Ahad, 20 September 2009

BERMULALAH SYAWAL MAKA LAYU SEMULA MASJID2 DAN SURAU2


Masa penulis menulis ini ,telah masuk syawal bererti tinggallah ramadhan....bergemalah takbir di radio2 dan di tv2,begitu juga dirumah2...yang ada setengah tempat membuat rombongan untuk bertakbir raya kerumah2, yang kita dengar mendayu2 bunyi...seolah-olah sedih menyambut syawal....mungkin juga sedih meninggalkan bulan ramadhan...biasalah kesedihan itu akan bertukar keriangan apabila bertemu sanak saudara,sahabat handai...sambil menjamu selera.Disamping memperlihat kehebatan pakaian yang baru2 dan mungkin berjenama,juga tidak tinggalan memperlihatkan gelang berlian hinggalah kepada jenama kereta yang terkenal yang digunakan,yang nilainya harganya ratusan ribu.Seolah-olah perlihatkan siapakah lebih kaya dan berwang...Adakah mereka tidak tahu menunjuk2,bermegah2,sombong itu ada dicela oleh agama.Hilang langsung khiasat solat taraweh,kesan kesibukan mencari malam laitul qadar...dimana2 masjid2@surau2 pada bulan ramadhan....sibuk membuat program kiamulail....dan memanggil ustaz2 yang hebat2,yang boleh membuat orang menangis mendengar doanya....Seolah-olah ia diupah bagi orang menangis....rupa2nya akhir zaman ibadah pun kena bayar.....nampak hebat kesungguhan mencari malam laitul qadar...dan hebatnya setara untuk bergembira sakan di hari raya,yang mungkin mereka sudah lupa solat2 fardu,sunat jangan cakaplah...sudah rasa tidak berdosa bercampur gaul lelaki dan perempuan,bersalaman2,berpegangan tangan,dan ada setengahnya membuka tudung...memakai tudung hanya pada bulan ramadhan sahaja(bukan semua)...tengok wayang dan apa sahaja bentuk maksiat dibelasah semula...Kalau bulan ramadhan masjid2@surau2 penuh@sesak orang bersolat taraweh,bila bermula syawal masjid2@surau2 mula layu,sepi dan tidak bermaya lagi.Hanya pengujung2 biasa sahaja yang istiqamah berjemaah di masjid2@surau2...muslimat yang ramai berkunjung untuk taraweh...sudah tidak nampak batang hidung,bukan batang hidung tidak nampak,bayangnya pun tidak nampak lagi...Majlis2 fardu ain di masjid2@surau2...tidak ramai yang hadir...kalau muka itu sahaja yang datang,muka itu yang akan tekun menghadiri majlis itu.Dimana pengunjung2 pada bulan ramadhan...tentu kita tahu jawapannya,mereka tidak datang...mereka akan datang pada bulan ramadhan tahun hadapan...itu pun kalau ia tidak mati@meninggal dunia atau sakit teruk....Ini metaliti kita...bila hendak insaf atau sedar,Allah sahaja yang tahu.Bagaimana hendak sedar dan insaf kalau tidak pernah menghadiri pengajian.Apakah mereka sudah rasa cukup dengan solat dirumah dan menunaikan haji ke Mekah,sedang mereka tidak mahu menuntut ilmu perkara2 yang diamalkan hari2,mungkin ada yang salah atau sebagainya...tetapi mereka tidak mahu belajar atau memperbarui ilmunya...Sibuk dengan masalah kerja atau hal keluarga...macam ia seorang bekerja atau bekeluarga dalam dunia ini,atau macam mereka tidak mati2,tidak tua2,tidak sakit2 atau mereka telah terlalu pandai serta tahu mereka bakal masuk syurga.Susah kalau kita tidak memikirkan mati dan tidak fikir tua....sebenar hari berlalu...menunjukkan hari kematian kita makin dekat.Insaflah...datnglah ke majlis2 ilmu...tak kan kita hendak tungga carpet merah,tepak sireh atau bunga manggar baru hendak ke masjid...Mereka jangan bimbang..jika tidak mahu datang semasa hidup...ramai yang akan datang masjid setelah mereka mati...Fikirlah....

