Ahad, 31 Januari 2010

LAH NI BANYAK MSG2 BEGINI SIAPA YANG MENCIPTANYA.....KITA PUN TAK TAHU



baca skiranya anda mngaggap diri anda beragama islam! sebelum kamu baca,saya berjanji untuk menyampaikan mesej ini kepda kawan-kawan saya yang lain dalam lingkungan tiga hari selepas habis membaca surat ini. wahai manusia,adakah iman kamu kuat atau lemah. adakah kamu berani untuk melawan DAJJAL.iman kamu hendaklah kuat dan hendaklah kamu jangan memikirkan kamu kuat.surat-surat berantai,mesej palsu,mesej nasib adalah semua tidak bagus.mempercayai nasib adalah fasik.hendaklah kamu membaca surah al-kahfi setiap masa yang lapang. dajjal akan keluar apabila MasjidilAqsa tidak berazan selama 5 atau 7 hari. kemungkinan pada 21/12/2012. ramai orang fikir itu tarikh kiamat. TIDAK!!!! Nabi Isa tidak turun utuk berdakwah lagi selama 7 tahun!! dajjal ada 30. semuanya akan insaf sebelum mati. dikatakan dajjal benar akanberkuasa selama 44 hari atau tahun. jangan takut... dajjal tidak boleh masuk baitul maqdis,mekah dan madinah. ya'juj dan makjuj tidak muncul lagi. kaum yang telah dkepung dan diperangkap oleh raja zulqarnain dan kaumnya serta membina dinding tinggi yang diperbuat daripada besi dan tembaga. haiwan yang aneh,ad-dabah,tidak keluar lagi.haiwan sepanjang 60 hasta ini membawa tongkat Nabi Musa dan cincin Nabi Sulaiman. matahari masih tidak terbit dari tempat terbenamnya bermakna pintu taubat masih terbuka. kekurangan gempa bumi dan gunug berapi mengakibatkan tekanan pada bumi lalu mereka bencana terbesar di dunia. laut akan kering dan menjadi gurun. neraka jahannam akan terbuka pintunya. kiamat akan berlaku apabila tiada orang menyebut nama ALLAH. sebarkan kepada orang lain terutamanya umat islam. sesunguhnya kiamat adalah jari hantu dan kelahiran Rasul Allah SAW adalah jari telunjuk.betapa dekatnya kiamat itu.sebarkan lah kerana kamu telah berjanji di awal surat ini. jika kamu tidak menghantar surat ini seperti janji yang kamu telah kotakan. sesungguhnya orang yang mungkir janji dia adalah munafik. dan orang munafik dimurkai ALLAH!!!!!!

LAH NI MACAM2 BENTUK DAN STYLE@GAYA MSG2 BEGINI TIDAK TAHU MANA DATANG DAN SIAPA YANG MENCIPTANYA....TIADA SANDARAN QURAN MAUPUN HADIS.....MALAH KADANG2 BERTENTANG DENGAN DENGAN HADIS DAN QURAN .....SAMPAI KITA TIDAK FAHAM DAN RAGU2......DAN TAK BOLEH KOMEN@ULAS

ELOK PERKARA2 BEGINI DIRUJUKAN PADA YANG LEBIH ARIF SOAL2 BEGINI....ELOK KITA PI MASJID2@SURAU2 BELAJAR AGAMA...JANGAN MAIN BELASAH AJA.

KDG2 YANG MENYEBARKAN MSG2 RAGU2 KEBENARANNYA INI...KADANG2 SALAH PUN... DARI ORANG2 YANG PENAMPILAN DIRINYA PUN MERAGUKAN JUGA...MACAM ORANG YANG CULAS PADA AGAMA DAN SOLAT....

KEMUNGKINAN TAK PI MASJID2@SURAU2 UNTUK BELAJAR ILMU AGAMA ATAU MEMANG TAK PERGI LANGSUNG KECUALI SOLAT JUMAAT DAN HARI RAYA..

CUMA NAK BERITAU KEPADA ORANG YANG IA JUGA TAHU AGAMA DAN PRAHATIN TERHADAP ISLAM..
.




CUBA KITA RENUNG DENGAN HATI YANG TENANG DAN BERSANGKA BAIK







Ibn Taimiyyah

Walaupun al-Qaradawi tidak fanatik kepada mana-mana tokoh, namun ini bukan bererti tiada tokoh kesayangan atau tokoh yang beliau kagumi. Dr al-Qaradawi pernah menyebut

Al-Imam Ibn Taimiyyah ialah daripada kalangan ulama umat yang aku sayangi, bahkan barangkali dialah yang paling jantung hatiku sayangi di kalangan mereka dan paling dekat kepada pemikiranku” (Al-Qaradawi, Kaif Nata‘amul ma‘a al-Sunnah, m.s. 170, Mesir: Dar al-Wafa).

Hampir kesemua buku-buku Dr al-Qaradawi dipenuhi nukilan dari Syeikhul Islam Taimiyyah (meninggal 728H) dan muridnya al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H). Ini kerana dua tokoh agung ini terkenal dengan usaha tajdid membangunkan semula umat dan membebaskan mereka dari daerah fanatik, jumud dan ‘malas berfikir’.

Kata al-Qaradawi dalam al-Thaqafah al-‘Arabiyyah al-Islamiyyah:

“Ibn Taimiyyah dan institusinya adalah salafis. Mereka itu benar-benar tokoh tajdid (revival). Tiada seorang pun yang cuba menafikan pemikiran tajdid mereka, melainkan dia seorang yang keras kepala.” (m.s 59, Kaherah: Maktab Wahbah).

Golongan fanatik mazhab seperti Ahbash membantah beliau kerana suka merujuk kepada Ibn Taimiyyah. Kata al-Qaradawi: “Termasuk perkara yang pelik, mereka golongan Ahbash ini mentohmah aku ini wahhabi dan taksub dengan para imam Wahhabi, kerana seringkali aku apabila bercakap mengambil daripada Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim dan madrasah mereka berdua, mereka (Ahbash) menuduh Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim ini menyalahi ijma’ dalam persoalan ini dan itu..”.

Di Malaysia, kelompok anti-Ibn Taimiyyah bersarang di sesetengah pondok, jabatan agama dan beberapa institusi yang lain. Ada yang keluar dalam TV dan akhbar menyesatkan Ibn Taimiyyah, bahkan mengkafirkannya. Jika mereka baca karya al-Qaradawi tentu tuduhan yang sama akan dikenakan kepada beliau.

