar bandar di Sungai Petani.

Kata-kata itu diluahkan di depan lebih 500 murid tingkatan satu hingga lima serta kira-kira 45 guru pelbagai kaum semasa membuat teguran terhadap pelajar bukan Islam agar menghormati pelajar Islam yang berpuasa di bulan Ramadan.

Antara frasa yang mencetuskan kontroversi itu ialah "pindah ke negeri lain" dan "balik ke China."

Sementara itu, Shahidan berkata beliau tidak mengenai laporan yang menyebut bahawa pengetua berkenaan dijangka ditukarkan ke sekolah baru mulai 1 September ini.

Beliau berkata, setahunya tiada sebarang rancangan mengenai pertukaran pengetua berkenaan ke mana-mana sekolah.

Namun begitu, katanya, apa juga keputusan yang membabitkan pengetua berkenaan akan diputuskan oleh pihak kementerian