Ahad, 6 September 2009

MAAF ZAHIR DAN BATIN



videoPenulis memohon keampunan dari Allah swt yang Maha Esa serta mohon kerahmatan dan perlindunganNYA kerana IA lah sebaik2 perlindung.Kepada para pembaca budiman serta tuan puan dirahmati Allah swt,penulis memohon maaf zahir dan batin....mungkin kata2 penulis atau penulisan membuat tuan puan tersinggung.Dan moga2 kita digulungkan
dalam orang2 yang dikasihiNYA,dalam keampunanNYA,serta dapat mengamalkan ilmu yang kita pelajari,disamping sentiasa bertaubat dan bersyukur kepadaNYA...dan jadikan kita dalam gulungan yang SATU yang Allah masukkan dalam syurga bukan gulungan 72 yang Allah masukkan ke dalam neraka....maksud alhadis.....dan jika dimatikan...dimatikan dalam gulungan2 syuhada....amin.(keterangan:umat Rasullallah saw terbahagi 73 gulungan...hanya satu gulungan yang masuk syurga)

Khamis, 3 September 2009

FIKIRLAH...INSAFLAH..SAYANGI KEDUA IBUBAPA KITA


LIHATLAH VIDEO INI...DAN RENUNGKANLAH

Beginilah susah melahirkan anak@baby...itu belum dikira waktu mengandung....perut yang besar itu dibawa kemana2...hatta hendak qada hajat...tidakkah susah tu....tu belum masa 1 hingga 3 bulan,ada setengah ibu muntah2 yang sangat2 menyiksakan....mungkin ada lebih teruk daripada itu....kaum hawa sahaja yang lebih arif.Tapi malang ada membuang anak sewenang2nya....ini mungkin untuk menutup malu hasil hubungan tanpa nikah...Ini hasilnya apabila kita mengabaikan hukum Allah swt.Mengabaikan atau tidak dilaksana...ini bererti kita telah menafikan sifat Maha Bijaksana,sifat Maha Adil dan sebagainya.Seolah-olah Allah swt tidak tahu apa yang berlaku tahun 2009...ini semua dalam ilmu Allah swt.Menganggap Allah swt tidak bijak mengubal undang2 yang tidak sesuai disepanjang zaman.Inilah kesan penjajahan...akal kita turut dijajah hingga kita memikir yang datang dari Barat banyak yang baik.Ingat...penjajah kita dulu memang tidak beriman...sudah tentu undang2 Allah mereka tolak.Mereka memang menafikan Islam dan Al Quran.Tidak mustahil memang mereka rancang denga serapi2 untuk menyesatkan kita.Ini ditambah ilmu Islam yang terlalu cetek,mengabaikan ilmu fardu ain,leka dengan kemewahan,berhibur yang melampau dll,dan paling banyak menyumbang ialah ilmu sukelar yang tuntut dan diperkenalkan sudah ratusan tahun,,,,,iaitu memisahan ilmu dengan pencipta iaitu Allah swt.Jangan kita lupa kita hidup hanya sekali,sesat dunia kita tidak boleh menyesal diakhirat kelak,juga boleh mohon kembali untuk membetulkan kesesatan,kerana dunia tidak ujud lagi.Jika orang alim dan ada wali Allah swt yang sesat,apatah lagi kita yang jahil...jahil ini penulis istilahkan jahil 'kedehak'...biasa kita dengar jahil 'muraqab'...iaitu pandai tidak boleh diikut,bodoh tidak boleh diajar.....kedehak tambah satu....sudah macam itu melawan lagi kepada Allah swt...yang mungkin banyak kearah merosakkan iman.Kepada kita hendaklah mengingat kesusahan ibu kita melahirkan,bapa yang mencari nafkah untuk makan sekeluarga...Dan Allah swt pula memberi segala2nya....fikirkanlah ada kita ini gulongan takwa atau sebaliknya....
video

DENGARLAH NASYID INI.......PEMBACA BOLEHLAH MENGHILANGKAN SEDIKIT KESUNYIAN



Pembaca yang dihormati serta yang dirahmati Allah swt....berhiburlah sambil membaca blog fendi tazkirah....penulis mengucapkan syukran jazilah....terima kasihlah banyak2 kesudian melayari blog ini.....Harap selalulah mengunjungi@layari blog ini ....moga2 kita sentiasa mendapat keampunan Allah serta taufik dan hidayahNYA.
video