Maka al-Qaradawi juga tidak terlepas dari berbagai tohmahan. Beliau pernah dituduh sebagai liberalis, wahabis dan berbagai lagi. Tuduhan itu datang dari berbagai, samada kelompok fanatik mazhab, fanatik tarekat, juga yang aliran salafi jalur keras yang jumud. Bahkan ada buku yang melebelnya sebagai ‘anjing yang menyalak’.

Dalam masa yang sama Barat juga melancarkan permusuhan dengan beliau. Ini kerana beliau bekerja untuk Islam, menulis, berceramah dan merancang. Sebelum al-Qaradawi menjadi ‘gergasi’ dengan nama yang besar seperti sekarang, beliau juga pernah memasuki penjara. Bahkan ketika ini pun ada negeri yang tidak membenarkan beliau masuk. Demikian hari-hari yang mesti dilalui dalam melakukan agenda dakwah dan pembaharuan. Seorang tokoh itu tetap tokoh dan akan ada yang membelanya

untuk lebihan ilmiah sila layari MINDA TAJDID....

oleh Dr Dato' Mohd Asri



ini pandangan saya yang jahil lagi lemah

Maksudnya mereka ditugas untuk menjaga kaabah....jika kita baik dari mereka kenapa kita tidak beri tugas menjaganya.Berat kita menuduh orang sesat tanpa beri peluang mereka membela diri.Maksudnya....maka salahlah juga Allah menletakan Kaabah di Mekah dan mereka menjaganya.Saya yang jahil bukan nak berdebat dan nak menang...Lihatlah dan muhasabah diri kita dengan sehalus2nya ...

Ulang semula...... buatlah solat sunat istiharah mohon pertunjuk dari Allah swt.

Duduk semeja berbincang ...bagi mereka menjawab segala tuduhan dari kita atau mana2 pihak...

ramai kalangan kita belajar disana...dan kesana untuk menunaikan haji.....dan kita juga bangga jika ada kalangan kita yang belajar dan duduk Mekah dalam masa yang lama.Dan ramai yang bercita hendak meninggal disana.

renungkanlah

hamba yang jahil lagi lemah



JANGAN KITA TUDUH MELULU........




salamu 'alaik sahabat2 smua....
fahaman wahabi sudah mula menular ke serata tempat...
wajib atas kita sebagai umat ISLAM berpegan dengan akidah yang sebenar lagi jazim iaitu akidah Ahlu Sunnah Wal Jama'ah...
mereka (wahabi) berfahaman bahawa "Allah Ta'ala duduk di atas 'Arasy"..di sisi Ahlu Sunnah Wal Jama'ah..haram mengatakan begitu kerana jika demikian, maka menyerupai makhluk-Nya...dalam al-Quran ada menyebut "Laisa Kamislihi Syai" .."Allah Ta'ala tidak menyerupai sekalian makhluk-Nya..tidak ada bagi-Nya arah sama ada atas, bawah, kanan, kiri, depan, belakang & sebagainya kerana arah adalah untuk makhluk-Nya...jadi berhati2 lah....SELAMATKAN AKIDAH UMAT ISLAM..

diatas adalah sms@email....yang mungkin kita terima....

Allah sahaja Maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana.
Berpegang kepada Quran dan Hadis kamu akan selamat..rgksan al hadis.
Tidak elok menuduh melulu tanpa ilmu.
Jika kita matang...panggil ulamak mereka bagi peluang mereka menjawab.
Merekalah yang di amanah Allah untuk menjaga Kaabah....bukan yang lain.
Merekalah menjadi imam2 semasa kita berada di Mekah
Selagi mereka solat kita tidak boleh tuduh sesat dan hukum apa2 gelaran ...atau perkara2 yang menyinggung peresaan mereka.....
Ini saja direka oleh pihak musuh2 Islam@syaitan supaya kita berpecah belah....
Ingat maksud hadis....umatku(Nabi Muhamad saw) terbahagi 73.....hanya satu masuk syurga
yang 72 semuanya masuk neraka......(ia kabur...semua mengaku gulungan yg satu itu)
Saya Jahil....mengambil jalan tengah...
Mungkin Yang di maksudnya bukan bertempat... tetapi menunjukkan Kebesaran dan KeAgongan Allah yang bersifat Maha Esa...(bersangka baik kan dituntut dalam Islam)
Jangan rendah pendapat Ibnu Tamiyyah...beliau gulungan ulamak yang tersohor
Aku(Rasullullah saw) jamin Islamnya selepas 300tahun selepas aku wafat....ringkasan al hadis.
Jika kita buntu...nak juga menang...solat isthirah mohon pertunjuk dari Allah swt...
tak boleh mendabik dada kalau kita tahu satu dua ilmu sahaja....
maaf dari saya hamba yg jahil lagi lemah
Allah swt lah Yang Maha Mengetahui Segalanya.

Sabtu, 30 Januari 2010

TIADA YANG MUSTAHIL BAGI ALLAH SWT

DUNIA

Nenek buta pancing ikan keli gergasi


GAMBAR yang disiarkan di akhbar daily Telegraph menunjukkan Penfold bergambar dengan ikan keli yang ditangkapnya.


BARCELONA - Seorang nenek berusia 54 tahun dari Britain dan buta sebelah matanya, Sheila Penfold mencipta rekod untuk wanita apabila dia berjaya memancing seekor ikan keli terbesar seberat 97 kilogram (kg) di Sepanyol, lapor akhbar Daily Telegraph semalam.

Dia yang dibantu suaminya, Alan, dan anaknya, Arthur memancing ikan, mengambil masa selama 30 minit bergelut untuk menariknya ke atas tebing semasa dia memancing di Sungai Ebro dekat sini baru-baru ini.

Jawatankuasa Rekod Perikanan Britain mengesahkan, tangkapan itu adalah yang paling besar dilakukan oleh seorang wanita Britain mengatasi rekod sebelum ini oleh Bev Street, 46, yang pernah memancing ikan keli dengan berat 32kg.

Ia juga merupakan rekod bagi wanita yang memancing ikan di Sepanyol namun keluarga itu melepaskan ikan tersebut kembali ke dalam sungai.

Keluarga tersebut yang tinggal di Wandsworth, London mendakwa ikan keli itu berukuran 2.48 meter panjang dan mereka memancing dari tebing sungai dengan menggunakan tiga batang joran yang berasingan. - Agensi

BAGAIMANA KITA MASIH KITA MASIH RAGU2 KEKUASAN ALLAH SWT

DUNIA

Nenek ditemui hidup - Selepas seminggu terperangkap di celah runtuhan


ZIZI meneguk air selepas dia dibawa keluar dari celah runtuhan sebuah gereja di Port-au-Prince kelmarin.


PORT-AU-PRINCE - Seorang wanita warga emas, Ena Zizi antara empat mangsa yang masih hidup dan berjaya diselamatkan kelmarin setelah dia terperangkas dalam runtuhan sebuah bangunan selama seminggu akibat gempa yang melanda Haiti pada 12 Januari lalu.

Nenek berusia 69 tahun itu ditemui terperangkap di sebuah gereja Roman Katholik di sini oleh pasukan penyelamat Mexico namun paderi Joseph Serge Miot yang berada dekat dengan wanita tersebut ketika gempa pada minggu lalu ditemui terbunuh.

Zizi berkata, sewaktu bencana, dia menghadiri satu pertemuan keagamaan di kediaman biskop Haiti di gereja tersebut dan semasa tertimbus, wanita itu menghabiskan masa dengan berdoa dan menunggu untuk diselamatkan.

"Saya bercakap kepada tuan saya, iaitu tuhan dan berkata, saya tidak memerlukan lagi manusia," katanya yang sempat bercakap dengan seorang paderi di bawah runtuhan sebelum lelaki itu akhirnya senyap menandakan dia meninggal dunia.

Doktor yang memeriksa Zizi mendapati mangsa itu mengalami nyahhidrat selain patah kaki dan terkehel pinggul manakala pasukan penyelamat bertepuk tangan sambil bersorak semasa melihat wanita itu dibawa keluar dari runtuhan.

Dua wanita lain berjaya diselamatkan dari sebuah bangunan universiti yang musnah dan menjelang tengah malam kelmarin, seorang wanita, Lozama Hotteline, 26, antara mangsa terbaru masih hidup dan berjaya dibawa keluar.




Dia ditemui di sebuah kedai runcit yang runtuh di kawasan kejiranan Petionville di sini oleh pasukan bantuan penyelamat Perancis dan pihak berkuasa Haiti berkata, setakat ini hampir 100 orang sudah berjaya diselamatkan.

Menurut sebauh stesen radio Perancis semalam, beberapa anggota penyelamat berjaya menarik keluar seorang bayi perempuan berusia tiga minggu dari celah runtuhan.

Bayi itu ditemui di sebuah leluang sempit di celah runtuhan sebuah rumah di bandar Jacmel. Menurut bapa saudara bayi itu, anak saudaranya itu berumur 23 hari.

Bayi itu kini berada dalam keadaan sihat dan dia tidak mengalami sebarang kecederaan.

Setakat ini seramai 121 orang berjaya ditarik keluar dari celah runtuhan sejak gempa bumi kuat berukuran 7.0 pada skala Richter melanda Haiti dengan gnggaran lebih 200,000 orang terbunuh. - Agensi

GERHANA MENUNJUKKAN KEBESARAN ALLAH SWT DAN ADANYA SOLAT SUNNAT GERHANA

PESONA

Gelagat ketika gerhana

Suatu ketika dahulu gerhana matahari menjadi ketakutan dunia kerana wujudnya pelbagai mitos menakutkan. Hari ini gerhana matahari disambut seperti satu pesta.


FENOMENA gerhana matahari menjadi satu festival unik di seluruh dunia.


GERHANA matahari adalah fenomena semesta yang jarang sekali berlaku. Kegelapan yang dialami di rantau tertentu di bumi sebenarnya adalah laluan bayang-bayang bulan, lantaran cahaya matahari yang terhalang olehnya.

Ini bermakna, gerhana matahari berlaku apabila matahari, bulan dan bumi berada dalam kedudukan sebaris. Bulan akan terletak di tengah-tengah antara matahari dan bumi.

Jenis gerhana yang biasa berlaku adalah apabila kedudukan bulan berganjak sedikit menjauhi titik nod, jadi sebahagian cakera bulan menutupi matahari.


AHLI puak Masai di Kenya ini menggunakan gogel khas untuk menyaksikan fenomena gerhana matahari.


Ekoran daripada fenomena yang berlaku pada pertengahan bulan lalu, dan ditambah dengan laporan awal dalam media, khalayak di seluruh dunia tentu tidak melepaskan peluang untuk menyaksikannya.

Kejadian gerhana disaksikan melalui pelbagai cara dan tafsiran. Tidak hairanlah jika segelintir masyarakat di Asia menjadikan hari berlaku gerhana sebagai hari yang paling bermakna.

Di India misalnya, penduduk di sana telah menjadikan hari berlaku gerhana dengan melakukan ritual berjalan di laluan sempit di kota suci, Varanasi. Ada ramai lagi yang membasahkan diri dalam Sungai Ganga sambil melagukan kata-kata, Hare Ram berulang kali.


DUA orang sami muda tidak melepaskan peluang melihat fenomena yang jarang berlaku itu.


Sementara itu, penduduk di China turut tidak melepaskan peluang menyaksikan kejadian gerhana matahari. Beberapa kawasan di dunia termasuk di selatan China, selatan India, Sri Lanka dan Myanmar menyaksikan gerhana matahari penuh.

Mereka meraikannya dengan berkumpul di sepanjang benteng bandar perindustrian, Wuhan. Di mana-mana pun, lokasi yang biasa serta-merta berubah seperti pesta!

Mitos


KIRI ATAS : SEORANG warga emas di Taiwan teruja melihat fenomena gerhana matahari, KANAN ATAS : SAKSI lucu seorang lelaki di India yang berbaring di atas tanah,KIRI BAWAH : PENGGUNAAN alat yang betul mengelakkan mata daripada rosak ,KANAN BAWAH : SEORANG lelaki di India menggunakan peluang 11 minit menyaksikan gerhana matahari .


Tidak ketinggalan juga, ada yang telah merencana agenda lebih awal untuk mengunjungi destinasi yang menawarkan perkhidmatan mencerap gerhana. Selalunya, lokasi-lokasi khas itu menyediakan peralatan cerapan canggih yang memberi imej lebih jelas dan selamat.

Tidak kira pelancong atau penduduk setempat di benua mana pun di atas muka bumi ini, masing-masing tidak akan melepaskan peluang mendapatkan sekurang-kurangnya cermin mata gelap untuk melihat bentuk matahari yang luar biasa.