Selasa, 1 September 2009

PUASA OH PUASA...RAMADHAN OH RAMADHAN


Alhamdullillah dapat juga kita berjumpa puasa@ramadhan tahun ini.Ramai juga yang tidak dapat berpuasa tahun ini disebabkan mereka ini menemui Allah swt , Penciptanya serta Mahaberkuasa atas segalanya.Masalah ajal adalah hak mutlak Allah swt tiada siapa boleh menandingiNya.Cuma manusia yang bersifat nasia@perlupa...atau memang mereka ingat, tetapi merasakan mereka boleh hidup lama lagi dan sempat bertaubat sebelum mati.Sebenarnya telah ramai yang kita tengok mati yang belum sempat bertaubat tetapi saja mereka ini tidak mahu jadikan pengajaran....atau terus menerus dapat dikudakan oleh syaitan.Kini kita berada dibulan ramadhan yang penuh dengan keberakatan,bulan penghapusan dosa,bulan keampuanan,pahala yang dilipat gandakan hingga amalan sunat diberi pahala seperti amalan fardu...serta pelbagai ganjaran yang Allah swt berikan kepada hambaNya.Menjadikan kita berebut2 beribadah di dalam bulan ini,tidak mengira lelaki atau perempuan,juga tidak mengira peringkat umur...Masjid2@surau2 penuh dengan bersolat tarawih,bertadarus,meriah sungguh,yang sebelum ini masjid2@surau2 ini lenggang...atau sedikit sahaja pengunjung....cuma orang2 biasa yang mengunjunginya sahaja.Pelik,manakah mereka ini pada bulan2 lain...adakah mereka memikir Allah swt muncul@berada pada bulan ramadhan sahaja.Mungkin pun mereka ini,ahli ibadah jenis saudagar...saudagar hanya berniaga bila ada untung,lebih2 lagi berlipat ganda.Dalam tasauf ahli ibadah jenis saudagar termasuk haprak(cakap kasar),gulungan2 tidak ikhlas,membuat sesuatu untuk keuntungan semata2...sepatutnya kita hanya mencari keredaan Allah swt sahaja.Tidak heran gulongan2 ini tidak nampak batang hidung selepas ramadhan,dan mungkin gulongan ini akan beraya sakan,beraya cara mewah dan membazir,dikhuatiri juga melakukan maksiat dibulan2 lain.Sedangkan sahabat2 Rasullullah saw menangis untuk meninggalkan ramadhan.Mungkin juga gulongan hilang 10 malam terakhir,mereka ke bazar2 pakaian,gedung2 pakaian,di shopping2 komplek....atau tengah sibuk membuat kuih,menjahit langsir dsbnya.Mereka tidak tahukah hadir majlis ilmu itu wajib,tak kan tunggu tua,badan dah tidak larat lagi,mata dah kabur,jalan dah tidak kuat.....itu bagus sebab masih hidup,bagaimana mati dulu sebelum tua.Alasan berkerja tidak rasional,apakah ia seorang saja kerja dalam dunia ini,orang lain tidak kerja,hanya goyang2 kaki.Mampukah mereka menjawab dihadapan Allah swt di akhirat nanti,makan angin boleh,pergi pengajian tidak sempat,menonton tv ,wayang gambar berjam2 boleh,pergi pengajian tidak sempat.Lupakah mereka,hidupnya,rezekinya,oksijen yang disedut,matahari yang digunakan,dan segalanya milik Allah swt....Agaknya mereka ini gulongan tak makan saman...atau sudah hidupnya selesa melayani syaitan dan nafsunya....siapa yang membuatnya ia akan terasa..ingatlah balasan Allah juga tidak mestinya akan ditangguh diakhirat kelak,malah dalam dunia pun Allah swt boleh turunkan bala...contoh...Allah kurniakan kekayaan hingga melimpah ruah...hingga ia lupakan Allah....mati dalam kemaksiatan,sesat,lupa beribadah dan sewaktu dengannya...adakah ini bukan bala dari Allah swt,cuba renungkan..

DEBIK KANG....SEKEH KANG.....khas buat cik tijah@y4n4 kenalan penulis...