Di sebalik kisah gerhana, ada juga cerita mitos mengenai fenomena itu. Di Jepun, mereka percaya bahawa waktu gerhana matahari mempunyai racun yang akan tersebar ke bumi. Maka, untuk menghindarkan air di bumi daripada terkena racun, mereka menutup perigi-perigi mereka.

Mitos gerhana matahari juga meluas ke Eropah. Dikhabarkan, Raja Louis dari Perancis meninggal dunia setelah mengamati gerhana matahari. Kononnya, punca kematian beliau adalah kerana begitu tertekan dan takut ketika kegelapan selama lima minit.

Namun, rata-rata masyarakat moden pada masa kini kurang mempercayai mitos yang pernah disampaikan oleh nenek moyang mereka. Sebaliknya, masyarakat menjadikan hari gerhana itu sebagai satu festival yang dikongsi masyarakat seluruh dunia.

Bagaimanapun, semua orang diingatkan supaya tidak melihat gerhana matahari secara terus kerana pendedahan yang lama mampu merosakkan bahagian sensitif dalam mata.

Antara alat yang digunakan untuk mencerap gerhana termasuklah teleskop dengan penuras suria, skop solar, projektor pinhole dengan kotak panjang atau dua keping kadbod, serta kamera pinhole dengan pokok teduh dan kaca mata gerhana.

Ada sesiapa terlepas peluang baru-baru ini untuk menyaksikan fenomena hebat itu? Untuk ulangan fenomena tersebut, saintis meramalkan gerhana matahari penuh akan berlaku sekali lagi pada tahun 2042.

CUBA RENUNGKAN DAN FIKIRKAN DIMANA SALAHNYA

Kisah si anak derhaka

Jenayah anak terhadap ibu bapa mesti dibendung.


HATI Tumi remuk apabila anak tunggalnya enggan mengakuinya sebagai ibu.


“SELEPAS kedua-dua kaki saya dipotong, bukan kata-kata semangat yang saya terima. Sebaliknya, setiap hari saya dicemuh dan dihina kerana menyusahkan mereka.

“Isteri dan anak-anak menganggap saya sebagai beban apatah lagi apabila saya kerap minta bantuan mereka untuk bergerak atau menguruskan diri.

“Kadang-kadang, kewujudan saya di rumah seperti tidak dipedulikan. Saya menjadi penagih simpati daripada isteri dan anak-anak sedangkan selama ini tulang empat kerat ini yang memberi mereka makan,” luah Othman Ismail, 70.

Hidup pesara kerajaan ini dahulunya meriah dengan gelak tawa isteri dan dua pasang cahaya mata.

Walaupun tanpa kemewahan yang melimpah ruah, ia cukup membuatkan hatinya bahagia apabila anak-anaknya berjaya, malah ada yang melangkahkan kaki ke universiti.

Potong kaki

Namun, apabila disahkan menghidap penyakit kencing manis dan kaki kanannya dipotong pada tahun 2002, kehidupan Ismail mula berubah.

Keadaan lebih teruk apabila sebelah lagi kakinya mengalami nasib sama pada 2005.

“Masa itu layanan terhadap saya bertambah buruk. Makan hati juga dengan sikap mereka tapi saya tahankan sahaja. Takut kalau saya berkeras mereka akan tambah keras dengan saya.




“Bila ada anak yang boleh terima saya, menantu pula yang masam muka dan kadangkala saya menjadi punca pertengkaran antara mereka.

“Akhirnya saya ditinggalkan di rumah seorang diri. Sukarnya hidup masa itu hanya Allah yang tahu. Mujur ada seorang rakan yang prihatin dan mengambil saya untuk tinggal bersamanya.

“Lebih kurang setahun menumpang di rumah kawan, dia ada mencadangkan supaya saya memohon masuk ke Rumah Ehsan kerana saya memerlukan penjagaan yang lebih sempurna,” kata penghuni rumah jagaan warga emas yang dikhususkan untuk pesakit melarat itu.

Selepas memasuki Rumah Ehsan di Kuala Kubu Bharu, Selangor pada Ogos 2008, jiwa Ismail mulai tenang. Baginya, dia sudah tidak perlu lagi menahan perasaan dan berlakon pura-pura sihat sebaliknya masa tuanya sekarang banyak dihabiskan dengan mengabdikan diri pada Yang Maha Esa.

Baginya, tiada apa yang diharapkan dari hari esok selain kunjungan daripada anak-anak.

“Saya memang berharap mereka yang datang, tapi saya juga bersedia jika menutup mata tanpa sempat bertemu mereka, seperti rakan-rakan yang lain.

“Saya juga tidak marah jika mereka enggan mengurus jenazah saya dan hanya mahu menuntut surat kematian saya,” tuturnya sayu.

Tak mengaku ibu

Kebelakangan ini cerita anak tidak mengaku ibu dan membuang bapa yang sakit melarat semakin banyak tersiar di dada akhbar-akhbar tempatan.

Jumaat lalu misalnya, Kosmo! memaparkan nasib malang Tumi Wongsoruju, 52, yang berasal dari Kuching, Sarawak.

Dek kerana rindu yang menggunung, beliau yang sudah tiga tahun tidak mendengar sebarang berita mengenai anak tunggalnya, sanggup berhutang dengan saudara-mara semata-mata untuk membeli tiket penerbangan ke Kuala Lumpur bagi menjejaki anaknya itu.

Dengan hanya duit poket sebanyak RM150 dan alamat tidak lengkap sebuah kawasan perumahan di Serdang, beliau nekad menyusuli anaknya.

Usaha ibu ini berhasil apabila beliau berjaya menemui anaknya pada malam Khamis lalu. Bagaikan tidak sabar si ibu ini untuk menatap wajah anak yang selama ini ditunggu kepulangannya.

Begitupun, rasa teruja Tumi tidak bertahan lama. Sebaik sahaja menatap wajah anaknya, bukan pelukan yang diterima sebaliknya telinganya ditujah dengan kata herdik daripada menantunya.

“Apa yang lebih memilukan hati, anak saya enggan mengaku saya ibu yang mengandungkannya,” ujarnya dengan air mata berlinangan.

Diibaratkan sebagai tanggang moden, baik kisah Othman mahupun Tumi, ia sepatutnya tidak berlaku apatah lagi dalam masyarakat yang kaya dengan adat dan budaya menghormati ibu bapa.

Pukul ibu bapa

Melihat kepada statistik jenayah dilakukan anak kepada ibu bapa antara 2005 hingga 2009, jumlah kes yang dilaporkan biarpun kecil namun ia tetap membimbangkan.

Antara kes-kes yang dilaporkan ialah anak melawan ibu bapa, memukul, menghalau dari rumah, menzalimi, mencuri harta dan membakar rumah.

Ini belum termasuk kes anak tidak sanggup memelihara orang tua sendiri lalu dihantar ke rumah penjagaan orang tua-tua.

Dari saat dimasukkan sehingga meninggal, boleh dikira dengan jari berapa ramai anak yang melawat, selebihnya hanya melepas tangan.


JIWA Othman semakin tenang di Rumah Ehsan. Biarpun terlantar ditemani rakan senasib, sekurang-kurangnya beliau tidak dicerca oleh anak-anaknya.


Mungkin ia kes Si Tanggang moden yang biasa kita dengar? Baru-baru ini, penulis melihat sendiri bagaimana seorang ibu bersumpah tidak akan memaafkan anak lelakinya yang tergamak memukul dan memperkosanya.

Tidak dapat dibayangkan bagaimana remuknya hati si ibu sehingga sanggup tidak mengampunkan anaknya sehingga si anak datang melutut kepadanya.

Terdetik di dalam hati, di manakah tempat anak itu kelak apabila meninggal dunia? Ia sesuatu yang tidak mampu untuk dibayangkan oleh insan yang menyanjungi jasa dan pengorbanan seorang ibu.

Mereka tidak mengharapkan wang ringgit daripada anak sebaliknya kasih sayang dan perhatian. Mungkin benar kata orang, seorang ibu atau bapa boleh menjaga 10 anak, tetapi seorang anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu dan bapa.

Bagi mereka yang bergelar anak, jangan dilupakan kasih sayang si ibu dan pengorbanan si bapa. Jika mereka sudah menutup mata, tidak apa yang boleh disesalkan lagi.

GUNAKAN BLOG UNTUK MENYEDARKAN MANUSIA KEPADA PENCIPTA IAITU ALLAH SWT BUKAN PERKARA YANG ALLAH SWT TEGAH

Juruteknik didakwa hina Almarhum Sultan Johor


KHAIRULIZAM ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Seremban semalam atas tuduhan menghina Almarhum Sultan Iskandar.


SEREMBAN - Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan menghina Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail di dalam blog adukataruna.blogspot.com.

Tertuduh, Khairulizam Abdul Ghani, 29, yang bekerja sebagai juruteknik membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zambri Bakar.

Mengikut fakta kes, tertuduh melakukan kesalahan itu dengan memuat naik ayat-ayat yang mempunyai elemen-elemen menghina Almarhum Sultan Johor menggunakan laman blog itu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di antara pukul 7.25 malam hingga 9.05 malam di No. 297 Rumah Rakyat Panchor di sini pada 22 Januari lalu.

JELAS ALLAH SWT LAH YANG MENGHIDUPKANNYA


GAMBAR menunjukkan beberapa kakitangan perubatan merawat Etienne di kapal tentera laut Siroco, Port-au-Prince pada Rabu lalu.

tidak makan, minum 15 hari

PORT-AU-PRINCE - Doktor-doktor terkejut apabila seorang remaja perempuan berusia 16 tahun, Darlene Etienne berada dalam keadaan stabil kelmarin selepas 15 hari terperangkap di bawah runtuhan tanpa makan dan minum.

"Faktor semula jadi selalu memeranjatkan kita," kata ketua perubatan pasukan pertahanan awam Perancis di Haiti, Claude Fuilla selepas mereka berjaya membawa keluar mangsa dari sebuah bangunan yang runtuh di sini pada Rabu lalu.

Jiran-jiran menemui Etienne sebelum memaklumkan kepada pihak penyelamat antarabangsa namun mangsa menderita kehilangan air dalam badan dan kini menerima rawatan di sebuah kapal tentera laut Perancis, Siroco di perairan Haiti.

"Saya tidak mampu menjelaskan secara perubatan tetapi gadis itu memberitahu saya bahawa dia tidak makan atau minum dan terperangkap sejak 12 Januari lalu," kata ketua doktor di atas kapal Siroco, Evelyne Lambert.

Etienne dalam keadaan baik serta sudah mampu untuk tidur dan Lambert berkata, mangsa mengalami beberapa masalah kerana dia tidak dapat bergerak dalam tempoh lama semasa terperangkap menyebabkan kakinya berasa sakit.

Namun, kakinya kini telah dapat digerakkan.

Sementara itu, seorang pegawai pejabat penyelaras kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, Elisabeth Byrs berkata, bekalan ubat semakin kurang sekali gus mengancam kesihatan 200,000 penduduk yang memerlukan rawatan.

Seorang jurucakap Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC), Joe Lowry berkata, sistem penjagaan kesihatan Haiti musnah teruk apabila ramai petugas terbunuh atau cedera manakala banyak hospital dan stok perubatan yang musnah.

Seorang pegawai tentera Amerika Syarikat (AS), Douglas Fraser memberitahu, kapal hospital tentera laut AS, USNS Comfort sudah mencapai had penuh apabila merawat lebih 3,000 pesakit.

Pihaknya merancang untuk mendirikan pusat baru yang dapat menampung 5,000 pesakit di sebidang tanah di Haiti.

Gempa bumi yang melanda pada 12 Januari lalu menyebabkan lebih 200,000 orang dianggarkan terbunuh manakala 170,000 mayat sudah dikebumikan atau dibakar.


Ini menunjukkan maut@ajal dan segalanya hak Allah swt

HakNYA tidak siapa boleh ganggu gugat

Fikirkanlah.