Debik kang..biasa bila berhubung....satu lagi siot...ni mungkin kemesraan yang dilontarkan....dan tidak ada rasa prajudis terhadapnya...kemesraan itu terjalin secara spontan dengan menafaatkan dengan ilmu IT.Bagi orang yang tidak biasa mungkin janggal sekali tetapi di sebuah negeri di Malaysia,bahasa kasar biasa untuk menunjukan kemesraan dan mungkin kejujuran serta tidak menuturkan ayat2 jiwang dan bahasa baku,mungkin ayat2 serius yang sudah tetentu kita rasa tertekan dan tensen untuk berhubung.Dikebanyakan teks khutabah begitu tersusun dengan rapi dan tidak spontan dengan lain kata tidak mesra alam...para jemaah yang hadir merasakan sedang mendengar seorang pelajar membaca buku teks yang diarah oleh guru.Menyebabkan ada yang tertidur atau tidak tahu butir2@tidak tahu hujung pangkal apa yang disampaikan didalam khutubah itu .Biasanya khutubah itu eloklah membicarakan masalah2 tempatan bukan masalah negeri atau masalah negara kecuali perkara penting dan menyeluruh seperti membicara tentang wabak H1N1 atau sebagainya.Rasullullah saw sendiri pernah berkhutab dengan tegas@ada yang meriwayatkan hingga merah matanya...menyatakan hukum Allah swt yang keras sedang diturunkan...dan pernah juga Rasullullah saw menegur sahabat2 bermain2 dengan pasir semasa khutabah disampai(masa itu lantai masjid pasir).Tetapi ketika ini pula ada setengah masjid mengedar kutipan tabung2 jumaat...yang sepatut boleh dibuat sebelum khutbah..adakah pegawai serta Ajk masjid tidak tahu hukum...yang sedih ada segelitir masjid menggunakan wang itu bukan jalan yang dibenarkan seperti memberi pinjaman untuk berniaga kalangan Ajknya sendiri.Ada yang songlap duit masjid,tuntutan perkara yang tidak dibuat atau tuntutan lebih daripada apa yang dibelanjakan....inilah akhir zaman...amanah bukan jadi amalan lagi....mungkin juga kesan dari hanya membaca khutbah bukannya berkhubah..cuba tuan-puan renungkan...Jangan jadikan masjid tempat solat berjemaah sahaja..banyak perkara2@acara2 keagamaan dan kemasyarakatan boleh dibuat di masjid....kegiatan ini juga sedikit sebanyak dapat menjinak2kan masyarakat dengan masjid,tapi kegiatan itu mestilah tidak melanggar hukum syarak...seperkara lagi perkara mengangkat tangan untuk mengamin bacaan doa imam , dalam khutbah kedua tidak ada keharusan...tapi ada masjid yang membuatnya....adakah mereka tidak bertanya pada ustaz2....malahan ada ustaz yang sudah menegur tetapi tidak diperdulikan.Eloklah khutbah ini diubah cara susunan teksnya...atau imam tidak membaca malah berkhubah....mungkin lagi elok imam itu sendiri telah melakukan apa yang disarankan dalam khutbah yang dibacakan itu@supaya ada nur khutbahnya....jangan kita jadi burung tiong....waktu pagi sebut selamat pagi...waktu malam pun sebut selamat pagi ,kerana apa,kerana ia tidak maknanya.Jangan imam syok sendiri,imam pun perlu mendalami ilmu fardu ain...pergi berguru kecuali imam itu memang ustaz.lebih2 ustaz yang mahir ilmu feqah.Berbalik kita tentang bertutur agak kurang sopan ini,biasanya bertutur kepada kenalan bukan sebarang orang.Mereka ini bukan bodoh,hingga main redah aje....mereka bukan kalangan orang tidak pelajaran tinggi malah berkedudukan... ia pun cuma bergurau dikalangan mereka sahaja(disamping hatinya tetap sedar kewujudan Allah,tidak alpakan Allah swt)...menarik pulak ia tidak mengumpat....kalau mengumpat pun ,orang yang tidak ikut hukum agama ,itu biasalah..tapi tidak menyebut mana2 individu.Macam ustaz bercakap tentang orang tidak solat,berjudi,dedah aurat,bergaul bebas dan yang sewaktu dengannya(harus diingat,jika kita yang membuat fitnah/kejahatan,hingga orang mengumpat kita,kita juga berdosa kerana kita yang menyebabkan orang itu mengumpat kita,ini hukum).Salahkah.Mengumpatkah.Orang terkena batang hidung rasa tidak selesa dan mungkin mereka ini mengatakan ustaz2 mengumpat.Bagi penulis suruh sahaja mereka mengajar agama.Penulis rasa mereka akan lari lintang pukang ,pucat lesi mukanya...susah kalau sudah buat maksiat tidak mengaku,jahil tidak mengaku jahil,ingat...tidak mustahil Allah swt membalas kejahatannya di dunia lagi disamping dilipat gandakan di akhirat kelak...Ingatlah mati...makin hari berjalan maka meningkatlah umur,maka dekatlah kita dengan kematian.....penulis berharap walaupun cik tijah luklak@sebenarnya look luck...tapi mungkin akan menjadi atau berusaha untuk wanita soleha dan bertakwa....amin.