BAGAIMANA ....PERKARA INI BOLEH TERJADI@BERLAKU



BANTING: Memalukan apabila seorang ustazah dan guru wanita di sebuah sekolah rendah di sini bergaduh sesama sendiri dengan disaksikan pelajar dan guru lain di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi, ustazah berusia 40-an dan guru Matematik berusia 24 tahun dikatakan ‘bergusti’ selepas berlaku salah faham ketika berada di kantin sekolah. Difahamkan, guru muda terbabit terpaksa melarikan diri sambil dikejar sehingga ke padang sekolah sebelum ditampar dan bergelut dengan ustazah terbabit. Sumber berkata, kejadian itu dipercayai berpunca daripada dendam ustazah berkenaan sejak setahun lalu selepas anaknya yang diajar guru terbabit dipukul dengan pembaris kerana melakukan kesalahan. Bagaimanapun katanya, tindakan guru itu menimbulkan perasaan tidak puas hati ustazah itu sehingga membawa kepada pergaduhan. “Guru muda itu dikatakan dikejar sehingga ke padang sekolah sebelum dia ditampar, dipukul dan bergelut dengan ustazah itu. “Insiden itu berlaku beberapa minit dan dipercayai turut disaksikan pelajar yang sedang melakukan aktiviti luar sebelum beberapa guru lain berjaya mententeramkannya,” katanya di sini, semalam. Difahamkan, kejadian itu kali pertama berlaku di sekolah berkenaan, bagaimanapun kejadian itu boleh menimbulkan implikasi negatif kerana ia disaksikan pelajar. Susulan kejadian itu, guru Matematik itu kemudian membuat satu laporan polis kira-kira jam 10 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat berhubung kejadian itu. Kedua-dua guru berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan, bagaimanapun difahamkan mereka sudah dipanggil pentadbir sekolah untuk mendapatkan penjelasan mengenai kejadian itu kerana ia mula menjadi buah mulut. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohamad Radzi Ishak ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu. “Saya difahamkan kedua-dua guru terbabit pernah berselisih faham sebelum berlaku kejadian ini. “Bagaimanapun ia dapat dikawal dan diselesaikan secara baik oleh pihak sekolah,” katanya.

macam mana boleh berlaku....metro 29/1/10

Jumaat, 29 Januari 2010

TENTANG ROKOK ADA MASIH KITA KATA MAKRUH




Fatwa kepada menghisap rokok,kenapakah ia menjadi haram ?.Rokok memang memudaratkan kesihatan kepada sesiapa sahaja yang menghisapnya, oleh itu ia bukan lagi bertaraf makruh tetapi lebih dari itu.Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun, setiap sedutan, menyerupai satu sedutan maut. kandungan asap rokok mengandungi bahan radioaktif (Polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (Acetone), pencuci lantai (Ammonia), ubat gegat (Naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (Arsenic), gas beracun (Hydrogen Cyanide) yang digunakan di "bilik gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati.

Tar yang terdapat dalam rokok mengandungi bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti Benzopyrene iaitu sejenis Policyclic Aromatic Hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser.

Karbon Monoksida adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%.Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia, ianya akan membawa kerosakkan pada setiap organ disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghazaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing.

Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok. Hampir satu perempat mangsa pesakit jantung berpunca dari tabiat merokok.Nikotin, seperti juga dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbi dan menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin dilihat dengan gejala gian,berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali.Memang terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya, kecuali dengan ikhtiar yang serius.

Nicotine Withdrawal Syndrome dapat dikesan dengan simptom:
• Mudah marah
• Tertekan
• Resah gelisah
• Tidak dapat berehat dengan cukup
• Tidak dapat menumpukan perhatian
• Selera makan meningkat
• Keinginan untuk merokok semula
• Tidak dapat tidur
• Degupan jantung yang lemah

Semua simptom ini dapat diatasi melaui penggunaan Nicotine Replacement Therapy (NRT) yang boleh didapati di farmasi melalui nasihat doktor.

Kesan-kesan buruk dikaitkan dengan merokok adalah
• Barah paru-paru dan berbagai jenis kanser
• Kelelahan akibat COAD dan emphysema
• Sakit jantung
• Kerosakan pada salur darah spt Peripheral Vascular Diseases
• Kanser pundi kencing
• Air mani tidak normal
• Lemah ingatan
• Meningkat risiko anak yang di kandung, terbantut perkembangan, sistem pernafasan pada bayi terganggu




Font family
Font size







Ahad, 24 Januari 2010

SOLAT WITIR




solat witir

Solat ini jenis solat sunat... iaitu sunat dikerjakan@dibuat....

Biasanya dan macam satu kemestian dilakukan pada bulan ramadhan selepas lepas solat taraweh maka diikuti solat witir...

Cuma lepas ramadhan ramai yang meninggalkannya...dan ada yang meneruskanya...

Caranya

Sedia maklum....macam solat sunat yang lain ,cuma....

1.Dibuat ganjil rakaatnya....iaitu...1,3,5,7,9,11.

2.Dibuat dua rakaat, dua rakaat kemudian satu...

3.Sepanjang atau paling banyak boleh dilakukan hanya 11 rakaat.

4.Sekurangnya satu rakaat tapi tidak digalakkan sangat...walaupun ia boleh dibuat...peringkat permulaan bolehlah untuk mencuba...

5.Waktunya lepas solat Isyak...bererti tidak sah jika dibuat sebelum solat Isyak samalah macam solat taraweh.

6.Biasanya dibuat sebagai penutup solat2 dikerjakan waktu malam hari seperti solat tahjud..dll.

7.Ia boleh dibuat terus selepas solat Isyak...sebagaimana pada bulan ramadhan kita buat itu..

8.Caranya sama dengan solat sunat yang lain...

Kelebihan

1.Memang ia amalan Rasullullah saw...dapat sunat dan sunnah sekali

2.Jika dilakukan selepas solat hajat ia sangat baik....hajat kita makbul...InsyaAllah.

(baik lagi sebelum solat hajat lakukan solat taubat dahulu)

3.Mendapat hadiah kedua(macam hamper...tidak tahu pula di dalamnya)

Ini ada diterangkan..Allah menyediakan setiap hari dua hadiah....

a.Orang yang solat berjemaah pada setiap waktu ( 5 waktu )....ini hadiah pertama.

b.Orang yang solat witir.....ini hadiah kedua.

4.Dan banyak lagi kelebihan solat witir ini.....

selamat melaksanakan...

peringatan

sila jumpa ustaz atau ustazah yang berdekat....untuk mengetahui lebih terperinci...

diatas terlalu ringkas....ibadah biar berguru...wajib

saya cuma mengalih bisnes bukan dunia semata2...tapi akhirat yang kek

Ahad, 17 Januari 2010

ORANG YANG BIJAKSANA







Orang bijaksana itu orang sering@selalu mengingati mati...ringkasan maksud hadis....kerana mereka sedar bahawa dunia ini sementara.Iaitu tidak kekal....jadi tidak perlu berebut2....atau menjadikan terlalu cinta kepada dunia...dan mengakibatkan takut kepada mati.Ramai orang suka digelar bijaksana.Menyebabkan berebut2 belajar hingga tahap kedoktoran falsafah(dr).Mungkin bila dapat rasa puas.Bijaksanalah jika mereka ini sering mengingati mati.Jika tidak belum sampai tahap kepada bijaksana.

Ingat penulis satu cerita yang mana seorang perempuan yang susah beranak.Maka berjumpa ia kepada seorang doktor.Setelah diperiksa...maka kesimpulan doktor itu mengatakan ia ada penyakit...bahawa hanya mampu hidup tiga bulan sahaja,iaitu kematiannya sangat hampir.Hanya berpeluang hidup dalam masa tiga bulan sahaja.

Maka pulang ia dengan kerisauan yang amat sangat.Tetapi ia bijaksana tidak kecewa malah memikirkan yang positif. Walaupun kerisauan yang amat sangat dirasainya tetapi ia menghabiskan masa untuk beribadah kepada Allah...dengan menjaga segala kewajipan disamping memperbanyakkan amalan2 sunnat.Menghabiskan masa dengan berfaedah agar syurga yang dihajati tercapai.Ia telah memikirkan alam barzakh dan padang masyhar, yang begitu kehadapan dengan memikir dua alam yang akan ditempuhinya.Tidak lagi memikirkan lagi tentang hari tua sahaja tetapi lebih jauh dari itu.

Apabila telah sampai tiga bulan ia dapati masih hidup.Syukur ia pada Allah.Maka ia pun berjumpa doktor semula.Alangkah terkejut apabila doktor itu mengatakan itu hanya satu muslihat.Cerita itu saja direka agar ia risau dan susah hati.Supaya badan kurus sedikit sebab memikirkan kematian.Ia dapati badan terlalu gemuk agak sukar mendapat anak.Mudah2an dengan izin Allah selepas ini ia boleh mendapat anak setelah badannya sedikit kurus.

Dari cerita diatas ada dua pengajaran...iaitu ada baik kita tidak terlalu bertanya...jika ia bertanya atau mendesak doktor itu,apakah sebab kematiannya kian hampir...sudah tentu tektik doktor itu gagal.Maka badannya tidak dapat kuruskan.Kedua pula dengan memikirkan kematian maka amalnya dilipat ganda.Tapi bukan semua orang boleh kita guna tektik begini.Mungkin lain jadinya.

Jadi dengan kita memikir kematian.Tentunya berhati2 tidak melakukan yang haram juga yang makruh.Menjaga segala amalan wajib serta membanyakkan yang sunat2.Menjadikan dirinya soleh dan benar2 takwa.Sebab ia telah memikir alam kubur dan alam akhirat.Ia lebih menonjol bijaksananya kerana fikiran lebihan kehadapan telah menjangkau dua alam.Tidak semata2 dunia sahaja.Fikir pencen dan nak buat apa dan sebagainya.Fikirkannya hanya berkisar2 alam dunia sahaja.Tetapi bagi yang mengingati lebih jauh dari itu.Tentulah ia lebih bijaksana walaupun tiada ilmu hingga sampai doktor falsafah.Takut doktor falsafah otak macam sampah hanya memikir dunia nak senang dan masyhur ...Islam dan agama pada dirinya terabai.

Satu lagi, bukan juga mereka@kita bijaksana dan masih lagi dianggap jahil...jikalau mereka@kita ini jahil dalam bidang agama.Jika kita ada ilmu agama pun jadi sia2 jika tidak beramal atau ilmu itu dijual semata2 untuk senang dan mewah didunia.Harus diingat syaitan tidak akan berhenti2 untuk menjeremus kita kedalam neraka jahanam.Lagi besar ilmunya lagi besar godaannya.Jangan kita menyuruh orang beramal sedang kita sendiri tak beramal.Cakap berapi2...teori menjela-jela tapi bagi dirinya habuk pun tak ada.Semuanya buat untung dengan mengaut keuntungan yang berlebihan2.Manusia boleh kita tipu tetapi tidak bagi Allah swt.

MUDAHNYA DALIL ALLAH ITU UJUD




Sila baca dengan teliti..perkara@cerita ini disebar secara meluas di internet...ia boleh mengelirukan..penyelesaian tauhid dibuat begitu mudah..perkara begini elok mengaji@belajar secara berguru dengan guru2 agama yang memang ahli dan mahir tentang tauhid@usulluddin..

ADA SEORANG LELAKI PERGI KE KEDAI GUNTING RAMBUT UTK MENGGUNTING RAMBUT DAN JANGGUTNYA. APABILA BARBER ITU MEMULAKAN TUGASNYA, MEREKA PUN BERBORAK DAN BERCAKAP MENGENAI BYK PERKARA. TAPI APABILA MEREKA MULA BERBICARA MENGENAI ALLAH, BARBER ITU PUN BERKATA, "SAYA TAK PERCAYA ALLAH ITU WUJUD. "KENAPA KAMU KATA BEGITU?" TANYA SI LELAKI TADI.

>>>>>>>>>>>>>>> "CUBA KAMU KELUAR DI TGH JLN ITU DAN TUNJUKKAN PD SAYA BAHAWA ALLAH ITU WUJUD. KALAU BETUL ALLAH WUJUD, KENAPA RAMAI SGT ORG SAKIT KAT LUAR TU? KENAPA MASIH ADA KANAK2 YG TERBIAR? KALAU BETUL ALLAH WUJUD, DAH TENTU TIADA KESAKITAN DAN KEPERITAN HIDUP DLM DUNIA NI. SAYA X DPT BAYANGKAN ALLAH YG MAHA PENYAYANG BOLEH MEMBENARKAN SEMUA INI BERLAKU".

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> SI LELAKI ITU PUN BERFIKIR SEJENAK. TAPI DIA TIDAK MEMBERI SEBARANG JAWAPAN KERANA TIDAK MAHU MEMULAKAN PERTENGKARAN. SELEPAS BARBER ITU MENGHABISKAN TUGASNYA, SI LELAKI TADI PUN PERGI. SELEPAS BEBERAPA LANGKAH, SI LELAKI TADI TERNAMPAK SEORG LELAKI BERAMBUT PANJANG, SELEKEH, KOTOR DAN JANGGUT TIDAK TERURUS. SI LELAKI TADI PUN BERPATAH BALIK DAN PERGI SEMULA KE KEDAI GUNTING RAMBUT TADI DAN BERKATA, "KAMU TAHU TAK YG SEBENARNYE BARBER JGK TIDAK WUJUD?". "KENAPA KAMU KATA MCM TU? SEDANGKAN SAYA BARU SAJA GUNTING RAMBUT KAMU TADI". KATA BARBER. "TIDAK!" KATA SI LELAKI TADI. "KALAU BARBER WUJUD, DAH TENTU TIDAK ADA ORG YG BERAMBUT PANJANG TIDAK TERURUS DAN KOTOR SERTA JANGGUT YG PANJANG DAN KOTOR MCM LELAKI DI TEPI JALAN ITU". "AH! BARBER MMG WUJUD! LELAKI TU JADI MCM TU SBB DIA TIDAK DTG PADA SAYA UTK MENGGUNTING RAMBUTNYA!". KATA BARBER. "TEPAT SEKALI!". KATA SI LELAKI TADI. "THAT'S THE POINT!. ALLAH JGK WUJUD. ITULAH YG TERJADI (KEPERITAN & PENDERITAAN) JIKA MANUSIA TIDAK MENGINGATINYA DAN KEMBALI PADANYA UTK MEMOHON PERTOLONGAN-NYA."

Jadi jika anda percaya Allah itu wujud, tlglah fwrdkan...

kesimpulan..

1.Dalil lemah serta mengelirukan.

2.Barangkali bukan direka dari gulungan ahli agama

3.Tiada dalil quran untuk menguatkan hujah.

4.Tiada huraian lengkap..

5.Elok belajar terus kepada dikalangan yang ahli.

6.Pergilah ke surau2@masjid2 bila ada pengajian agama serta untuk solat berjemaah.

7.Tiada keyakinan yang mantap kepada Allah swt...ibadah jadi lemah dan mungkin tidak beribadah langsung.

SURAT BERANTAI




Surat sudah lama ujud...sekarang timbul balik jangan percaya dengan surat berantai ini......


Saya terima mesej ini dari seorang sahabat. Saya tak pasti akibatnya jika tidak menghantar kepada org lain..
Tapi apa yg disarankan ada betulnya dan memang dituntut oleh ugama kita. Dari itu bacalah dan buatlah apa yg disarankan melalui PESANAN penulis asal, semuga kita sama2 mendapat Rahmat dan pengampunan dari ALLAH.


> Ini adalah benar
> Sila baca sehingga habis..dan tolong sebarkan kepada seberapa banyak orang islam yang boleh
> Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh
> Ini adalah surat wasiat dari penjaga makam Nabi Muhammad S.A.W iaitu Sheikh Ahmad Maeine. Pada suatu malam ketika membaca Al Quran di makam rasul. Selepas membaca lalu hamba tertidur , dalam tidur itu hamba bermimpi didatangi rasulullah lalu bersabda kepada hamba, dalam 60000 orang yang meninggal dunia di zaman ini, tiada seorang pun yang matinya dalam keadaan beriman.
> a) isteri tidak dengar kata suami
> b) orang kaya tidak lagi bertimbang rasa
> c) orang tidak lagi berzakat dan dan tidak lagi membuat kebajikan
> oleh itu wahai Sheikh Ahmad, hendaklah kamu menyedarkan kepada orang Islam ini supaya membuat kebajikan kerana hari penghabisan (kiamat) akan tiba di mana bintang akan terbit dari langit, sesudah itu matahari di atas kepala¿
> PESANAN HAMBA INI
> a) berselawat untuk junjungan nabi kita Muhammad SAW
> b) bertaubatlah dengan segera sementara pintu taubat masih terbuka
> c) bersembahyanglah
> d) berzakat-jangan ditinggalkan
> e) menunaikan fardhu haji bila berkemampuan
> f) jangan derhaka kepada ibu bapa
> UNTUK MAKLUMAN..
> 1) seorang saudagar dari Bombay telah menerima surat ini dan beliau telah mencetak sebanyak 20 salinan dan mengirimkan kepada orang lain, dia kemudiannya dianugerahi Allah dengan mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaanya
> 2) seorang hamba Allah telah menerima surat ini tetapi tidak mengendahkannyadan menganggap wasiat ini palsu, maka selang beberapa hari kemudian, anaknya meninggal dunia
> 3) Tun Dato Mustapha, bekas ketua menteri Sabah menerima surat ini dan mengarahkan setiausahanya mencetak 20 salinan dan disebarkan kepada orang lain. Maka selang beberapa hari, dia telah mendapat hadiah dari kebajikan masyarakat di Malaysia Timur.
> 4) Tan Sri Ghazali Jawi, bekas menter besar Perak secara tidak langsung dipecat dari jawatannya kerana apabila beliau meneima surat ini, beliau terlupa mencetak dan terlupa untuk diedarkan.dan beliau sedar kesilapannya dan mengedarkan semula wasiat ini dan beberapa hari kmudian beliau dilantik menjadi menteri cabinet di jabatan perdana menteri
> 5) Zulfikar Ali Bhuno menerima surat ini dan tidak percaya akan kbnarannya, dan menganggap ia adalah palsu lalu membuangnya ke dalam tong sampah. Seminggu kemudian, beliau dijatuhkan hukuman pancung.
> 6) Di trg, seorang pekerja bengkel kenderaan telah menerima surat ini dari org yg tidak dikenali yg dtg dr perak, lalu beliau mmbuat salinan 20 salinan seperti yang dituntut. Alhamdulillah, dia dianugerahkan oleh Allah seorang gadis berakhlak mulia.
> Banyak lagi contoh2 lain..ingatlah tolong kirimkan surat ini kepada seberapa ramai org Islam. Kata Sheikh Ahmad, jika apa yang hamba katakan ini tidak benar, biarlah hamba mati dalam kekufuran dan tidak mendapat syafaat rasulullah. Nauzubilla...

kesimpulan

1.Percayakan surat berantai ini syirik.
2.Penulis dan latarbelakang penulis kabur dan tidak dinyatakan.
3.Tidak dijelaskan nyata siapa yang bermimpi@tidak lengkap.....bila tarikh tidak dinyatakan...
4.Tiada kuasa yang sama taraf dengan kuasa Allah swt.
5.Sila hubungi jabatan agama atau guru2 agama untuk mendapat kepastian.
6.Surat begini juga telah ujud dikalangan penganut agama kristian sekitar tahun 1970an...
7.Dikhuatiri ini jelmaan dari surat berantai agama kristian cuma diubah suaikan sahaja.
8.Orang yang contohkan tidak kita kenal dan ada yang sudah mati@meninggal dunia.
9.Awas kerja2 dari kuda tunggangan syaitan.....